29 November 2011

Waktu Mustajab Berdoa

  • Sebelum terbit matahari dan setelah selesai solat subuh
  • selepas solat fardu 5 waktu
  • antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib
  • antara azan dan iqamah atau selepasnya
  • ketika bangun tidur
  • selepas membaca tashayud akhir sebelum salam
  • ketika hendak masuk atau keluar masjid
  • antara takbir solat hari raya
  • dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah
  • ketika menziarahi makam Rasulullah SAW
  • ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  • ketika menbaca doa qunut bagi solat Subuh dan lain- lain
  • tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran
  • ketika ditimpa kesulitan, gundah dan resah gelisah
  • ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat yang lama terpisah
  • ketika hujan turun
  • ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  • sepanjang malam terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur
  • ketika khatam al-Quran 30 juzuk
  • ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud akhir

Sumber :Indahnya Hidup Bersyariat ( Ustaz Ismail Kamus)

Adab Dan Sifat Berdoa

  1. bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian, dan tempat serta menutup aurat
  2. khusyuk dan merendah diri kepada Allah dan  menghadap kiblat
  3. merendahkan suara dan tidak menganggu orang lain
  4. jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak
  5. yakin bahawa doa yang dipohon diperkenankan oleh Allah SWT
  6. mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting
  7. memulakan dan mengakhiri dengan memuji Allah dan selawat ke atas Nabi SAW 
  8. beristighfar
  9. memahami isi dan maksud doa
  10. doa bukan bertujuan untuk melakukan dosa, atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa itu
  11. memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa sendiri, kemudian untuk saudara mara beriman
  12. penuh perasaan pengharapan dan janganlah mengatakan " Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah daku sekiranya Engkau inginkan"
  13. mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW
  14. menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat ( Ustaz Ismail Kamus)

Bengang

Elok-elok je arini balik awal semata-mata nak tengok cite CINTA ELYSA
dah mandi siap-siap, makan pun sudah
tiba-tiba,,,,,,,


SIARAN LANGSUNG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO pla


arggghhhhhhhh..........

Stock Clearance Promotion 2011 - PUREEN


lagiiiikkk !!
SALES lagi..
mommies borong lagi...
jom semua !!!


BABY KIKO warehouse sales 2011

nahh,, amik !!
jom soping reramai hujung minggu ni.

28 November 2011

Puding Agar-agar Kastard

Dari aritu lagi mengidam nak makan puding ni, tapi nak makan hasil tangan sendiri.
puas belek-belek buku resepi, siap tanya pacik google lagik

akhirnyaaaa,,,











26 November 2011

Azan Dan Iqamat Untuk Bayi

Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.


Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abass r.a. yang bermaksud :
  " Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaan - Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikkan- Nya."


Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Rafi yang bermaksud ; 
 Saya melihat Rasulullah SAW membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah"


Rahsia Azan dan iqamat
~ kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan ucapan pertama yang meresap ke dalam hati bayi yang baru ahir
~ syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan megekang nafsu syahwat




jadi, tak ada istilah pun yang bayi lelaki diazankan manakala bayi perempuan hanya iqamat.
sama-samalah kita perbetulkan apa yang silap sebelum ini.


Sumber :Indahnya Hidup Bersyariat (Ustaz Ismail Kamus)

Akikah Dan Bercukur Rambut

kita selalu dengar perkataan akikah bila bayi baru lahir.
sejak mengandung ni baru alert pasal akikah.



maksud akikah dari segi bahasa ialah "memutus", dari segi syarak pula, menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri - biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah :
Imam Bukhari meriwayatkan drp Salman bin Amir al- Dhabi r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
 "Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis)"


Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya drp Samrah r.a katanya;
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
 "Bayi itu tergadai (tergantung) oleh akikahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya.

Bagi Imam Malik r.a., akikah boleh dilakukan pada bila-bila masa seseorang itu mempunyai kelapangan.

Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dsb) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnya sedangkan anak perempuan memadai dengan seekor kambing sahaja.

