02 September 2015

Sofea - Bila Kacangnya Dalam Hidung

Assalamualaikum..

Anakanda yang sulung ni, 3 tahun 5 bulan, memang banyak akalnya. Ada saja idea nak buat.

Rabu lepas,siapa sangka dia boleh terfikir nak masukkan sebiji kacang menglembu dalam lubang hidungnya.
Habis satu rumah panik.
Kun fayakun.

Mula-mula dia mengadu sakit hidung sambil gosok-gosok hidungnya. Mak periksa luar dan dalam hidung tak nampak apa-apa luka atau benda yang pelik.
Sebelum makan malam, dia merengek lagi cakap sakit,kacang masuk hidung.
Ya Allah,cepat-cepat ambil lampu suluh dan tengok apa kat dalam hidungnya.
Memang sah dia masukkan kacang dalam hidungnya.
Bila tanya kenapa buat begitu, dia senyap ja.
Mak pun geram, cakap kat dia tunggu kacang tumbuh baru keluarkan dari hidung. Grrrrrrr...
Dah la malam,hospital pula jauh.

Selepas makan malam tu Sofea aktif macam biasa. Suara mula sengau sebab hidungnya tersumbat kacang. Pening kepala mak berfikir macam mana nak keluarkan kacang tu.

Papanya pula tiada di rumah. Dia cadangkn korek guna pengorek telinga besi tu. Masalahnya,benda tu tak wujud dalam rumah ni.
Nak korek guna jarum tak berani pula sebab takut anak tersedut atau terluka.

Malam tu dah rancang mesti pergi hospital esok paginya sebab takut hidung Sofea membengkak.
Tengah malam Sofea bangun nangis-nangis sebab tak selesa hidungnya tersumbat. Mak pujuk elok-elok,esok pagi baru kita keluarkn kacang tu.

Sebenarnya berat hati nak ke hospital. Kurang selesa dengan prosedur hospital. Bukannya tak sayang anak tapi masih ada cara lain.
Sepanjang malam tu gigih berfikir cara yang selamat untuk keluarkn kacang tu.

Esok pagi,sebelum Sofea bangun,mak pun jadilah doktor peribadi. Cari lampu suluh,gunting dan klip rambut. Buka langsir luas-luas supaya terang benderang.
Mula-mula gunting bulu hidungnya supaya lagi senang nak keluarkan kacang tu.

Dengan cara tangan kiri pegang klip rambut (mak kidal ok), tangan kanan pula pegang hidung Sofea dan lampu suluh kat mulut. Doktor tak cukup kakitangan :p

Perlahan-lahan masukkan bahagian klip rambut yang melengkung kemudian tarik kacang keluar.
Alhamdulillah, macam tak percaya bila nampak sebiji kacang dah berjaya keluar.

Sofea terbangun, mak cakap kacang dah keluar, lepas ni jangan masukkan apa-apa lagi dalam hidung.

Selepas snap bahan bukti, terus hantar ke pic dengan papanya, siap tunjuk dengan nenek Sofea lg.
Syukurlah nak, kita tak payah jumpa hospital kali ni.

#tips keluarkan objek kecil dalam hidung anak.

No comments: