21 March 2013

Selesai Salah Satu Kewajipan

Alhamdulillah, umur Sofea setahun lima hari berjaya disunatkan.
Sesungguhnya sangat berdebar-debar.Risau Sofea tak henti melalak.Risau juga kalau kunjungan kali kedua ke klinik tak berjaya lagi.
Dah banyak kali tangguh pasal sunat ni.Bila nak pergi klinik mesti budak kecik ni demam la,batuk la.Kesian pula nak sunatkan time dia tak sihat.
Maknya pula dah risau sebab umur anak dekat setahun tapi tak sunat lagi.Mil cakap tunggu  Sofea ada 4 batang gigi.Dah ada,tapi tak tumbuh habis lagi.Kawan-kawan pula nasihatkan jangan tunggu lama nanti kulit dah keras,anak dah lasak nanti akan terasa lagi sakit.Uwaaaa..

15.03.2013
Hari ini mama half day,papa pula MC.Kebetulan pula pagi tu tak sihat.Jadi petangnya temankan kami pergi klinik.Sebelum tu dah telefon klinik.Nak pastikan doktor yang bertugas ada di klinik.
Nasib baik tak ramai orang dalam klinik.Sofea pula dah ngantuk.Tak sampai 5 minit doktor panggil masuk.Doktor perempuan yang sunatkan Sofea.Sangat baik dan lemah lembut.Nama dia Dr. Faznita.Comel.Dia pesan syarat sunat adalah setitik darah.
Mula-mula baringkan Sofea atas katil.Buka seluar dan pampers.Bagi pegang roti untuk alihkan perhatian.Sofea sangat behave.Siap senyum dengan nurse lagi.




Tiba masanya,uwaaaaaaa...Cepat-cepat pujuk Sofea.Nasib baik sempat snap satu gambar.hahaha.Sofea menangis kejap.Agaknya terkejut.Dr.Faznita tunjukkan darah dikapas.Dia pesan dalam masa sejam jangan guna tisu basah,jangan kenakan sabun tempat luka,jangan sapu apa-apa krim.Kalau berdarah lagi,hanya letakkan kapas saja.


Sebelum balik tu menyempat nak timbang berat Sofea.Alahai anak,baru 8.4kg.Kali terakhir timbang masa umur 9 bulan.Masa tu 7.6kg.Mama tak kisah.Janji Sofea sihat dan aktif.Oh ya,saya tak bawa pun Sofea ambil suntikan MMR untuk setahun tu,Kenapa? Ada sebabnya.Nanti ada masa saya buat entri pasal MMR ni.

Puas hati dengan perkhidmatan Klinik Ajwa ni.Proses yang cepat.Layanan staff pula baik.Tak susah pun nak cari klinik ni,bersebelahan dengan Public Bank di seksyen 15 Shah Alam.Hq pula di seksyen 7.Bayaran untuk sunat bayi perempuan hanya RM32 sahaja.

Ini detail klinik tu :

Klinik Ajwa Sek 15
14G, Jln Pahat G15/g, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor
03-5511 2135
 
Untuk maklumat lanjut,boleh buka web ni
http://klinikajwa.com/about-us/

4 comments:

Najiha said...

Maaf kalau bersunat secara cucuk kelentit utk mengeluarkan setitik darah, itu cuma buat syarat/simbolik saje. Pada hakikatnya BELUM bersunat.

http://hafizfirdaus.com/content/view/698/103/

Khitan secara bahasa diambil dari kata (ุฎุชู† ) yang berarti "Memotong". Berkata Imam Nawawi, “Yang wajib bagi laki-laki adalah memotong seluruh kulit yang menutupi kepala zakar. Sedangkan bagi wanita, maka yang wajib hanyalah "Memotong Sedikit Daging" yang berada pada bagian atas faraj (Kelentit).”(Syarah Sahih Muslim 1/543, Fathul Bari 10/340)

Sunat sebegini yg banyak terjadi skrg, sebab itula ramai buang anak, seks bebas & macam2 masalah sosial. Sunatla Cara yg Betul baru ada hikmah an manfaatnya kelak.

http://myibrah.com/hukum-khatan-wanita-bagaimana-rasulullah

Home4health said...

Terima kasih Najiha..Selepas berapa hari saya perhatikan di alat sulit anak,ada sedikit luka.Bererti doc telah memotong sedikit sebab masa tu saya nmpak dia memegang gunting/pisau kecil.

Intan said...

maaf klu mnyibuk..doc tu pakai gunting kecil..sy tgok sendiri anak sy sunat.di klinik ajwa...

Intan said...

maaf klu mnyibuk..doc tu pakai gunting kecil..sy tgok sendiri anak sy sunat.di klinik ajwa...