28 September 2012

Tips Bubur Sedap

Sedikit tips supaya simanja tak berkerut semasa kita suapkan dia~

campurkan sedikit minyak zaitun (olive oil)
bawang putih seulas
kurma/kismis untuk tambahan rasa manis.

ketiga-tiga tips ini terdapat khasiat dan fungsi tersendiri.
Sila google.
Sekian.

Kategori Nak Cantik

Korang dalam kategori nak cantik yang macam mana?

Ala kadar
Cukuplah apa yang ada.tak nak tambah apa-apa.natural beauty katanya.

Sesedap mata memandang
kalau nak mekap pun,mekap paling nipis.calit lipstik sikit je.

Sentiasa cantik
sanggup membeli apa sahaja asalkan untuk KECANTIKAN.Berpendapat cantik adalah aset wanita.Menjaga kecantikan adalah sebahagian dalam kehidupan seharian.sanggup tak keluar rumah jika tak cantik.LOL

Cantik di mata cantik di hati
Cantik bukan pada rupa.cantik pada tutur bahasa.cantik pada iman.

Cantik pada pandangan suami
sentiasa menjaga kecantikan untuk tatapan suami.berhias semata-mata untuk suami.setiap kali suami balik kerja,berdiri depan pintu sambil kelip-kelip mata yang comel.hahaha

Tak nak cantik
kategori ni tak tau jenis apa.jenis tak kisah agaknya.


Fikir-fikirkanlah..

Resepi 2 - Bubur Nasi Campur Salmon + Brocoli


Cara penyediaan sama tapi bahan campuran dimasukkan beberapa minit sebelum api dimatikan :)

TOYS'R'US Member Sales


Nampak tak? nampak takk???
Tak nak cakap banyak kat sini.
Pesanan penaja, 'Sila shopping untuk anak tersayang'.
bhahahahaha...

27 September 2012

Lelaki Dalam Hidup Saya



Ketika belum berkahwin
Lelaki ini...
selalu belikan makanan dikala kebuluran melanda.
sanggup bangun pagi-pagi buta,hantar pergi kerja,ambil dari kerja dan hantar balik rumah.
sedia hulur duit disaat poket terasa nipis tetapi mata ini  tak henti-henti melihat kasut idaman di kedai Vincci.
sanggup temankan bila kebosanan melanda dan kaki ini gatal nak merayap di shopping kompleks.


Selepas berkahwin
Lelaki ini..
makan masakan isteri yang tak berapa sedap.
kerja lebih masa untuk penuhi keperluan dan kehendak isteri.
mencari makanan bila si isteri mengidam itu ini.
celik mata tengah malam untuk bancuh susu anak.
sanggup mohon cuti untuk bawa anak ke klinik.tanpa si isteri.
dan banyak lagi nak cerita.taip sampai esok pun belum tentu habis.


Alhamdulillah..
Susah dan senang bersama.
Kenyang dan lapar bersama.
Sedih dan gembira bersama.

Bersyukur saya dapat jodoh yang baik.
Semoga jodoh kami berpanjangan dan diredhaiNya.Amin


Cinta Hati Mama

Aksi Sofea bila dah masuk 6 bulan.

 
tidur dengan penuh bergaya.oppps,jangan usik.nanti terbangun

 
belum pandai merangkak lagi.baru nak test lutut kuat ke tak angkat montot yang comel tu

 
hai!! saya dah pandai duduk dengan sopan.padahal tak berani lagi nak lepas sebelah tangan

 
tempat kegemaran.bila dah tersangkut barulah menjerit minta bantuan

 
setiap hari,mata celik tepat 7 pagi

 
nak amik gambar mesti fokus

 
perangai terbaru.kalau melalak,hulur duit.diam.tertidur sambil pegang duit.
nanti dah besar jangan jadi mata duitan tau
 
 

26 September 2012

Malang Tak Berbau

Memang malang tu tak ada bau kannn..

Kalau dah ditakdirkan macik sorang ni jatuh time lunch,jatuhlah juga kan.
Padahal struktur jalan elok, cara catwalk pun kena pada tempat.
Tapiii..gedebukkkk juga akhirnya.

Kecederaan di lutut kiri.
Bukan salah heels baru.
Bukan salah tuan punya badan.
Takdir semua ini.
Sakit. Sobsssss.......

25 September 2012

Tips Berjimat Duit

Tips ini dari saya, bukan dari encik google tau.
Sekadar berkongsi apa yang saya pernah lalui.


