21 October 2015
Susu Ibu Adalah Titisan Emas
07 October 2015
Tips Atasi Masalah Baju Berkarat
Modal tampal menampal ni hanya RM2.50. Itu pun guna sekeping je, yang lain nanti boleh tampal pada baju yang ada kotoran degil pula.
Tengok gambar dah boleh fahamkan cara-caranya.
Selamat memcuba, mesti korang lagi kreatif kan.
05 October 2015
Detox Untuk Sihat dan Kurus
Wahh, laju klik entry bila nampak tips untuk kurus.
Sihat dan kurus.Memang satu pakej.
Siapa yang tak nak sihat kan.
Jom cuba minuman ni.
Ada banyak khasiat tersembunyi.
Mudah untuk disediakan.
InsyaAllah tiada bahan yang memudaratkan.
Antara khasiat lemon pula :
- Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
- Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
- Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
- Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
- Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
- Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
- Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
- Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
- Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
- Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
- Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
- Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
02 October 2015
Simposium 2 - USUS SIHAT ANDA BAHAGIA
11 September 2015
Viral Resepi Kek MILO 3 Minit - Bahayanya Di Situ
Hari Jumaat yang indah tapi mendung akibat jerebu.
Jangan lupa jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar.
Minum air masak secukupnya.
Minggu ni rajin mak scroll FB. Macam-macam muncul dalam newsfeed.
Macam biasa, kalau benda sedap atau lawak cepat saja diviralkan di Facebook.
Mesti korang pun nampak kan resepi kek milo 3 minit yang dikatakan mudah dihidangkan untuk tetamu yang datang mengejut.
Niat tu memang dah elok nak hidangkan kek sedap untuk tetamu tapi cuba tengok bahan-bahan dan cara masaknya.
Antara yang menarik perhatian saya ialah :
- MILO
- MICROWAVE
Dua M ni membahayakan kesihatan dan penyumbang penyakit moden.
Jom luangkan sedikit masa untuk baca pasal dua benda ni.
MILO
- Serbuk minuman ini mengandungi maltodetxtrin iaitu gula ringkas yang dihasilkan dari sirap jagung (kebanyakan jagung sekarang adalah GMO).
- Maltodextrin tiada serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesannya, men-nyah nutrien dalam badan.
- Maltodextrin juga merosakkan tisu dalam badan dan menyumbang diabetis.
MICROWAVE
- Cara masakan yang berlawanan dengan fitrah. Biasanya,pemanasan bermula dari luar makanan kemudian ke dalam tapi microwave sebaliknya.Makanan menjadi toksik.
Sepuluh Sebab Ketuhar Gelombang Mikro (KGM) Mesti Dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1. Makan makanan yang melalui proses KGM menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia “memendekkan” utusan elektrik di
dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam KGM.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
4. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan.
Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar
gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit
ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan
serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.
SUMBER : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4846.0
Jadinya, sama-samalah kita berubah untuk menjaga kesihatan.
Ada banyak pilihan untuk menggantikan makanan atau cara masakan yang menudaratkan..
Biarlah lambat masak asalkan makanan yang dimakan membahagiakan :)
Selamat mengamalkan kesihatan.
Ingat, PERUT PUNCA PENYAKIT (pinjam tagline kak Kimi)
02 September 2015
Sofea - Bila Kacangnya Dalam Hidung
Assalamualaikum..
Anakanda yang sulung ni, 3 tahun 5 bulan, memang banyak akalnya. Ada saja idea nak buat.
Rabu lepas,siapa sangka dia boleh terfikir nak masukkan sebiji kacang menglembu dalam lubang hidungnya.
Habis satu rumah panik.
Kun fayakun.
Mula-mula dia mengadu sakit hidung sambil gosok-gosok hidungnya. Mak periksa luar dan dalam hidung tak nampak apa-apa luka atau benda yang pelik.
Sebelum makan malam, dia merengek lagi cakap sakit,kacang masuk hidung.
Ya Allah,cepat-cepat ambil lampu suluh dan tengok apa kat dalam hidungnya.
Memang sah dia masukkan kacang dalam hidungnya.
Bila tanya kenapa buat begitu, dia senyap ja.
Mak pun geram, cakap kat dia tunggu kacang tumbuh baru keluarkan dari hidung. Grrrrrrr...
Dah la malam,hospital pula jauh.
Selepas makan malam tu Sofea aktif macam biasa. Suara mula sengau sebab hidungnya tersumbat kacang. Pening kepala mak berfikir macam mana nak keluarkan kacang tu.
Papanya pula tiada di rumah. Dia cadangkn korek guna pengorek telinga besi tu. Masalahnya,benda tu tak wujud dalam rumah ni.
Nak korek guna jarum tak berani pula sebab takut anak tersedut atau terluka.
Malam tu dah rancang mesti pergi hospital esok paginya sebab takut hidung Sofea membengkak.
Tengah malam Sofea bangun nangis-nangis sebab tak selesa hidungnya tersumbat. Mak pujuk elok-elok,esok pagi baru kita keluarkn kacang tu.
Sebenarnya berat hati nak ke hospital. Kurang selesa dengan prosedur hospital. Bukannya tak sayang anak tapi masih ada cara lain.
Sepanjang malam tu gigih berfikir cara yang selamat untuk keluarkn kacang tu.
Esok pagi,sebelum Sofea bangun,mak pun jadilah doktor peribadi. Cari lampu suluh,gunting dan klip rambut. Buka langsir luas-luas supaya terang benderang.
Mula-mula gunting bulu hidungnya supaya lagi senang nak keluarkan kacang tu.
Dengan cara tangan kiri pegang klip rambut (mak kidal ok), tangan kanan pula pegang hidung Sofea dan lampu suluh kat mulut. Doktor tak cukup kakitangan :p
Perlahan-lahan masukkan bahagian klip rambut yang melengkung kemudian tarik kacang keluar.
Alhamdulillah, macam tak percaya bila nampak sebiji kacang dah berjaya keluar.
Sofea terbangun, mak cakap kacang dah keluar, lepas ni jangan masukkan apa-apa lagi dalam hidung.
Selepas snap bahan bukti, terus hantar ke pic dengan papanya, siap tunjuk dengan nenek Sofea lg.
Syukurlah nak, kita tak payah jumpa hospital kali ni.
#tips keluarkan objek kecil dalam hidung anak.
20 August 2015
Khidmat Terapi Bayi Anda - Massage with Essential Oil
Just to let you know that this is happening this Sat in my therapy centre, inshaaAllah.
Learn to soothe, comfort and calm your little precious through the use of therapeutic essential oils with simple massage techniques to:
1. Support a healthier respiratory system,
2. Promote a healthier digestive, and
3. Boost immune system
This is a child-friendly workshop and limit to 10 adults per session (10 mummies and daddies with babies/toddlers 6 months and older).
Light refreshments of home-made cakes & drinks infused with essential oils will be served. All participants will receive a smelli-cious goodie bag.
Block and confirm your slots. Details below:
Date: 22nd August 2015
Time: 10am to 12pm and 2pm to 4pm
Venue: Celebrate Life Event Hall
F-2-3 Jalan Serai Wangi N 16/N, Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam
Fee: RM35/pax or RM50 for 2
WA/SMS: +6019-2123885 to confirm your seat/(s).
23 June 2015
Nak Wajah Cantik Dengan 'Skincare' Selamat
Assalamualaikum dan salam sejahtera kakak dan adik sekalian..
Hari ni 7 Ramadhan.
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa.
Semoga amal ibadah kita diredhai Allah.amin.
Kakak-kakak dan adik-adik manis sekalian dah buat persiapan raya?
Baju raya warna apa tahun ni?
Ada berapa pasang semuanya?
Apa-apa pun,semoga kita semua bersederhana dalam berbelanja.
Sambil menikmati indahnya bulan Ramadhan,mesti akak-akak dan adik-adik pun sibuk nak cantikkan wajah,bersih dari jerawat dan jeragat sebelum hari raya menjelang kan.
Wajah kusam,warna kulit tak sekata pun no no no..
Tapi,sekarang ni banyak produk penjagaan kulit yang berlambak di pasaran.
Sampaikan kita susah nak buat pilihan.
Sudah tentunya kita nak tahu isi kandungan produk tersebut sama ada selamat,halal atau dari sumber natural.
Jangan mudah terpedaya dengan testimoni ye para pengguna sekalian.
Testimoni boleh dibuat-buat.
Apa yang penting, diiktiraf oleh KKM.
Baca kandungan produk,tengok bahan yang digunakan.
Tudiaaa,dah malas berceloteh panjang,baca sajalah pesanan penaja ni.
Harga pun berpatutan.
InsyaAllah produk ni halal,selamat dan tiada kesan sampingan.
Apa tunggu lagi,tak sampai sebulan lagi nak raya ni.
************************************
<<<<<JUJUPINKISH SKINCARE >>>>>
JANGAN BACA KALAU TAK NAK FLAWLESS U alls bosan dengan
kulit muka yang kusam ?? Kurang confident nak keluar ?? Kulit muka sensitif akibat penggunaan bahan kimia berlebihan ??? Jangan risau kami ada jalan penyelesaiannya !!! GRADE A SKINCARE FENOMENA TERBARU PRODUK KECANTIKAN TANPA 100% MERKURI DAN HYDROQUINONE ✅✅✅ NAK TAHU LEBIH LANJUT ??? UNTUK TAWARAN GEMPAKK !! HANYA RM90 FREE POSTAGE OKAYY WHATSAPP LELAJU AT 0139622052 #jujucream #jujuqueens #jujureview #jujuselfie #jujupinkishset #jujupinkishlover #jujupinkishtoner #jujupinkishbeauty #jujupinkishskincare
Sekian,selamat mencuba.
Semoga akak-akak,macik-macik dan adik-adik berseri2 di pagi raya.
Stokin Solat - Wajib Tutup Aurat
Assalamualaikum fillah.
Hari ni masuk 6 Ramadhan.
Alhamdulillah ibadah puasa berjalan dengan lancar walaupun nafsu makan selalu terbabas.
