05 April 2011

HIV TEST Untuk Bakal Pengantin

memang tak plan pun nak bt arini.
kisahnya bermula bila arini da terlambat bangun. uwaaaa!!!
mesti tak sempat smpi tmpt keja on time kalau da jam 7.30 pg baru thegeh hegeh bersiap.
nak mengadap jammed kt Hicom, Batu 3 lepas tu Glenmarie!! Huh, jgn nak cari nahas.
So, Nur Alya :MC today :)
Alang2 da MC ni baik pegi Klinik kesihatan.
W/pun sbnrnya planning nak buat pada ari lain.
sebelum kuar rumah, m'google tgk maps.
sangat terseksa mencari full address dorang ni. Sebelum ini, tak pernah amik kisah pun Klinik kesihatan kat mana lokasinya. Kalau sakit pun, lebih suka private clinic ~ mudah,cepat dan mesra!!
tambah terseksa bila call pun tak berjawab.
ramai sgt ke pesakit arini??
Bermula lah perjalanan ke klinik bersama en. Tunang (dia pun terlibat dlm aktiviti MC)
Alamat da ada tp tak ada dlm GPS..wat to do??
Klinik yang ditujui, klinik kesihatan di seksyen 7, Shah Alam.
Info seorang teman, klinik tu berdekatan dengan UNISEL.
Dalam perjalanan, try juga call klinik tu dan sangat mengharukannnnn... akak klinik tu ckp kena buat appointment, minggu ni da full !!
Ermm, ramai org nak kahwin ya.
HAMPA :'(
Next...Klinik kesihatan Batu 14 Puchong.
Ini pun minta jasa baik seorang teman bagi full address,nasib baik ada dalam GPS.senang la keja pacik.
Sampai kt sana, nmpk lengang ja.mungkin sebab lunch hour .
Dalam hati berdebar2.Memang la kita tak pernah buat benda yg bukan2, tapi macam2 boleh berlaku dgn keizinan Allah.
Bermula episod pertama, pergi kat kaunter pertanyaan. akak tu suh masuk bilik no.9
Masuk kat sana, nmpk seorang lelaki (doktor kot).
Episod kedua, mulut ringan bertanya "kat sini ke buat HIV test?"
Dia mengangguk. mulut kat mana?? (sabar Nur Alya)
Lelaki tu tanya ada buat appointment ke?
Hah, kena buat appointment ke?? (kenapa saya tak pernah tahu/tak pernah amik tahu tapi kenapa kt KK Shah Alam ckp lain)
Rupa rupanya, dorang da start buat temujanji dulu baru boleh buat HIV test. tak tau kalau korang pun da termasuk dalam prosedur baru ni.
Saya: En. Lelaki,takkan tak boleh buat arini ?, saya datang dari jauh ni.klinik Shah Alam da full" (Klang ke Puchong, jauh kan)
En. Lelaki : tak boleh cik, kat sini memang kena buat temujanji dulu.semua orang kena buat benda yang sama.
Saya: kami susah nak amik cuti, lagi pun saya tak tau kena booking dulu.(saya baru start keja, cuti pun tak ada lagi)
En. Lelaki : saya pun tak dapat nak tolong. kalau nak buat, saya tulis nama kamu untuk test 11/4/2011 ni.nanti saya bg time slip. kamu nak kahwin bila??
Saya : laaa..berapa kali nak ulang alik kat sini? apa kata buat test arini, nanti kami amik result ari Isnin? (siap tawar menawar lagi) kami nak kahwin minggu depan ni (errkkk,tipu!!)
En. Lelaki: tak boleh la cik.. (huh, semua la tak boleh)
Saya: Encik buat la amal jariah arini, amik pahala tolong kami.takkan la tak boleh nak tambah 2 org lagi?
En. Lelaki: tak dapat la cik, saya ramai pesakit lagi nak cucuk ni. (yeke?? nmpk ada sorang ja pun)
Okey, da FED UP !!
Episod berakhir.
Amik borang, terus blah.tengok list dia tadi pun, adela 17 org ja..ramai ke??
sangat HOT !!
maknanya kena datang dua kali kat klinik baru boleh buat HIV test.
  1. Buat temujanji, amik borang ujian
  2. ujian HIV
kepada yang bakal buat HIV test, sediakan emosi dan mental yang cukup.

Sangatlah keliru dan tidak puas hati.
  • Kenapa tak boleh buat temujanji by phone? Cepat dan pantas. tak perlu lah nak penuhkan parking kat klinik, nak bersesak dalam klinik.
  • Kenapa hanya buat pada hari bekerja ( Isnin - Jumaat)? majoriti yang nak buat HIV test ni di kalangan org yg bkerja.
  • Masa call klinik, engaged ja memanjang.kalau yg jawab call pun, tak reti bahasa.kita tanya lain,dia jawab lain. Apakah ini??
  • Kenapa ada prosedur yang akan myusahkan pihak lain.
Kesimpulannya, ini lah dugaan org2 yg akan berkahwin *_*

CZ:sedang berfikir berbaloi tak MC arini dan nak bagi alasan apa untuk keluar ari Isnin nanti?

4 comments:

♥ MiMi ShAliZa ♥ said...

hahaha...sabar ja la...memang begitu sudah prosedur...dan yang penting mana2 klinik gov memang masa pejabat....sabtu ahad tutup..:)

Alya said...

hehe...nurse suda bersuara.mimi mcm mana la klu ada org sakit ari sabtu

AnnieLuvShuc said...

Oh me sudah lalui itu semua ok... Dh puas tensen dl...

♥ MiMi ShAliZa ♥ said...

tiap weekend memang ada yang standby oncall..tapi utk kes2 kecemasan ja...:)