1# Bawa bekal ke tempat kerja.
puas hati dapat makan masakan sendiri.kalau korang rajin masak lah..sekarang ni harga nasi campur dan air pun dah mencecah RM5.

2# Kurangkan mengunjungi shopping kompleks.
dari niat nak window shopping,akhirnya terjebak.alasan dah terbeli, ada sales, bukan selalu padahal baru bulan lepas beli kasut kann..kann..lebih baik duduk diam-diam di rumah.

3# Fikirkan keperluan atau kehendak.contohnya,dah ada handphone tapi nak beli/tukar lain semata-mata itu antara gajet yang terbaru.

4# Tak mati pun kalau tak makan sedap selalu.Kalau ikutkan anak tekak ni, hari ni nak makan di Pizza Hut,esok pula di Manhattan,lusa pula di Flaming Steamboat,tulat pla bla..blaa..Bukan nak berkira pasal makanan tapi ingat badan jadi sihat ke makan benda-benda macam tu.

5# Badan satu, kaki pun sepasang je.belilah baju atau kasut berpada-pada.kalau boleh setiap 6 bulan atau setahun sekali.kalau boleh lagi,janganlah membeli macam hari esok shopping kompleks dah tak ada.

Sekian..

Sedikit Pengajaran

~ Biarlah hidup susah asalkan hati bahagia~


Isteri mencari baju untuk melaram untuk kenduri.Bagi dia,harga semahal mana pun tak kisah asalkan cantik dan puas hati.Suami sendiri tak kisah dan sedia hulur duit lebih.Sebelum keluar, si isteri dah minta izin dengan suami untuk keluar dan beritahu dia akan keluar dengan siapa.
Selesai membeli baju, dalam perjalanan balik,si suami menelefon semata-mata nak tanya si isteri di mana,dengan siapa dan kalau boleh ingin dengar suara kami juga.
Isteri terasa suami tak percayakan dia sedangkan dah bersama 13 tahun.
Ada banyak lagi nak tunjuk cara sayang kan?

Jadi, kesenangan bukanlah pengukur kebahagiaan.
Terpulanglah pada individu.
Ini pandangan saya sendiri :)


Jika satu hari nanti dia baca post ni,saya minta maaf banyak-banyak.Tak ada terlintas niat di hati untuk mengaibkan dia.
Situasi itu telah menyedarkan saya untuk bersyukur apa yang ada.
Harta tak melimpah ruah tapi kasih sayang sentiasa cukup.


Sepatah Ayat

"Jika kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita.InsyaAllah"
 
Ayat ini cuma dari manusia biasa tapi memberi perubahan yang luar biasa pada diri saya.
 
Di saat kita susah mesti ada sedikit perasaan mengharapkan bantuan orang lain.
Di saat kita senang, kita hampir lupa yang satu ketika dulu kita pernah merasa susah biar pun dengan keadaan yang berbeza dengan orang lain.
Dari situ, saya belajar untuk kurangkan keegoan saya.
Belajar untuk melihat dengan mata hati.
Belajar untuk menbantu orang lain dengan apa cara sekali pun.
Sedekahkan doa pun sudah memadai jika itu yang termampu.
 
Hidup ini adil.
Tak selamanya kita akan susah dan tak selamanya kita akan senang.
Ini pendapat saya.
 
 
 

24 September 2012

Morning Monday

Alhamdulillah

Masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.
Semoga Allah menerima amal ibadah kita.
Dipermudahkan untuk mencari rezeki.
Amin




21 September 2012

Sweetheart - 5 months++


Low Profile

Siapa..

Sofea Nur Azalea

Kenapa..

Bagi susu mahal sikit, asyik muntah dan muntah. masa nak bagi minum pun kena paksa.

Pakai botol mahal sikit, tak nak minum susu.botol susu beli di Giant juga yang dipilih.

Suap bubur nasi + ikan salmon, tak nak makan.sanggup ketap bibir.tunjuk muka pelik macam nak bagi tahu tak sedap.

Suap puri epal dan pear tak nak juga. Kalau bagi puri pisang kemain laju lagi nganga mulut terus telan.lambat suap,membebel pakai bahasa planet.

Pakaikan baju branded, cepat berpeluh.rimas.merengek.kalau baju biasa, boleh sengih sampai petang.

