23 April 2013

Sofea : Mama, Tolong Jangan Cuai Lagi

CEMAS.
Perkara yang tak diduga berlaku pada saya.
Pernah bayangkan anak kecil berumur setahun lebih terkunci sendirian dalam kereta?
Selama sejam??

SAYA PERNAH.
Ngeri bila ingat semula.
Berlaku semalam.
Selepas amik Sofea dari pengasuh,terus menghala ke NSK untuk beli barang basah.
Selesai urusan,terus masuk ke kereta.Risau waktu maghrib habis.
Dah siap tempatkan Sofea di car seat dan terus pergi ke bahagian pintu pemandu.
Tangan baru nak buka pintu,alarm kereta berbunyi dan kereta auto lock.

YA ALLAH!!!
Anakku di dalam kereta dengan kunci kereta.
Telefon dan kunci rumah juga di dalam.

PANIK.
Berusaha buka pintu walaupun tahu tak akan berjaya.
Badan dah menggigil ketakutan.
Risau Sofea lemas di dalam kereta.
Kunci spare ada di rumah.
Suami pula masih bekerja.

Melilau mata cari orang untuk pinjam telefon.
Akhirnya ternampak sebuah kereta baru masuk parking.
Bila saya ketuk cermin,dia ragu-ragu nak buka.Dia buka separuh dan saya bagi tahu apa yang berlaku dengan suara terketar-ketar.
Nasib baik ingat nombor telefon suami.
Selepas telefon suami,kami ikhtiar jalan lain untuk buka pintu kereta.

Terasa lambatnya masa berlalu.Shah Alam - Klang.

Ada dua orang abang tu berusaha untuk buka bonet depan sebab nak cabut bateri untuk matikan alarm.Seorang lagi tempat saya pinjam telefon dah jalan pergi cari foreman.

SOFEA??
Dia main-main atas seat.Ketuk-ketuk cermin nak cak-cak dengan mama.Luruh jantung mama.Kejap-kejap merengek.Agaknya bosan dan kepanasan.Ikutkan hati nak pecahkan cermin kereta.Bergenang air mata.

Sejam lepas tu baru suami sampai.Cepat-cepat buka alarm dan amik Sofea dari kereta.Sofea sengih nampak papa.Syukur sangat-sangat.
Berterima kasih pada yang sudi membantu.
Terima kasih pada hamba Allah yang bernama Daus sebab sudi pinjamkan telefon dan bersusah payah minta bantuan.Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baikmu.

CUAI??
Ya,saya mengaku cuai.Memang tak patut bagi Sofea pegang kunci.Saya bagi dia sebab nak elakkan dia melalak.Dan memang tak sangka dia tekan alarm tu..

TAKDIR.
ok,benda dah nak jadi.
Saya jadikan pengajaran.

8 comments:

Fizah said...

aduhaii cuaknyaaa...huhu naseb tak pape iya dok?

Home4health said...

ye.nasib baik dapat col suami..biasanya tmpt keje dia tak ada line. :(

ayahmamilisa said...

alhamdulillah nothing bad happened..kisah ni jadikan mamilisa berhati-hati sama..

MOMMYLIN said...

fuhhh... lin pun selalu buat cmtu... nasib tak pernah terjadi.. peringatan untuk diri sendiri gak...

mychessypie said...

budak2 mmg suka kunci..dh beli mainan kunci pun dia tetap nak kunci kita... kalau saya..saya mmg xmskkan anak sye dulu..tp saya akan msk kete bersama-sama anak..then br letak atas kusi dia.. alhamdulillah semuanya selamat.. dan pengajaran dan peringatan tuk diri saya jgk..

Home4health said...

saya da pernah buat masuk kete sama2 dengan anak tapi anak tak nak lepas stereng.menjerit-jerit.sampai sekarang tak pernah bg dia pegang kunci lagi.trauma :(

Li Nadin said...

Penah jgk kunci anak dlm kereta, pegi 7E nk draw duet sekejap,enjin keter hidup, tinggalkan sekejap, kakaknya 7 tahun masa tu tido, adik 2 taundlm keter, kejut kakak x sedar-sedar, alih2 dtg abg2 askar tolong goyang2 keter pun dia x sedar, tido mati,,,

risau rasa nk pecahkan cermin keter je, nasib diaorg tolong buka kunci dr luar, dpt buka...sabar je la, lepas kes tu mmg tak tinggal dah diaorg dlm kereta klu si kakak nya tido.. kalu jaga pun, saya mmg dah tak tinggalkan dgn enjin kereta hidup sbb byk kes keter kena curi dgn anak2 diaorg bawa lari...

skrg cuba tak tinggalkan ank dlm kereta walau dlm apa urusanpun, bila fikirkan malang mmg tak berbau, kena berhati-hati selalu dan mohon semoga Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kita supaya tak cuai. Insha Allah.

Home4health said...

Puan Sufi,masa tu benda utama nak fikir memang nak pecahkan cermin kan.hebatnya si kakak tido tak sedar.sedap sangat tido ada aircond.Semoga Allah swt sentiasa mengingatkan kita.amin