18 April 2013

Maafkan Mama..

Semalam terkasar dengan Sofea.
Masa tu dah 12.30 malam.Dia masih tak nak tido.
Agaknya dia tunggu papa balik kerja.
Mama tengah sakit gigi.Telan painkiller pun tak ada kesan.
Badan memang letih.

Sofea merengek-rengek ngantuk.Bila  dodoikan  dia tetap tak tido.
Kepanasan rasanya tapi masa balik rumah tu dah lap badan.
Bila agaknya ada rezeki pasang aircond di rumah sendiri.
Klang sekarang ni memang sangat panas.Siang malam pula tu.

Setengah jam dodoi tapi tak nak tido juga.Tertonggeng sana sini sambil merengek.Secara spontan tangan mama cubit peha dia.Meraung sekuat hati.
Lepas tu baru tersedar.Peluk dia kuat-kuat.

1.30 pagi belum tido lagi anak dara tu.Dah tiga hari lewat tidur.Padahal sebelum maghrib tak tido pun.Tiga buah kipas pasang kat ruang tamu.Senang tido lambak di ruang tamu.
Kali ni Sofea buat hal.Dia tepis-tepis muka mama.Dia tendang-tendang mama.
Sekali lagi dodoi dan bagi susu.Dia tepis.Mama dah geram.Jentik tapak kaki.Meraung lagi.Biarkan sambil dodoi.
Akhirnya lelap.20 minit lepas tu baru papa balik.Alahai papa,anak bertuah ni tunggu papa balik,kenapa balik lambat.Mampu bercakap dalam hati.

Maafkan mama sekali lagi.
Mama janji lepas ni mama layan Sofea sebaik mungkin. T_T

2 comments:

ayahmamilisa said...

betul..kadang-kadang kita tak sengaja termarah anak kan..bila nampak muka anak time tido..mula la menyesal..sob..sob..sob..T__T

Nur Zulya said...

kann..bergenang air mata tengok dia tido semalam.rasa bersalah sangat. :(