16 April 2013

Kembali Menjadi Bayi

Tajuk yang mengelirukan.
Anak dara sekarang ni nak makan makanan yang hancur lumat.
Tak nak makan yang ada tekstur kasar.
Nasi lembik,ayam cincang,biskut semua dia tepis.
Perubahan ni sejak dia baik dari demam.
Bila bagi bubur nasi,dia telan lepas tu muntah selambak.
Padahal baru bagi satu suap.
Jadi,mama ambil keputusan bagi puree semula.
Bila bagi puree,laju Sofea telan.Sampai licin bekas makanan.Tak ada muntah.Tak ada geleng kepala.
Tak apa la anak,selagi nak makan,mama sanggup buat apa saja.Makanlah apa yang halal untukmu.Tambahlah zat dalam badan.
*Tetiba emosi.

Sekarang ni kena bagi makan 5 kali sehari.
Berat badan susut selepas demam minggu lepas.
Hujung minggu kena buat puree untuk stok seminggu.
Balik dari kerja,panaskan dan terus suap.Selepas dua jam suap lagi.Dah puas main,jam 12 malam baru tidur.Ye,12 malam budak kecik ni tidur tapi bangun 10 pagi.huhuhu..




 
1.Puree lobak + kurma + bubur nasi
2. Puree labu + kurma + bubur nasi
3. Ikan bilis rendam - sangai - kisar halus.
 
 
Tengoklah kaki dia yang slim.Sedikit sentap bila ada yang tegur Sofea ni kurus.Dah tu suruh bagi makan lebih sikit supaya berisi.Dah lah yang tegur tu belum kahwin.Adoi laaa..Tak apa,ambil yang positif.Apa-apa pun Sofea aktif dan sihat :)
 


4 comments:

ayahmamilisa said...

Sian sofea..tak selera makan becoz of demam kot..takpe, selagi dia nak makan, bagi je makan awak..skarang ni memang musim kan..my little sunshine, lisa pun demam..pagi tadi bawak gi klinik..harap-harap cepat sembuh..

Home4health said...

masa demam langsung tak nak makan.minum susu pun separuh je.da baik demam,dia nak makan yg lembut je.layankan jela biar ada perut terisi.sekarang memang musim demam kan.cuaca tak menentu.

Anonymous said...

Selalu orang kata bila belum kahwin tak boleh tegur..

Home4health said...

Saya tak paham ayat Anom tak boleh tegur yang macam mana tapi bagi saya bukan tak boleh tegur tapi semua mak yang terbaik untuk anaknya.sentap bila ada yang tegur macam tu.