CEMAS.
Perkara yang tak diduga berlaku pada saya.
Pernah bayangkan anak kecil berumur setahun lebih terkunci sendirian dalam kereta?
Selama sejam??
SAYA PERNAH.
Ngeri bila ingat semula.
Berlaku semalam.
Selepas amik Sofea dari pengasuh,terus menghala ke NSK untuk beli barang basah.
Selesai urusan,terus masuk ke kereta.Risau waktu maghrib habis.
Dah siap tempatkan Sofea di car seat dan terus pergi ke bahagian pintu pemandu.
Tangan baru nak buka pintu,alarm kereta berbunyi dan kereta auto lock.
YA ALLAH!!!
Anakku di dalam kereta dengan kunci kereta.
Telefon dan kunci rumah juga di dalam.
PANIK.
Berusaha buka pintu walaupun tahu tak akan berjaya.
Badan dah menggigil ketakutan.
Risau Sofea lemas di dalam kereta.
Kunci spare ada di rumah.
Suami pula masih bekerja.
Melilau mata cari orang untuk pinjam telefon.
Akhirnya ternampak sebuah kereta baru masuk parking.
Bila saya ketuk cermin,dia ragu-ragu nak buka.Dia buka separuh dan saya bagi tahu apa yang berlaku dengan suara terketar-ketar.
Nasib baik ingat nombor telefon suami.
Selepas telefon suami,kami ikhtiar jalan lain untuk buka pintu kereta.
Terasa lambatnya masa berlalu.Shah Alam - Klang.
Ada dua orang abang tu berusaha untuk buka bonet depan sebab nak cabut bateri untuk matikan alarm.Seorang lagi tempat saya pinjam telefon dah jalan pergi cari foreman.
SOFEA??
Dia main-main atas seat.Ketuk-ketuk cermin nak cak-cak dengan mama.Luruh jantung mama.Kejap-kejap merengek.Agaknya bosan dan kepanasan.Ikutkan hati nak pecahkan cermin kereta.Bergenang air mata.
Sejam lepas tu baru suami sampai.Cepat-cepat buka alarm dan amik Sofea dari kereta.Sofea sengih nampak papa.Syukur sangat-sangat.
Berterima kasih pada yang sudi membantu.
Terima kasih pada hamba Allah yang bernama Daus sebab sudi pinjamkan telefon dan bersusah payah minta bantuan.Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baikmu.
CUAI??
Ya,saya mengaku cuai.Memang tak patut bagi Sofea pegang kunci.Saya bagi dia sebab nak elakkan dia melalak.Dan memang tak sangka dia tekan alarm tu..
TAKDIR.
ok,benda dah nak jadi.
Saya jadikan pengajaran.