25 September 2013
KEMBALI DARA
Seringkali hari ini, kita dengar tentang keluhan dari kaum lelaki akan ketidakpuasan mereka dengan isteri masing-masing. Malahan tidak kurang dengan itu, kaum wanita juga mengadu tentang masalah seksual, yang mereka tidak mampu memberi kepuasan kepada suami mereka. Kenapa hal ini berlaku? Mudah sahaja, keterlepaspandangan akan penjagaan rahim dan alat sulit.
Selain dari masalah vagina yang berbau, masalah 'longgar' juga meruncing kaum wanita.
Dua permasalahan ini timbul akibat dari sikap sambil lewa atau tidak endah dengan penjagaan semasa dalam pantang selepas bersalin terutamanya. Sehingga menjadikan batu merian (G-spot) lemah, seterusnya menjejaskan hubungan seksual, malahan bukan itu sahaja, ianya melibatkan emosi yang tidak stabil.
Antara tanda menunjukkan wanita mempunyai masalah rahim adalah :
1) Wajah yang kusam
2) Kering
3) Sentiasa lesu dan tidak bermaya
4) Pucat
5) Jerawat yang teruk dibahagian pipi
Untuk penghuraian masalah tersebut, nantikan kuliah Rahsia Rumahtangga Bahagia di TIAF, Telok Mas, Melaka.
Jika sebelum ini sang faqir berkongsi remedi bagi kaum lelaki. Kali ini, sang faqir ingin berkongsi remedi khas, istimewa, ajaib, khusus dan mudah bagi kaum wanita pula.
Sang faqir namakan remedi ini, remedi KEMBALI DARA. Istilah kembali dara bukan bermaksud mengembalikan hymen(selaput dara), tetapi mengembalikan keadaan vagina dan rahim seperti anak dara malahan lebih baik dari anak dara.
Ramuannya (Untuk 2 hari Penggunaan):
1) Biji Halba 1 genggam
2) Bunga Cengkih 7 cubit
3) Buah Manjakani 3 biji (dibelah dua)
4) Gula Batu 3 ketul (optional) - boleh digantikan dengan madu lebah 3-5 sudu (dicampurkan setelah ramuan siap direbus).
5) Biji Ketumbar 3 sudu besar
6) Halia 3 Ulas.
7) Air putih 500ml - 1 Liter.
Kaedahnya :
Kesemua bahan di atas, dicampur di dalam satu periuk (sebaiknya periuk tanah). Direbus selama 30-40 minit dengan api yang perlahan.
Selesai rebus, air tersebut ditapis, dan diminum sebelum mengambil sarapan pagi, selama 7 hari berturut-turut( untuk mereka yang bermasalah), 3hari berturut-turut( untuk yang normal, diamalkan sekali sebulan).
Bahanan rebusan tersebut, boleh digunakan sebanyak 2 kali rebusan (sekali lagi rebusan setelah rebusan yang pertama), lebih dari itu, kesannya kurang sinergi (tenaga).
Bahanan di atas berfungsi sebagai :
1) Membaiki fungsi rahim dan vagina.
2) Membersihkan lebihan darah nifas atau haid yang melekat di dinding rahim
3) Membersihkan lendiran berbau.
4) Mengetatkan bahagian yang sepatutnya ketat.
5) Mengatur semula kitaran haid yang tidak teratur.
Dan lain-lain lagi dengan izin ALLAH.
Antara petanda bahawa tindak balas bahanan di atas memberi kesan positif, pipi akan kemerah-merahan tanpa perlu memakai blusher, tubuh akan segar dan lazimnya, kedinginan seks akan bertukar menjadi keinginan seks.
Harus diingatkan, cara ambilan perlu mengikut aturan, kerana jika terlebih dos atau terlebih sukatan pengambilan, bimbangnya mengundang masalah 'hari-hari mau'.
CARA MINUM :
1) Duduk tegak
2) Tangan diletakkan di bahagian ari-ari dalam keadaan menadah(semasa minum, rahim diangkat)
3) Paha kanan kiri dikepit (vagina dikemut semasa minum), buat kiraan 40 detik, kemudian kemutan dilepaskan.
Soalan yang bakal muncul:
1) Waktu bila hendak ambil?
J : Waktu pagi sebelum menjamah sarapan, sebaiknya seminggu sebelum haid atau sejurus selepas haid.
2) Bolehkah wanita hamil boleh minum?
J : TIDAK BOLEH. Cuma, ianya AMAT digalakkan untuk wanita di dalam pantang selepas melahirkan anak atau keguguran.
3) Bolehkah wanita yang menyusu anak mengambilnya?
J : Boleh, tiada masalah, malahan amat digalakkan.
4) Bolehkah kaum lelaki hendak cuba minum?
J: Boleh, tiada masalah, baik untuk usus (jika buah manjakani diasingkan dari remedi).
5) Berapa lama atau berapa banyakkah pengambilan yang perlu diambil untuk kesan yang mantap?
J: Tiada jaminan masa, cuma kalau ianya menjadi (dengan izin ALLAH), suami pasti merasakan dirinya adalah lelaki paling bertuah di dunia. Untuk kesan yang baik, amalan yang konsisten disamping penjagaan pemakanan yang seimbang beserta gaya hidup yang sihat.
Sebagai Muslim, setiap ikhtiar perlulah didahulukan disertakan dengan doa kepada ALLAH.
Dibacakan (pada bahanan sebelum direbuskan) :
1) Al Faatihah 3x (Doa di dalam hati pada setiap kali waqaf ayat : 3 - Ar Rahmanir Rahim)
2) Al Kautsar 11x
Sebelum minum, dibacakan Selawat 7x dan berdoa akan hajat yang diinginkan bagi ikhtiar tersebut.
* Sepatutnya, amalan-amalan dan petua-petua seperti ini perlu dimahiri oleh kaum suami supaya kaum isteri dapat memberi layanan seperti yang didambakan (kaum suami).
Jagalah dalaman anda untuk kebahagiaan dalaman rumahtangga anda.
Semoga dipermudahkan ALLAH.
Sumber : TIAF
Labels:
Natural Remedies/Rawatan Alami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Wahhh.. tq kita kongsi2
Post a Comment