Syarat-syarat akikah :

1. umur binatang sembelihan
  • unta berumur 5 tahun lebih 
  • lembu atau kerbau berumur 2 tahun lebih
  • kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi
  • kibas berumur 1 tahun lebih atau telah bersalin gigi
2. binatang peliharaan sihat dan tidak cacat

3. daging akikah dipotong mengikut sendinya, tidak memecahkan tulangnya

4. disembelih atas nama anak yang dilahirkan

5. tidak boleh berkongsi ( cthnya : seekor kambing untuk mengakikahkan beberapa orang anak)

6. sebaiknya berakikah dengan kambing


Hukum Daging Akikah : sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara

Amalan Bercukur Rambut
Menurut Ibn al- Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Hikmah Berakikah
1. melahirkan rasa gembira atas kelahiran
2. mendekatkan diri anak kepada Allah
3. mengukuhkan tali persaudaraan apabila majlis dihadiri sanak saudara, jiran tetangga
4. sebagai tebusan anak tersebut memberi syafaat kpd ibubapanya
5. tanda syukur kepada Allah SWT
6. menjauhkan anak drp segala bahaya atau bencana


Sumber rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat ( Dato' Ismail Kamus)

Doa Akhir Tahun

DOA AKHIR TAHUN... #AZR :)

Doa ini dianjurkan untuk dibaca sebanyak 3kali iaitu pada waktu akhir Asar dihari ke 29 atau 30 Zulhijjah..

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ-اارَّØ­ِيم

Wahai Ya Allah,
Larangan apa pun dari-Mu yang telah ku lakukan pada tahun ini,
Sedang aku tidak bertaubat darinya,
dan Engkau bersikap penyantun kepada ku padahal Engkau berkuasa untuk menghukum ku,
dan Engkau telah menyeruku untuk bertaubat sesudah aku berani berbuat derhaka kepada-Mu..

Maka sesungguhnya sekarang aku memohon keampunan
kepada-Mu..
Ampunilah aku...

Dan hal-hal apapun yang Engkau redhai yang telah ku lakukan pada tahun ini,dan telah Engkau janjikan pahalanya kepadaku,
Maka aku memohon kepada-Mu,
Wahai Ya Allah,
Wahai Yang Mahamulia,
Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan,
Sudilah Engkau menerimanya,
Dan janganlah
Engkau putuskan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Mahamulia..

Dan semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW juga kepada keluarga dan para sahabatnya..

Aamiin(3X) Ya Rabbal Alamin..

BAS KILANG yang vavi

sebelum ni pernah baca entri kawan-kawan yang merungut pasal bas besar,lori besar yang buat jalan raya macam mak bapak dia punya.


dah ada pengalaman macam ni bila bawa keta kena himpit oleh lori, lepas siap bagi hon panjang.ko apa hal??
pada hal luas lagi jalan kat sebelah, dah tau dia tu memotong lagi nak menghimpit
ingat bawa lori tu satu tiket nak jadi samseng di jalan raya ke?


baru-baru ni jadi mangsa buli jalan raya lagi
bas pekerja okey!!
masa tu balik keja dengan hubby pakai motor
ko gila bas tu boleh tiba2 masuk lane kita orang, berabis hubby hon tapi tau lah bas besar ni mana la dapat dengar 


nak tak nak kita orang juga kena mengalah
berhimpit masuk lubang tepi jalan
tau jela jalan Klang macam mana kan
sakit bont** tau
sampai nangis2
nasib baik baby takda apa-apa
memang kuat perut terhentak




lagi sakit hati, dengan selamba bas besar tu bagi asap hitam kat kita orang
rasa nak baling bom je


pelik???
dorang ni takda perasaan ke
buta ke nak tengok kiri kanan
baru bawa kenderaan besar dah tunjuk lagak
belum lagi kena suruh bawa kapa terbang, jet pejuang ke


membebel banyak pun tak guna
kesudahannya, menangis sampai balik rumah




kepada drebar bas, lori, treler dan sewaktu dengannya,
bawa-bawa lah insaf
bukan seorang dua pernah jadi mangsa korang
memang ajal maut Tuhan yang tentukan tapi kalau dah bawa laju macam nak mampus cepat, selamat lagi ke??
dah lah bawa laju, siap tidur lagi sambil drive
hoi,, nak tidur kat rumah laa
orang yang nak balik kampung beraya pun kena fikir banyak kali sebelum beli tiket bas

25 November 2011

MGTT (MODIFIED GLUCOSE TOLERANCE TEST)

Hai semua !!!


pagi tadi baru lepas buat MGTT atau minum ari gula kat klinik botanik.
untuk apa minum air gula ni,,,
mesti korang dah tau kan,nak kesan kita ada kencing manis atau tak sebab terlebih berat


mula  - mula amik nombor dulu lepas tu pergi makmal untuk ambil darah
selepas amik darah baru lah boleh minum air gula..
macam-macam perasaan
nak cakap takut pun ada,neves pun ada
yela,sebelum ni dengar orang lain cakap air gula tu sangat manis,boleh buat muntah.
kalau da muntah kena minum semula
ada yang cakap air gula tu pekat sangat,kalau nak telan masih terasa kat tekak.
sebelum minum air gula ni doktor nasihatkan puasa start pukul 10 malam.
jangan minum, jangan makan




bila tengok gelas air gula tu,ohhh banyak juga
ada lah dalam 200ml
suam-suam lagi
bila hidu tak ada bau pula
tengok mommies lain muka kelat je minum air gula
slow-slow minum
sangat sopan :)
sebelum minum tu baca bismillah dan selawat ke atas nabi
mula-mula teguk sikit je sebab nak rasa
waahhhh,, sedap!!!
apa lagi tak sampai seminit dah habis


pelik je orang lain tengok
tamak pula macam nak minum segelas lagi
rupa-rupanya cerita sebelum ni tak betul
takda la teruk sangat rasa air gula tu
rasa macam segelas air yang dicampur degan 4 sudu gula
tak pekat sangat, tak manis sangat
hubby siap perli lagi, tamak !!
orang lain yang minum dulu tak abis lagi
ada yang siap muntah balik
kesiaaan,,kena minum semula


seksa juga kena tunggu 2 jam lagi sebab nak amik darah
selepas amik darah kali kedua,nurse tu cakap kalau tak normal pihak klinik akan call
kalau normal,tunggu next appointment je


HARAP-HARAP LA NORMAL :)

24 November 2011

minum air gula

pukul 10 malam dah start puasa
esok kena minum air gula,,,uwekkkkk
harap2 takda apa-apa
malas nak ulang alik pegi klinik lagi

kawan-kawan,wish me luck!!!

15 November 2011

Update Ringkas

Nombor giliran : 3

Tekanan Darah : 120/80
Tempoh Hamil : 23/52
Berat badan : 63.8kg
HB : 10.4
denyutan jantung bayi : 150


Nasihat doktor :
~ jaga pemakanan seharian
~ teruskan pengambilan obimin
~ komplikasi anemia - kelahiran pramatang/ bayi cukup bulan tapi saiz kecil/ tumpah darah (boleh menbawa maut)
         

p/s : check up seterusnya - 30/11/2011.fuhh...          

Komplikasi Anaemia Kepada Ibu Mengandung

Anaemia - Sebab, Gejala, Komplikasi, Rawatan dan Pencegahan  


Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

 
Sebab-sebab anaemia
  • Kehilangan darah (samada akut atau kronik).
  • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  • Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
  • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
  • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
  • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  • Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
  • Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.


Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
  • Talasemia
  • Tanda-tanda dan gejala
  • Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.


Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa.
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan


Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. 

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. 

Sumber : http://sakitrawat.blogspot.com/

11 November 2011

11.11.11

Salam sayang semua :)

tarikh yang cantik untuk hari ni.
hari Jumaat.
penghulu hari.
ikut rancangan awal, hari ni saya bernikah tapi Allah Maha Mengetahui.
Dia mempercepatkan benda yang baik
mak bapak jadi pengantara untuk cepatkan majlis kahwin.
betul cakap orang, kalau nak tunggu duit cukup, tunggu diri sendiri bersedia memang takkan kahwinlah sampai tua.
Allah akan permudahkan urusan kita yang baik.


mesti ramai yang ambil kesempatan untuk nikah hari ni kan.
apa-apa pun, baraka allahu lakuma..
semoga hubungan yang halal ini mendapat keberkatan dari-Nya.Amin

10 November 2011

Dulu Dan Kini


 kurus

 
beberapa hari sebelum nikah


VS

gemuk..


preg 22 weeks. dah mok mok, hidung pun kembang.




