14 January 2013

Habis Madu Sepah Dibuang

Perumpamaan yang sangat wajar untuk hari ini..

Korang pernah dapat tak kawan yang macam ni~

Masa susah/sedih/bosan setiap minit akan sms/whatsapp/bbm kita
Bila rasa nak berborak,perlukan teman untuk meluah perasaan bila-bila masa dia nak call tak kira masa tu kita tengah memandu,bancuh susu anak,nak makan bla..bla..
Dan saya akan cuba untuk jawab panggilan atau call semula lepas tu.
Bila bagi sesuatu benda kat dia,sangatlah menghargai.Berbakul - bakul ayat pujian.Siap cakap ' ko la kawan aku yang ambil berat,prihatin pasal aku'

Tapi...
Bila saya perlukan dia, call atau msg langsung tak jawab.
Bila saya nak cerita sedikit masalah - perkataan keluar dari mulut dia - sabar ok!
Bila dia dah senang, dah gembira memang tak ingat dengan kawan tempat dia meluah perasaan.


Tak apalah,saya tak minta apa -apa balasan.
Saya ikhlas nak berkawan.
Tak sampai hati nak buang kawan macam tu saja.
Tapi mustahil kalau saya cakap tak terkilan dengan cara dia.

Apa -apa pun, sesibuk mana pun orang tu pasti ada masa untuk luangkan masa untuk orang yang dia sayang.
Atau dia memang tak sayang saya sebagai sahabat?
Sobbssss..

Haihhh..merepek~

2 comments:

Aty_Fared said...

aty tak ade sahabat dikalangan kawan..pernah ade dulu..berbelas tahun panggil die sahabat..tapi rupenyer..die ar orang paling tak boleh dipercayai..jadi..sahabat aty sekarang [sebenarnyer dari dolu2 lagi] adalah adik sendiri..memang ngam dan paling boleh dipercayai dan paling penting berkongsi ape saja...:)

Nur Zulya said...

bestnya boleh kongsi dengan adik.kawan ni dah lama kenal sejak zaman skolah lg..6 tahun tak bhubung.baru-baru sy yg sms dia.huhuhu.takpe la..boleh cari kawan yang benar2 kawan lps ni.