05 October 2015

Detox Untuk Sihat dan Kurus

Tajuk yang agak cliche :))

Wahh, laju klik entry bila nampak tips untuk kurus.
Sihat dan kurus.Memang satu pakej.
Siapa yang tak nak sihat kan.

Jom cuba minuman ni.
Ada banyak khasiat tersembunyi.
Mudah untuk disediakan.
InsyaAllah tiada bahan yang memudaratkan.











Antara khasiat teh daun raspberry :

1. Mengurangkan gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai energy drink.

Teh ni juga boleh diteruskan pengambilannya selepas proses bersalin kerana :

1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ada kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim.
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria.
4) sesetengahnya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.


Tapi sebagai peringatan tidak semua orang boleh minum teh raspberry ni sekiranya ada :

1) dijadual untuk caesarean.
2) mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
3) mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
4) pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
5) mempunyai sejarah ovarian cancer, endometriosis or fibroids pada diri sendiri / keluarga
6) mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
7) darah tinggi
8) hamil kembar



Antara khasiat lemon pula :
  1. Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  2. Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  3. Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  4. Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  5. Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  6. Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  7. Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  8. Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  9. Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  10. Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  11. Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  12. Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
Sumber khasiat : google

No comments: