26 November 2012

Pasta Berkeju Dengan Labu Dan Kentang - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Amboi nama resepi panjang bebenar kan.
Resepi ni sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
Saya gunakan pasta khas untuk bayi sebab tiada tambahan gula dan garam.
Jom kita share :)


 
Abaikan pic yang tak cantik,periuk belanga huduh tapi 100% bersih :))



Bahan-bahan :

Pasta Baby Heinz
Stgh ulas bawang putih -dicincang*
puree labu*
puree kentang*
Stok ayam*
separuh keping cheese slice* ( saya guna brand Emborg)
olive oil*
Sedikit air*

Cara-caranya :

Rebus pasta sehingga lembut.Toskan.
Campurkan semua bahan bertanda * di dalam periuk.
Masak dengan api perlahan.
Apabila mendidih,gaul sehingga rata.
Tutup api dan campurkan pasta.
Siap untuk dihidang.
Pasta ini juga boleh dijadikan stok puree.



 
ini rupa yang dah dikisar.

 
Ini yang kasar.


Nota :Boleh diberi terus atau kisar terlebih dahulu,terpulang pada penerimaan bayi.Sofea lagi suka resepi ini dikisar sebab cepat nak telan.


2 comments:

Aty_Fared said...

aty baru jer test kasi pasta ni tengahari tadi..:)

Nur Zulya said...

seronokkan tgk ank makan.aty bt sup pasta ke?