11 September 2013

Laporan Minggu Pertama September




1).  Petang tu,panjang lebar BS bagi penjelasan pasal tanda ni.Risau dia mak pak Sofea melenting.Kisahnya,anak dia umur 4 tahun tu ada tab.Mula-mula main sama-sama,tengok kartun sama-sama.Bila BS pergi dapur sekejap, terdengar Sofea nangis menjerit kuat.Berlari-lari BS sebab ingatkan jatuh tangga ke apa.Rupanya kena cubit oleh anaknya.Anaknya cakap,Sofea rebut tab.Hurmm,tak boleh nak kata apa, benda dah jadi.

Tak salahkan BS juga sebab benda tak sengaja.Budak-budak mana tahu apa.Mampu tegur anak dia jela jangan berkasar dengan adik-adik.Lebam tu pun tak lama :))




2). Berlaku waktu hujung minggu.Masa tu tak tahan nak p toilet.Papa dia tengah tido tapi kejutkan sekejap suruh tengok-tengokkan Sofea.Dalam toilet tu dengar senyap je di luar.Tak ada suara menjerit keriangan.Sofea ni kalau senyap mesti ada aktiviti terlarang dia buat.Tak sedap hati.Keluar dari toilet cepat-cepat Sofea buat laporan tunjukkan perut dia.

Adoi anakkk!! Eyeliner mak tuu...Dari mana dia ambil?dari laci meja solek.Bertuah betul.Papanya masih sedap tido.Aishhh..Nasib baik masa tu dia tak pakai baju.Jenuh nak sental nanti.Dah puas tonyoh di badan,dia p tonyoh kabinet tv.Pasrah mak ko ni..

3 comments:

ayahmamilisa said...

yang kena cubit tu memang kesian kat sofea..
yang main eyeliner maknye tu ya ampun, sian kat mak sofea..hehe..

Unknown said...

Habis la pasni semua makeup kena sorok...huhuhu

Home4health said...

kesian anakku lebam dicubit.
hari tu ada cubaan pakai lipstik tapi dia tak reti nak pusing,jari tu baru nak p korek nasib baik papanya nampak.