Alhamdulillah sembuh sepenuhnya.
Syukur pada Allah sebab masih diberi kesempatan untuk terus bernafas sehingga kini.
Terima kasih pada kawan-kawan yang prihatin,yang bertanya khabar dan sebagainya.
23/2/2013
Memang tak dijangka demam panas pada pagi Sabtu adalah petanda demam denggi.Sakit kepala yang teramat sangat,badan menggigil kesejukan dan sakit sendi.
Telan ubat penahan sakit dan dua biji panadol.Demam beransur kebah.Sempat sediakan sarapan kemudian tumbang semula :'(
24//2/2013
Demam lagi. 39
ยบ celcius.Telan ubat lagi.Minum air kelapa.Minum air 100+.Encik suami ajak pergi hospital tapi badan sangat tak larat.Sakit sendi membuatkan diri lagi selesa untuk baring dan berselubung selimut.24 jam badan terasa sejuk.
25/2/2013
Terpaksa dan dipaksa untuk ke hospital.Sofea hantar ke rumah pengasuh.Selepas 5 jam menunggu di Kecemasan,HTAR Klang akhirnya dapat jawapan dari mulut doktor sendiri.Awak suspek denggi ni,platlet darah merah dah 203.Saya ternganga.Esoknya kena datang lagi sebab nak cek darah untuk kali kedua.Dalam pada masa tu tekak pula teringin nak makan sup Ani Utara tapi tak larat nak ke Shah Alam.Beli jela sup daging di kedai biasa :'(
26/2/2013
HTAR lagi.Kali ini proses sekejap saja sebab kami pergi waktu pagi.Sebelum tu dah hantar Sofea ke rumah pengasuh.Sayu hati tengok muka dia.
Doktor terpaksa tahan dalam wad sebab platlet darah makin turun.Gusi pula dah mula berdarah sejak 24/2.Ok,redha tapi terkilan sebab tak dapat nak jumpa Sofea lagi.Pertama kali berpisah tilam dan bantal dengan dia.
27/2/2013
Hari kedua dalam wad.Demam dah kebah.Doktor cakap dua hari selepas demam adalah tahap kritikal,kena monitor selalu.Jadi tak ada harapan untuk keluar wad.Platlet makin turun.Cirit pula.Drip dah masuk botol ke 4.Tak ada selera makan.Nak minum air pun terasa mual.Tiba-tiba teringat masa morning sickness >.<
Dalam sehari 4 kali doktor amik darah.Pegawai MPK datang buat siasatan.Tanya tinggal di mana,bila demam,kawasan rumah ada fogging tak.
28/2/2013
Tekanan darah rendah.Drip dah masuk botol ke 6.
10 pagi drip dah cabut.Hilang azab nak pergi toilet angkut botol drip.Doktor suruh tunggu keputusan darah jam 12 tengahari.Berdoa supaya dapat keluar wad.Wad sentiasa penuh.Memang musim kes denggi agaknya.
Akhirnya doktor suruh balik.Pesan minum air putih banyak.Tak ada temu janji seterusnya dan bil hospital percuma.Dapat MC sehingga 3/3.Sekali tengok kalendar,sampai hari Ahad rupanya.Cehh..dah sah-sah tak kerja hujung minggu.Apa-apa pun syukurlah dapat keluar wad.
Ambil iktibar dari pengalaman demam denggi ni.Nyamuk aedes sekecil tu mampu membawa maut.Jangan ambil mudah pembiakan nyamuk.Elakkan berada di luar rumah pada waktu senja.
*Petang tu juga MPK datang untuk fogging.Buka pintu seluas-luasnya sebab dalam rumah ada kes denggi.Kesudahannya.terpaksa mop lantai 3 kali sebab berminyak.Tak apa,rela mop lantai banyak kali dari duduk dalam wad berhari-hari :))
2 comments:
semoga cecepat sembuhh,..
Terima kasih Ayu Azmir :))
Post a Comment