Spaghetti Paling Ringkas

ini menu makan malam semalam..
sangat ringkas dan mudah.
paling penting kenyang, !!

nak resepi ke?
alala..malunya.
rasanya orang bujang pun tak masak simple macam ni.
saya yang malas je mampu buat macam ni.

takpela, saya letak juga dalam blog ni sebagai resepi sendiri.
mana tau esok lusa dah lupa macam mana nak masak.

Bahan-bahan :
1 tin sos spaghetti tradisional.*tak kisah brand apa tapi saya suka prego
1 paket spaghetti *saya suka style linguine
500g daging cincang
1 cawan air
6 sudu cili kering (kisar)
3 ulas bwg merah (kisar)
2 ulas bwg putih (kisar)
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1. rebus spaghetti dalam periuk besar.tambah sedikit garam dan minyak supaya spaghetti tak melekat.
Angkat bila dah lembut dan toskan.
2. tumis bahan kisar, masukkan daging cincang,bubuh sedikit garam.
3. Goreng sehingga daging warna keperangan.
4. masukkan sos spaghetti.
5. tambah sedikit air
6. kacau.masak dengan api perlahan.biar hingga mendidih sehingga kuah dah pekat.
7. siap daaa..


p/s:simple2 pun bertambah juga sampai 3 pinggan.
dasar pelahap!!!

bekpes apa???

Hai korang !!!

hari ni bekpes apa?
saya makan bihun goreng berlaukkan sambal kerang.
terpaksa makan kerang biar pun rasa hanyir kat tekak ni.
tapi.......


nampak tak kulit kerang tu??

close up sikit
agak-agak kalau tertelan kulit kerang tu boleh hadam tak dalam perut.
terus bayangkan baby lahir sambil pegang kulit kerang ni.hahahaha
ok,tu saja nak bagi tahu.*poyo

09 November 2011

Buku Pilihan Terbaik - Ibu Dibelai Anak Dibuai

Hai semua...
Entri hari ini khas untuk bakal ibu atau ibu-ibu yang perlukan panduan kehamilan dan kelahiran.



Sejak akhir-akhir ni selalu transit di Tesco Shah Alam.
sementara nak tunggu en.somi datang pick up, saya lepak-lepak di kedai buku 'Books etc..'
kedai buku ni best sangat.
kebanyakan buku yang dijual adalah buku agama dan buku panduan.
ada ruang untuk membaca, sofa pun selesa untuk duduk lama-lama disitu.

masa nak cari buku untuk dibaca/dibeli tiba-tiba ternampak buku ni, Ibu Dibelai Anak Dibuai.
Tengok tajuk dah rasa pelik.
belek-belek sekejap, ternampak muka surat pasal zat besi.
sekarang ni memang alert pasal zat besi.
kekurangan zat besi boleh jejaskan perkembangan bayi.
kebanyakan rakyat di M'sia mengalami anemia semasa mengandung.
doktor tak galakkan kita kerap makan hati ayam sebab kandungan Vitamin A yang tinggi.
Lagi pun toksik yang terkandung dalam hati akan membahayakan bayi.
Banyak juga maklumat dalam buku ni, apa lagi penulisnya seorang doktor pakar yang berpengalaman.
ada juga panduan untuk kaum bapa.

cara penyampaian maklumat dalam buku pun senang nak faham.
ringkas tapi padat.
penulis bagi tahu masa mula-mula ibu tahu mengandung sampailah bersalin.
antaranya, kenapa kita rasa sakit ulu hati,sakit rusuk, sakit ari-ari,sembelit dll.
sakit tu akan datang pada masa bila - trimester pertama/kedua/ketiga.
dia akan bagi panduan macam mana nak mengatasi masalah tu.

maklumat masalah bayi selepas kelahiran pun ada tapi saya tak sempat baca.
maknanya saya kena beli buku ni.
setakat ni, saya rasa buku ini adalah yang terbaik.
bayangkan saya boleh baca sampai muka surat 100 lebih biarpun duduk di sana sekejap saja.
kalau rasa bosan baca buku, mesti dah lama saya letak balik dalam rak.
buku yang ni rasa tak nak lepas pula.

