16 August 2013

Muslim Baru (Mualaf) Tidak Tahu Solat

Solat ialah rukun Islam yang kedua.Walau bagaimanapun,keimanan kepada Allah lebih penting.
Pada peringkat awal, mualaf sememangnya tidak tahu solat.Apatah lagi menghafaz beberapa ayat al-Quran kerana belum mengenali huruf-huruf Arab.

Kesemua ini memerlukan proses yang panjang.Akhirnya mualaf terasa bersalah dan berdosa kerana tidak bersolat atau solatnya tidak sempurna.

Iman kepada Allah perlu difahami dan dikuatkan.Ia memerlukan proses ilmu dan bimbingan bagi memantapkan kefahaman akidah.Oleh itu,saudara baru Islam ( mualaf) digalakkan untuk menghadiri kelas fardhu ain/kelas agama.

Langkah Mempelajari Solat

1. Mempelajari gerak-geri solat.
--- Wajar menghadiri solat berjemaah dan hanya melakukan gerak-geri solat dan menggantikan bacaan dalam solat dengan zikir Subhanallah.

2. Pelajari bacaan wajib dalam solat.
--- Contohnya,surah al-Fatihah.
*Ada mazhab tidak mewajibkan bacaan makmum apabila solat berjemaah dan bacaan imam adalah kuat. (rujuk buku soal jawab remeh-temeh tentang solat)

3. Biarkan dulu bacaan sunat.
--- Utamakan rukun solat.

4. Belajar membaca al-Quran
--- Ikuti kelas fardhu ain untuk mengenali huruf Arab dan sebutannya.


Rujukan : buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim

No comments: