30 January 2013

Mengapa Nestum/Cerelac Tidak Sesuai Untuk Bayi?

Nestum mengandungi gula, bahan sintetik, GMO, trans fat dan sebagainya.
Bila besar, anak boleh obes, tidak mahu makan makanan yang tidak manis i.e freshly cooked food, jadi picky eater, hyper.
Bila dah tua dapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

Apa itu GMO?
 - Genetically Modified Organism = Organisma Ubahsuai Genetik.

Makanan GMO dihasilkan dari benih yang diubahsuai secara genetik. Saintis berupaya untuk mengubah fungsi dan pertumbuhan tanaman melalui teknik kejuruteraan genetik yang dilakukan di makmal. Hasilnya, tanaman mampu menahan sernagan serangga perosak, cuaca kering dan bakteria. Malangnya, bukan ini saja yang boleh dilakukan. Penyelidik menemui banyak keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakan makanan GMO.

Dalam usaha memperbaiki bekalan makanan kepada manusia dan haiwan, sebahagian penyelidik dan saintis percaya kaedah jalan pintas telah digunakan. Debunga dari jagung yang telah diubahsuai secara genetik telah menyebabkan kematian kepada ulat beluncas. Toksin dari debunga jagung GMO dihasilkan untuk membunuh serangga perosak. Dalam masa yang sama ia juga turut membunuh lain-lain serangga yang memainkan peranan penting dalam sistem ekologi.

Ubi kentang GMO yang dihasilkan di United Kingdom yang kebal kepada serangan serangga perosak menyebabkan masalah serius kepada haiwan yang memakannya. Haiwan itu didapati hilang sistem imunisasi dan mendatangkan kanser dalam sistem penghadaman.

Makanan GMO bererti ia menjana keuntungan dalam masa yang singkat tetapi kesan jangka-panjang kepada manusia masih belum terbukti selamat.

Kesimpulannya, kita tidak makan makanan yang asli tetapi sudah diubah unsur genetiknya.




4 comments:

kakashi2991 said...

Salam,kak mohon copy ye nk buat assignment

Home4health said...

wslm,silakan dik.jangan lupa credit penulis asal.

Unknown said...

Thnaks for the info... sangat berguna... selama ni ingat nestum paling mudah dan senang bg kat baby tanpa ambil tahu baik buruknya...

Aifa said...

Alhamdulillah. In law dah setuju bubur berad perang lebih berkhasiat utk bby. Dh xbeli cerelac lagi dah