22 March 2013

Perkembangan Sofea - Toddler





Apa-apa pun kita upload gambar dulu :))
Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu.
Pastu jangan pula tanya bila nak bagi adik untuk Sofea.
Period pula tak kunjung tiba.Ini gara-gara telan ubat painkiller sebab sakit gigi datang dan datang lagi.

Sofea sekarang ni makin bijak.Mama puji anak sendiri.*bukan nak riak tau..
Antara perkembangan dia yang saya perasan sejak nak masuk setahun sampai sekarang.

1) Aktif
Sofea memang jenis tak duduk diam.Masa tidur pun sama.Golek sana sini.Tonggeng kiri kanan.
Bila bawa keluar,sanggup tahan mata dari nak tidur.Padahal dah mengantuk.Bila dukung mulut diam tapi bila bagi berjalan,riuh membebel sambil tangan capai itu ini.

2) Buka dan pakai baju
Sofea dah faham bila kita cakap buka baju atau pakai baju.Kalau nak pakai seluar,dia akan angkat kaki sebelah.Nak pakai baju pun angkat kaki sebelah juga.hahahaha...
Nak buka baju dia tarik baju dari bawah sampai keluar dari leher.Tak pandai lagi nak keluarkan dari lengan.Pantang kalau pakai pampers saja,rajin tangan dia nak buka pampers juga.Haishh anak mama..

3) Dengar arahan
Sofea faham bila kita minta suruh/tunjuk untuk ambil barang.Dia terkedek-kedek jalan ambil barang kemudian bagi dengan kita.Kalau masa dia moody,jangan harap dilayan.Suara mama dia bagai angin lalu di telinga dia. ;)

4) Dengar Azan
Sofea suka dengar azan.Bila tengah tidur dia akan terus terjaga kalau dengar azan.Bila dengar azan di tv,cepat-cepat mengadap di depan tv.Tangan sebelah letak di telinga sambil sebut abau..abau..Maksudnya Allahuakbar.Semoga Sofea jadi anak yang bertaqwa.Amin

5) Salam/Amin
Bila sebut amin,dia capai tangan kita kemudian lekap di pipi sendiri.Ini pengasuh yang ajar.Pengasuh ajar cium tangan tapi Sofea lagi suka letak kat pipi.Sebenarnya suka kalau terus sebut salam dari sebut amin.Selalu juga dengar mak bapak sebut amin bila suruh anak salam dengan orang lain.

6) Pakai kasut
Biasanya kasut Sofea simpan dalam bilik lain.Bila pintu terbuka cepat-cepat dia capai kasut bawa keluar.Gigih nak pakai sendiri.Bila nak tolong pakaikan boleh pula dia mengamuk.Ok,nak berdikari katanya.

7) Tiru gaya/Perbuatan
Bila nampak sekali atau dua kali mesti dia ikut.Nampak mama sikat rambut,dia capai sikat tapi sikat telinga dia.Macam faham rambut sendiri ada berapa helai je.Nampak kita tekan remote tv dia pun tekan pastu tengok siaran tv bertukar atau tidak.Nampak beg,dia pun sangkut kat tangan dan bawa jalan.Ikut siapalah tu kan...Pesan siap-siap kat orang dalam rumah,jangan tunjuk gaya yang bukan-bukan nanti Sofea ikut >.<
*nak upload video tapi tak dapat pula.huhuhu

8) Tali vs rantai.
Tak kisahlah wayar charger ke,benang ke mesti nak sangkut kat leher.kononya jadi rantai.Bahayaaaa..nanti terjerut.Sekarang ni kalau dia main mama tak boleh lelap,kena monitor.

9) Dengar muzik
Bila dengar muzik rancak mulalah dia menari.Goyangkan badan,hentak-hentak kaki,Anak,belajar dari mana ni?Dah tu memilih muzik.Lagu melayu dia tak layan ok.Iklan Terima Kasih dan susu sustagen tu paling Sofea suka.Bila dengar lagu intro cepat-cepat pergi depan tv.Kartun yang dia layan setakat ni Upin Ipin dan Wonderpets.Lain-lain kartun buat tak layan.Tak best katanya.

Perangai yang sangat mencabar bila tak dapat benda yang dia nak.Bergolek-golek atas lantai,meraung-raung.Selalu jadi macam tu bila nampak orang lain pegang cawan/gelas atau buka peti ais.Masa mandi pun sama.Tak nak keluar dari tub.Kadang-kadang layan,kadang-kadang malas nak layan nanti makin menjadi.Bagi barang lain supaya dia leka.

Perkembangan anak tak sama.Jangan bandingkan anak dengan orang lain.Setiap anak ada keistimewaan dan kelebihan.Itu yang saya semat dalam hati.

No comments: