Orang berbudi kita berbahasa tapi kalau tak faham bahasa..??
Bagi betis nak peha,bagi peha nak apa lagi,penyepak..??
Tak tahulah saya ni jenis tak boleh berkongsi dengan orang lain atau jenis kedekut atau jenis pentingkan diri sendiri.
Boleh bayangkan situasi saya ?
Sebelum ni hanya bertiga dalam rumah tapi sekarang jadi berlima.
Terus terang saya cakap,tak kisah berapa ramai dalam rumah tapi sila bertimbang rasa.Sila fikir perasaan orang lain terutamanya tuan rumah.
Rumah saya bukan rumah kebajikan.
Sorang tak bekerja,sorang lagi bekerja tapi serupa macam tak bekerja.
Kalau tak bekerja siapa yang tanggung makan semua?
Tapi hal makan saya tak kisah sangat.Saya anggap itu satu sedekah untuk dorang.
Masalahnya sekarang KEBERSIHAN dalam rumah.
Hari ni mop lantai esok dah melekit semula.Punca? Tak pakai selipar bila masuk dapur basah.
Setiap masa mesti ternampak cawan/gelas terpakai atas meja makan.Siapa punya? Takkanlah Sofea kan.
Semangat nak basuh baju.Tengok-tengok dalam mesin basuh ada baju terendam entah dah berapa hari.
Ikutkan hati nak vakum rumah setiap hari.rambut gugur sini sana.Sofea lah tukang kutip.Haish..
Satu lagi,hisap rokok dalam toilet.Pantang betul kalau terhidu bau rokok dalam rumah.
Ada banyak lagi tapi tak tertulis semuanya.Tak larat nak mengadu oii..
Dah pernah slow talk dengan suami pasal ni tapi tetap sama.Berharap sangat dia dapat tegur.
Nak suruh saya tegur boleh sangat tapi lepas tu jangan menyesal.Saya jenis pendam lama-lama lepas tu meletup sekaligus.
Ada tips tak untuk perbetulkan semua ni O.o
No comments:
Post a Comment