Teringin nak beli buku ni.
harga di semenanjung RM29.90,Sabah/Sarawak :RM ?
InsyaAllah, kalau tuan belog ada rezeki lebih,buku ni pasti jadi milik sendiri.
Dah siap baca nanti, saya share dalam blog ni pula.

Inai Nikah


Dah pening-pening nak cari tempat lukis inai akhirnya jumpa juga di Tesco Shah Alam.
memula test dulu untuk sebelah tangan. corak macam ni akak tu caj RM5 sahaja.
teruja sangat!! dah la murah,dekat pula tu



selepas dicuci.puas sental dengan sabun mandi. takut inai tak hilang masa nak buat pula untuk nikah .
 

tengok tu, baru separuh pun dah nampak cantik.design simple ni RM5 sahaja.Lukis inai ni sehari sebelum nak nikah.hebak kan,semua nak buat last minute.


close up sikit

dah siap!!!



hasilnyaa...

kalau nak inai yang murah-murah,cantik-cantik,pegi lah Tesco S.Alam.
paling mahal pun RM20 untuk satu design.
akak tu buka booth di bawah Tesco.
senang nak cari sebab dia lah satu-satunya yang melukis inai.
inai ni tak payah nak tunggu lama2, tak payah nak bawa tido sampai esok pagi.
lepas kering cepat-cepat basuh.
nanti warna tambah pekat.
nak kaler merah jadi pula kaler hitam.
masa basuh tu jangan sental/gosok.alirkan dengan air paip.


Wednesday Blues!!!

Entah apa perasaan pagi ni.
bangun dari tido rasa nak mengamuk, rasa nak marah-marah.
tak tahu pula nak marah pasal apa.
tak pasal-pasal orang lain kena.
lepas tu hubby call cakap bateri kereta kena tukar.
duit lagi!!

kat opis pula ada member saja hilangkan mood.
datang mengadu pasal kerja.
my dear, kerja memang macam ni.
kdg2 tension, kdg2 happy..
kalau boleh janganlah kita nak merungut sebab gaji yang kita terima setiap hujung bulan tu akan diguna juga.

kdg2 saya rasa tak boleh jadi kawan yang baik, yang perlu dengar masalah kawan setiap hari.tapi perlukah setiap hari?
masalah dunia!!
Adakah ini sebab perubahan hormon atau Allah menduga hambaNya agar bersabar?
Astaghfirullah al azim...

08 November 2011

Ruang Tamu Idaman

kalau macam ni boleh kira mengidam juga ke?
agak-agak tak dapat ruang tamu macam ni,meleleh tak air liur si kecik?

nak sangat ruang tamu macam ni..sofa dah ada,tv pun dah sama.cermin kat belakang tu je lagi belum dapat.


ini pun suka sangat.simple.nanti nak buat macam ni tapi entah bila.huh!

Penat

Ini entri yang dijeruk seminggu lalu..

Penat gilerr.. !!!
tiga hari berturut-turut lebih banyak berdiri dari duduk.10 pg - 6 ptg.
nama pun buat sales kan.
kaki bengkak, sakit macam kena cucuk seribu jarum.
pinggang rasa nak patah.fuhh!!!
esoknya,MC..
jadi, hargailah promoter kat soping kompleks yang berdiri lama-lama tu *pesanan khas untuk saya





masa ni staff dapat add 20%,apa lagi belum abis mengemas,masing- masing dah sibuk soping

banyak barang nak buat sales,lps sales masuk dalam kotak.esok pula,buka kotak lagi.adusss!!!

nampak tak saya yang buat-buat bizi tu??

masa sales ni semua handbag sepesen je,masuk dalam plastik.

ramainyaaa..

murah tak??





RM8 je kak,normal price RM14.90.hehehe

Oh Sukun...Mengidam lagi!!!


dimanakah nak cari buah sukun ni?
time tak nak makan,berlambak pula dijual.
ni sama kes dengan buah ciku.
time nak makan,mula lah dorang main sorok-sorok.
info terdekat, boleh beli di Sijangkang.
adoi!!! jauhlah macik nak pergi sana.


sekarang ni mampu telan air liur je pandang sukun goreng ni..
kesian T_T
ada sape-sape tak yang sudi hantar buah sukun kat saya??


p/s : mak, macam biasa sila pos kat menantu di sini (boley tak?)

Pelamin...Cantik Tak??




pelamin sanding di Kota Belud.
tak tau tema apa tapi nampak macam moden.
pelamin ni pak andam buat khas untuk kita orang.
fresh lagi..
first time dia buat pelamin di KB.
bersemangat dia buat sampai seminggu baru siap.hehehe
sebelum tu decide nak buat tema kaler merah sebab baju sanding kaler putih tapi mak mentua cakap ' tak boleyyy kaler merah!!! '
terpaksa tukar kaler cream.
bersungguh-sungguh pak andam tu buat pelamin ni.
tabik sama dia..
lepas buat pelamin, dia mekap pengantin.
lepas mekap pengantin, dia mekap pengapit pula
caj yang dia minta pun murah sangat.
paling penting sekali, tercapai hasrat nak duduk sanding guna kerusi ala-ala perahu tu
lepas dia buat pelamin ni,alhamdulillah, ramai yang nak sewa pelamin dia.

04 November 2011

Baju Tradisional Kaum Rungus


nampak cun je budak-budak ni pakai.
dorang pakai masa majlis sanding saya kat KB.
baju ni tak cukup lengkap lagi.ada banyak yang kurang.
memang nampak mudah nak pakai tapi sebenarnya seorang kena amik masa 2 jam untuk pakai aksesori ni.
kalau nak lengkap segala aksesori paling minimum 4 jam.itu pun bergantung berapa orang yang tolong pakaikan.
serius penat walaupun saya tak sempat nak pakai baju ni.
mak tak suruh sebab kat bahagian perut dan pinggang tu ketat.
masa tu da pregnant 2 weeks++
padahal dah standby tudung hitam,inner hitam,legging hitam.

sekarang ni kalau nak tempah fullset baju ni mahu cecah RM1k++.
bukan sebarang kain,kena kain tenun.
gelang tangan,gelang kaki atau saring diperbuat dari tembaga.
yang bulat warna putih kat dada tu dari kulit lokan (sejenis kerang).benda tu kena gosok kat batu sampai halus dan bulat.
benda yang bersilang kat badan tu buat dari beribu-ribu manik.

biarlah orang lain cakap pakaian tradisional rungus paling seksi tapi hakikatnya baju inilah paling cantik.
warisan budaya ni harus dijaga,jangan biar tercemar.
biarpun saya ni bukan original rungus tapi saya bangga dengan baju tradisi ni.

sekarang ni pun dah ada orang ubah fesyen baju ni.
memandai ja kan..
kadang-kadang terfikir juga, macam mana atuk nenek moyang dulu-dulu boleh fikir nak design baju macam ni?
nanti kalau rajin saya try google,lepas tu tanya nenek kat kampung.
kalau rajin lagi,saya buat entri khas kat blog ni. :)

Perut meregang, strechmark?

masa awal-awal bulan pregnant tak rasa perut meregang tapi rasa gatal-gatal.
sedap je tangan nak garu.
tapi orang tua pesan jangan garu.nanti lepas bersalin kesan garu tu takkan/susah hilang.
ada yang pesan kalau gatal garu pakai sikat.
dah try juga tapi tak best.

lepas tu beli minyak zaitun brand SAFI.sebenarnya tak kisah apa jenama pun.