Kakak-kakak,macik-macik,adik-adik sekalian,
Pernah tak terlintas di hati setiap kali tiba bulan Ramadhan,kita ada satu keazaman untuk berubah.
Berubah menjadi baik,berubah untuk penyabar,berubah untuk berpakaian muslimah atau apa-apa sahaja yang ke arah kebaikan.
Tahun ni,berazam nak tutup aurat dengan sempurna.Tak nak dah aurat terlondeh sana sini.
Malu dengan Allah :(
Alhamdulillah tertunai juga nazar selepas dapat zakat mualaf.
Dah beli baju lengan panjang,seluar panjang,tudung labuh.
Sekarang ni misi mencari stokin pula.
Sungguh dipermudahkan,kebetulan ada sahabat yang menjual kit solat.
Dalam kit solat ada stokin kaki,handsock atau stokin tangan dan tasbih.
Selesa dan tak panas
Harga pun murah.
Apa lagi yang tak cukup kan,semua dah lengkap.
Siapa-siapa yang berminat,boleh klik link di bawah ye.
InsyaAllah mendapat layanan yang baik dan cepat dari seller yang cun itu :)
https://m.facebook.com/profile.php?id=1654430618109531
07 May 2015
Simposium Ibubapa Moden - Pemakanan Sihat, Generasi Hebat
Assalamualaikum dan salam sejahtera ibubapa yang dirahmati,
Anda mencari-cari satu kursus atau seminar tentang pemakanan alami (natural) dan sunnah?
Inginkan anak-anak sihat,
apa makanan yang perlu diberi?
Di sini ada penyelesaiannya.
InsyaAllah segala pertanyaan anda akan terjawab nanti.
Sertai kami dalam simposium julung-julung kalinya hasil kerjasama Jelitawan Organik Enterprise, As Salahuddin Smart School (ASTAS) dan Celebrate Life.
************************************
Bismillahirrahmanirrahim,
Hidup di dalam era yang menghambat ini, setiap dari kita terkejar-kejar untuk menyediakan sesuatu yang terbaik buat permata hati kita dalam pelbagai hal. Bermula dari pendidikan, kesihatan, pemakanan, kehidupan dan selainnya.
Kita rasa kita telah menyediakan pemakanan yang terbaik buat anak tetapi sayang sekali anak kita tidak menonjol dalam pelajaran mereka, malah ada yang kurang dalam prestasi sahsiah dan lebih sedih bila mereka sering sahaja mempunyai masalah kesihatan.
Sedarkah kita, pemilihan makanan sangat vital dalam penentuan perkembangan fizikal dan kerohanian anak-anak?
Jom, kenali makanan yang terbaik buat anak-anak syurga kita. Sasaran kita bukan sekadar kenyang! Fokus kita adalah sahsiah mulia mereka, kebijaksanaan mereka dan kesihatan mereka juga.
Hadiri Simposium julung-julung kalinya yang dibawakan oleh Jelitawan Organik Enterprise™ dgn kerjasama As Salahuddin Smart Tahfiz School™ dan Celebrate Life Consultancy pd 23 Mei ini di Celebrate Life Event Hall, Alam Avenue, Shah Alam.
Mari ibubapa bijak, kita bersama membongkar rahsia generasi hebat bersama penceramah2 berkaliber kita;
1. Ustaz Wan Asrul Effendi Al Aydrus
Penasihat Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia (TIAF)
2. Puan Diana binti Shuwardi
Pengamal Pemakanan Bebas Gluten, Sunnah dan Alami
3. Puan Na'ila Zakiyah M Ariffin
Juicing Therapist
Yuran Penyertaan;
Early bird rm50 (hingga 15mei)
Normal tix rm60
Grup bertiga rm55x3
Walk in rm70
Maklumat lanjut sila lawati
Jelitawan Organik Ent
fb; www.facebook.com/jelitawanorganik
ig; Jelitawan Organik
29 March 2015
Drama : Aku bahagia, kau derita?
Assalamualaikum ..
Sesungguhnya Allah ingin menguji keimananku.
Sehabis daya mak cuba bersabar tapi ada saja bahan nak mencuit kesabaran.
Eh kau ni Senah (bukan nama sebenar) suka sangat cari pasal kan.
Istighfar banyak-banyak.
Tak faham kenapa perlu stalk fb orang lepas tu meroyan sorang-sorang sambil mencarut dalam post sendiri.
Banyak sangat masa nak tengok kehidupan orang lain.
Suka pula menilai orang itu ini.
Ya Allah, apa faedahnya buat begitu.
Penat layan cerita Senah sorang ni.
Hampir-hampir terjebak perangai budak hingusan tu.
Sekian kemerepekan di tengah malam.
Semoga daku sabar dan terus bersabar.
Takpa, Allah ada.
15 March 2015
Sumber Oksitosin : Homemade Chewy Brownies
Assalamualaikum ..
Permintaan anakanda beserta anak tekak maknya. Terhasillah brownies tertangguh sempena ulang tahun kelahiran Sofea dan Saraa.