26 November 2012

Demam Campak/Measles

Assalamualaikum..

Hai..Dah lama tak membebel panjang dalam blog.
Minggu lepas Sofea demam lagi.
Mama dan papa ambil cuti.
Patutlah demam panas sampai tiga hari, Sofea kena demam campak pula.

Korang ada persediaan tak untuk demam campak ni?
Persediaan dari segi mental dan emosi.Persediaan tentang cara-cara penjagaan dan pemakanan.
Saya? Sumpah tak ada.Tak jangka pun Sofea boleh kena demam campak waktu 8 bulan ni.Biar pun demam campak tu tak kira umur berapa.





Apa itu Demam Campak
Campak ini kecil dan dikenali sebagai Measles.Morbili atau campak German.Ianya disebabkan virus Paramyxovirus daripada kumpulan Morbillivirus.Ia sangat mudah menyerang kanak-kanak.

Tanda-tanda/gejala
Demam panas yang berlarutan
Ruam timbul di sekitar dada.
Batuk-batuk, selsema, mata bengkak dan berair
Mata   kemerahan dan berair
Ruam boleh juga merebak ke bahagian lain badan seperti telinga, hidung dan sekitar mata.

Elakkan :
mandi
kena air hujan
menghidu minyak yang ditumis
memakai baju ketika cuaca panas
bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit
cahaya terang kerana ia menyakitkan mata

Komplikasi
Jangkitan pada telinga
Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
Jangkitan pada otak (encephalitis)
Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Petua tradisional
Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh (Sofea minum 1 sudu kecil sahaja)
Ambil beberapa helai daun semambu.Mandikan dengan ramasan daun semambu.
sapukan bedak sejuk untuk menghilangkan kegatalan.

*Rujuklah di klinik/hospital juga perlu untuk elakkan sebarang komplikasi terutamanya bayi bawah setahun.Mereka akan bekalkan calamine lotion dan ubat selesema/gatal untuk mengurangkan atau mengelakkan kegatalan.

 

No comments: