04 April 2011

I Love Sabah

lobiu Sabah !!
Miss my Sabah !!!

sebut Sabah, mesti org lain akan tanya ~ apa yg best kat sabah? banyak yg best, sehari pun belum tentu dpt habiskan cerita ni.
korang nak tau pasal apa? 
  • tmpt yg best, 
  • makanan yg best, 
  • adat n budaya org sbh,
  • dan yg swaktu dgnnya
sabah mmg best sebab di situ la kg halamanku :)
korang nak tempat yg mcm mana, gunung ganang, hutan, lautan? semua ada kat sana
klik link ni, Sabah Bagus Bah
tempat yg dicadangkan :
Kundasang - Gunung Kinabalu, Kolam Air Panas Poring, Kundasang War Memorial
Kudat - The Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau
Sandakan -  Sepilok Orang Utan Sanctuary
Pulau  - Sipadan, Mabul, Manukan
Kota Kinabalu - Water World Theme Park


rasanya semua org sedia maklum yg seafood kt sbh mmg murah giler !!!
sebut nak apa, lobster, ketam, udang galah,ikan pun ada sebesar peha anda... :)
korang tak percaya lg, dan secara kebetulan buat post ni ~ tgk link berita harian ni : harga makanan di sabah lebih murah
seeee ??
klu makanan tradisional pula mmg tak tersebut semua, tahu berapa suku kaum di sabah ?
ada 32 SUKU KAUM di sbh.
Amplang
amplang - siapa yg tak penah dengar snek ni? diperbuat dr isi ikan yg digaul bersama tepung ubi dan rempah tertentu pastu digoreng rangup. snek ni berasal dr Tawau.sedappp!!

Penjaram
Penjaram - penyaram atau kuih UFO ni memang popular di kalangan org Bajau. kuih berbentuk topi bertekstur lembut ditmbh pula aroma pandan menggoda. huh!!
hinava
hinava  - makanan suku kaum kadazandusun.lebih kurang mcm kerabu ikan , diperbuat dr ikan tenggiri atau jenis ikan yg lain diperah air limau nipis, digaul dgn garam, hirisan bwg merah, bwg putih dan halia.klu nak lagi sedap,tmbh la mangga muda (*auw* ~ terliur sebentar)
nk resepi, klik sini
ambuyat
ambuyat - berasal dr brunei tapi dipopularkan oleh kaum bisayah. "bubur" melekat ni diperbuat dari pati sagu. kalau nak mkn, guna penyepit yg dipotong dari tulang rusuk pohon sagu utk memutar dan melekatkn ambuyat lepas tu cicah kt smbl belacan, air asam.
okey cukup, rasa mcm nak terbang pergi sabah arini juga bila tgk makanan ni.
CZ: to be continued, tukang cherita da ngantuk.sok nk keja. :')


2 comments:

Anis Czaj said...

errr ambuyat 2 macam menakutkan jerr??

zulya maira said...

anis tak rasa lagi,mmg sdp tau~mcm gam.hahaha