21 October 2015

Susu Ibu Adalah Titisan Emas

Assalamualaikum dan selamat membaca kepada yang sudi singgah atau blogwalking ~
12.30 am.
Anakanda sudah tidur.
Mata mak masih belum mengantuk lagi.
Malam ni sesaja nak buka topik tentang breastfeeding.
Tak adalah arif sangat  nak bincang pasal topik penyusuan bayi dengan susu ibu ni tapi hati tertarik dengan beberapa orang friendlist yang gigih berkempen tentang kebaikan susu ibu.
Salah seorangnya adalah lelaki. Beruntung isterinya.

Saya akui, kesedaran pasal  kebaikan susu ibu ini semasa mengandungkan Saraa Nur Adliyya, anakanda yang kedua.
Sebelum bersalin lagi, dah tulis siap- siap dalam birthplan – no formula milk for baby.
Pengalaman menyusukan Saraa sangat mencabar.
Tiada istilah ‘ untunglah dapat susukan anak dengan susu badan, susu banyak.’
Untung ke kalau mencuri masa waktu berkerja setiap tiga jam untuk mengepam susu. Nasib baik masa tu bos memahami, kalau dapat yang tak memahami lagi lah ‘untung’ kan.
Masa tu hasil susu hari ni pam untuk stok esok hari.
Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tak pernah pun susu penuh dalam peti ais.
Pam guna pam manual. Lambat sikit prosesnya.
Ada hari tertentu contohnya hari Isnin, saya terlupa bawa pam susu ke opis – mak versi kelam kabut pagi Isnin.
Apa lagi, marmetlah jawabnya.
Ada masa lagi, milk storage habis stok – mak nyanyuk lagi sebab tak periksa stok dalam drawer. Guna botol mineral kecil jawabnya.
Paling tragis pernah terlupa bawa balik stok susu dalam peti ais di pantry. Syukurnya, esok tu hari cuti, boleh buat stok di rumah.
Pernah satu masa terpaksa keluar sekejap waktu tengah hari dari tempat kerja untuk hantar stok susu sebab stok susu di rumah pengasuh habis.
Kalau ada mesyuarat di luar opis, memang angkut juga segala alat mengepam. Keluar sekejap, pam di surau, restroom atau mana – mana tempat yang sesuai.
Masa awal-awal masuk kerja selepas cuti bersalin, Saraa tak berapa nak minum susu dalam botol. Padahal dalam waktu pantang dah ajar dan memang nak botol susu.
Macam-macam ikhtiar pengasuh cuba, agaknya dalam kesibukan layan anak asuhan yang lain, pernah stok susu terbiar di luar peti ais - basi. Terpaksa buang.
Pernah juga pengasuh pulangkan stok susu dalam beg baju anak tapi tak bagi tahu mak, esoknya saya baru perasan masa nak basuh baju. Saya pun silap tak periksa beg baju anak malam tu.
Sedih tengok 3 paket stok susu basi. Rezeki pokok bunga dapat mandi air susu.

Satu masa, tak tahu silapnya di mana atau masih lagi kurang pengetahuan, stok susu HABIS.
Rasa nak berhenti kerja dan direct feed anak je di rumah.
Terpaksa beli susu kambing segar kemudian dilute dengan air untuk Saraa minum.
Alhamdulillah, susu kambing susu kedua terbaik selepas susu ibu.
Nak cari stok susu kambing pun agak mencabar, selalu juga stok habis. Harga pun boleh tahan.
Penyelesaian kedua, dapatkan ibu susuan.
Alhamdulillah lagi, selepas itu stok susu mencukupi.
Sifirnya, kerapkan pam – jangan ponteng.
Minum air banyak, tak mo stress.
Makan makanan yang berkhasiat.

Walaupun Saraa bukan menyusu badan secara ekslusif tapi bersyukur dia membesar dengan sebahagian dari susu ibu.
Sehingga kini, Saraa, 1 tahun 7 bulan masih menyusu dengan saya.
Cabaran memang sentiasa ada.
Soalan panas – kenapa tak nak bagi susu tepung?
Rasa ringan mulut ni nak tanya semula, kenapa nak susahkan diri keluarkan duit untuk beli susu formula, nak bancuh susu lagi.
Tapi saya memilih untuk tidak menjawab.
Ada masa diam dan senyum lagi baik.
Maaf nak cakap, susu formula bukan susu sebenar, hanyalah tepung semata-mata.

Cuba tanya pengalaman dengan mak-mak yang menyusukan anak, senang atau susah sepanjang tempoh penyusuan itu.
Nanti ada yang kata, dah tau susah kenapa nak susahkan diri lagi.
Bila anda tahu kebaikan susu ibu ini dan susu ibu adalah hak anak, anda pasti senyum.
Jangan mudah mengalah dengan iklan susu tepung. Jangan terpedaya susu tepung sumber kalsium utama.
Memang akan ada doctor yang berkempen tentang susu jenama itu, jenama ini baik untuk anak anda tapi anak kita, kita yang berhak tentukan yang terbaik.
Jom gali ilmu banyak-banyak, tak kira dari sumber mana pun asalkan sahih.
Khasiat susu ibu lebih banyak dan memang mencukupi untuk anak anda.
Kalau nak beli susu formula, gerakkan hati tengok senarai kandungan. Pelikkan, banyak kandungan sintetik.

Betul, susu ibu adalah rezeki masing-masing. Rezekinya, ada yang cukup-cukup saja, ada yang sampai penuh peti ais, ada yang sampai berderet  anak susuan, ada yang stok susunya expired.
Apa-apa pun, yang penting MENCUKUPI.
Mindset kena jaga – susu pasti ada.
Allah Maha penyayang, insyaAllah ada rezeki titisan ‘emas’ untuk anak dari badan kita.
Saya doakan ibu-ibu yang kini terpaksa bagi bayi mereka susu formula supaya dapat nikmat menyusukan seperti ibu-ibu yang lain.
Sama-sama kita berusaha ya J



*** Semoga setiap kandungan entri ini tidak mengguris perasaan sesiapa.

4 comments:

Ziana Eunos said...

info menarik ^_^

saya singgah n follow #121
http://zianaeunos.blogspot.my

aida said...

penulisan blog ni menarik,boleh teruskan lg hasil blog untuk perkongsian bersama..

aida said...

penulisan blog ni menarik,boleh teruskan lg hasil blog untuk perkongsian bersama..

Unknown said...

Info nya bagus ni :)

Watch movie bluray