selepas seminggu pakai memang berkesan tapi kena sapu 3 kali sehari.
lepas mandi pagi sekali,lepas makan tengahari sekali lagi.last sekali selepas mandi petang/malam.
dah lah lembut, wangi lagi.

dah seminggu lebih pakai minyak zaitun, ada seorang member ofis tanya dah start sapu minyak kat perut ke.
saya jawab dah sebab perut rasa gatal sangat.
dia cakap memang akan rasa gatal sebab kulit nak melebar.
dia offer nak bagi minyak cocoa butter oil sebab dia tak boleh pakai, bukan hilangkan gatal tapi makin gatal lagi.doktor advise dia suruh stop pakai produk tu sebab kemungkinan alergik.

dah macam tu..kecik tangan,padang golf kat subang tu saya tadahkan.
esoknya dia bawa.
malam tu try pakai.wangi macam coklat cadbury.hehehe
memang best, senang nak pakai.spray je kat perut lepas tu ratakan.
boleh tahan sampai petang.

mahal vs murah..
persoalan sekarang ni, adakah produk mahal lebih berkualiti/berkesan berbanding local product?
kalau saya,saya tak kisah barang tu murah atau mahal.janji berguna, bagi hasil yang memuaskan dan halal.
sekian,terima kasih.
*poyo lagik!!

Bahagianya..

selepas puas berperang dengan morning sickness baru lah rasa lega sekarang.
boleh tarik nafas laju-laju padahal selalu semput bawa perut boyot.

dah boleh main masak-masak ikut suka hati biar pun tanpa bawang. benci bawang selamanya.sejak pregnant ni lagi bertambah-tambah benci.huh!
kemas-kemas rumah ala kadar sedar nurse cakap 5 bulan ni risiko keguguran masih ada.
nasib baik pregnant ni mood musim bunga memanjang..takda perubahan emosi.
takda nak marah2,murung,sedih bagai.

lagi best setiap pagi hubby akan letak tangan atas perut.
tunggu baby bagi tendangan free.
lepas tu hubby sapu ubat kat perut yang mak mentua bekalkan dari kampung.mak cakap supaya perut tak mengeras, tak masuk angin.
 
tak sabar nak tengok baby dalam perut ni..


p/s : ini entri untuk hepi friday :)

Tipah Tertipuuu!!!

Hai semua,,,
Inilah padahnya kalau suka hati curi gambar dari blog orang lain kan..
ingat tak gambar BABY ROCKER ni???
semalam bersemangat kuar opis pukul 5.30 sebab nak berkejar pegi warehouse MYDEAR.
nasib baik tempat tu senang nak cari.orang pula tak ramai.
dah set dalam hati nak beli baby rocker dengan set mattress sahaja.bajet bawah RM50.
bila sampai tempat baby rockers.....
omaigod!!!!!
RM17 tu harga untuk tempat poo poo baby..
baby rocker ni sebenarnya RM100++
saya tertipu dengan diri sendiri.padan muka!!!
member asyik gelak-gelak je.
minta maaf lah kat sesape yang dah tertipu macam saya juga atau pun saya seorang je yg tertipu??

rupa2nya price tag tu tergantung je tp bkn utk baby rockers.huhuhu

dah kecewa dengan baby rocker, saya cari set mattress juga.
dapatlah harga RM41.harga sebenar RM50++.
masa ni pening juga nak buat pilihan sebab semua cantik-cantik.harga pun tak banyak beza.
saya amik kaler biru sebab rasa ini kaler unisex.baby boy atau gegurl boleh pakai.
kalau pink,ermm,,susah sikit saya nak terima untuk baby boy.
paling penting set mattress ni dari cotton.senang nak serap peluh baby.




memang sakit hati nak soping kalau tengok barang-barang murah tapi duit dalam poket tak mengizinkan pula.
bayangkan set pillow baru RM8.
comforter baby pula RM13.
stroller RM120 - RM800 (rm800 ni dah boleh modified jadi mesin rumput.hehehe)
fullset bed RM120

tak sempat nak snap gambar sebab bateri hp low, masa tu pula tengah rambang mata.

p/s :MYDEAR,sila buat sales lagi awal tahun depan okey !!