Bagi alat mainan saiz kecil sampai besar,dari murah sampai mahal, Sofea tetap tak layan.dia algi nak main bedak,fon,bantal busuk.

Bukan nak memuji anak tapi bersyukur anak tak memilih yang mahal.
Harap bila besar nanti tak bertukar jadi high profile.
Terbayang-bayang masa tu semua harga dah melambung.
bhahahaha...

cinta hati saya


Cerita Kedai Kopi

Salam Jumaat..

Dah dua kali Jumaat berturut-turut saya dengar cerita yang tak best.
Saya dah senyap baru dia berani nak tunjuk muka.
Lepas tu cerita bagai nak rak.semua hebat-hebat.macam tak ada apa-apa.
Lagi tepat, macam tak ada PERASAAN MALU.

Betul, yang sudah tu sudahlah tapi mana yang sudah tu jangan ulangi lagi.
Hidup dengan menipu ni tak sampai ke mana pun.
Akhirnya makan diri sendiri juga.
Haihh..

Semoga kami sentiasa dalam lindunganMu ya Allah.Amin



20 September 2012

Jual?? Takkkkk...

saya tak jual tapi saya tolong beli.
nahhh....


 
baby tights

 
busha

 
pilih jangan tak pilih
 
 
 
 si kecik ikut 'mengemas'
 
 
kalau beli borong di GM KLANG dapat harga lagi murah. saya pun tumpang sekaki.untunglah Sofea kann..
nasiblah dekat dengan rumah.15 minit dah sampai.kalau boleh setiap minggu nak memborong di sana.
tak ada ke orang nak beli tudung borong,skirt borong,blaus borong.ngeh..ngehh..


Tunggulah bila sofea da besar SIKIT,ada modal LEBIH. saya nak berniaga online.

Terjebak

Setelah sekian lama time lunch asyik memerap di opis, akhirnya ikut member keluar pergi Subang Parade.
Dia sangat obses dengan drama ADAM & HAWA, sanggup cari novel tu di MPH.
layannnn..
saya saja tak nak bawa purse sebab takut rambang mata pastu nanti terbeli benda yang tak patut. dah la belum gaji lagi kan.

Cari punya cari novel tu habis stok pula.lepaskan geram cari kasut pula.amboihhh..
saya ikutkan saja.

Tiba-tiba.......

 
termasuk butik ELLE sebab ternampak offer baik!!

 
saya dahh, anda bila lagi.sobbbsss..

 
bila fikir balik, ini kali pertama beli kasut selepas bersalin. harga pun berbaloi. rm39 dari harga sebenar  rm100++.
mak redha :P







I love chocolate


homemade chocolate by facebooker..
Dia dalam proses untuk mencuba menjual homemade chocolate secara online dan saya akan jadi pelanggan yang pertama, yang tegar sebab coklat ni sangat sedap..tak manis sangat.
Chocolate lovers, sila tunggu ya :)

Rumah Terbuka VS Facebooker

16 Sept 2012, Sri Kembangan~

>> First date <<

Tak sangka dan tak pernah terfikir pun yang akan berjumpa dengan kawan-kawan dari alam maya.
berdebar-debar nak jumpa geng mak budak.
macam mana agaknya penerimaan masing-masing?
bila semua dah sampai, salam-salam,borak-borak..wahh,,macam dah kenal lama pula.
tak kekok.tak segan.
tak nak bebel panjang, jom layan gambar.
tak ada gambar mak budak, kemudian hari untuk next date baru ada :)


 
Sofea berjumpa dengan kawan -kawan dia.
Mereka bercakap bahasa planet.bhahahaha..

 
kumbang nan seorang..

 
sofea paling senior tapi badan lebih kurang dengan budak 3 bulan.

14 September 2012

Ada Tipah Tertipu Lagi??

Fuhh..tajuk entry macam tak nak kalah dengan blog gosip kann.!!

Ok,straight to the point.

Di pagi Jumaat yang indah ni, saya ternampak sesuatu.
Adakah ini petunjuk dari Allah supaya saya lebih berhati-hati lagi lepas ni?
Wallahualam :)

Ingatkan hamba Allah itu dah ada kesedaran lepas apa yang terjadi tapi tetap sama juga.
TAK SERIK??
Rupanya ada lagi mangsa seterusnya.
lapar sangat harimau ni.

Sampai bila nak hidup dengan menipu orang ini, orang itu?
SERONOK KE??
Cara menipu guna strategi yang sama.
kawan-kawan,sila berhati-hati dengan rakan yang kita kenal di alam maya.

Bukannya muda lagi, bagilah contoh yang BAIK pada yang muda,pada anak-anak.


Tak tau lah nak cakap apa lagi.
SILA SEDAR DIRI.
okbai..


13 September 2012

Berhijab atau sekadar Bertudung??

>> entry yg dah lama terperap dalam draft.

Sesungguhnya manusia tak sempurna.
biar pun tak sempurna tapi kita bersungguh-sungguh mencari kesempurnaan.
kesempurnaan yang diredhai Allah SWT.

tujuan tulis entri Ini bukan nak mencari kesalahan orang, saya sendiri juga tak sempurna.
saya mengaku kadang-kadang terlepas atau terlupa untuk berhijab degan sempurna.

sekarang ni dah terlalu banyak fesyen berhijab.
hijab ini untuk fesyen atau menurut perintah Allah?



memang tak salah ikut peredaran fesyen tapi biarlah yang sesuai dan yang pastinya betul di sisi agama.
Jangan berhijab semata-mata nak cantik, nak ada style ,nak up to date sampaikan niat berhijab dah lari dari landasan.

 
Bila tengok orang sekeliling kita, memang ramai yang bertudung untuk menutup aurat tapi berapa ramai yang betul-betul berhijab?
Diri kita, adakah juga sudah betul berhijab?


Tahukah apa maksud berhijab ?
 
Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.
Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.


Sama-samalah kita memperbaiki diri.
InsyaAllah..

Resepi 1 - Bubur Nasi Ayam Campur Lobak Merah


Mama sekalian,
Jom share resepi bubur untuk anak kesayangan kita.

11 Sept Sofea dah 6 bulan, saya dah semangat nak masak bubur untuk dia.
Sebenarnya pengasuh dah sediakan pakej masakkan bubur untuk Sofea tapi saya lagi suka kalau sofea makan dari hasil air tangan saya. ^___^

Bahan - bahan :
- beras (segenggam - beras perang/beras wangi/beras biasa)
- daging ayam (3 inci - potong kiub/cincang)
- lobak merah ( 2.5 inci - potong kiub)
- minyak zaitun ( 1 sudu )
- Air (secukupnya)

Cara Memasak :
- Masukkan semua bahan- bahan dalam periuk.
- masak dengan api yang kecil.
- kacau perlahan-perlahan
- tunggu sehingga 30 minit.biarkan sejuk seketika dan kisar.
- sedia dihidang untuk si manja :)



 
masih dalam proses memasak.


Nota :
1. hidangkan bubur campur ayam tersebut dalam seminggu untuk mengesan bayi tidak alergik/alah dengan campuran tersebut.
2. sayur juga boleh diganti dengan labu.bayam,sawi,brokoli,kentang.
3. selain itu, boleh juga menambah kurma atau kisaran buah badam.

~ info ini saya dpt dr sini~

Pastikan bahan-bahan tambahan di dalam bubur yang anda pilih perlu dihancurkan, dikisar, dilumatkan, ditumbuk, dicincang atau diparut. Tambahkan sedikit garam.Tabur hidangan bubur nasi yang siap di masak dengan kisaran buah badam. Kenapa saya memilih mengamalkan dengan buah badam? Cuba perhatikan struktur jalinan buah badam dengan struktur jalinan otak manusia. Agak-agak apa yang anda boleh fikirkan tentang jawapannya. Para tahfiz Al-quran di negara timur tengah mengamalkan dengan memakan buah badam dan juga kismis. Begtu juga dengan orang yahudi memberi anak-anak mereka dengan minuman susu suam yang dicampur dengan kisaran buah badam.

MANISAN MINDA UNTUK SI MANJA ANDA (blog subi haron)



Yang ini pula tugas saya. Manisan untuk si manja kami. Iaitu Pisang atau betik yang dilecek yang diberi selang setiap hari untuk mencegah sembelit. Tetapi rutin harian saya memberi kismis yang dihancur yang pastinya menjadi kegemaran utama untuk Irfan. Caranya mudah:




1.Ambil 7 biji kismis hitam + 4 biji kismis kuning + air/ air zam-zam.



2.Basuh sehingga bersih kesemua bahan tersebut.




3.Masukkan kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.



Setelah bahan tersebut telah lumat masukkan beberapa titis air masak dan gaulkan sehingga sebati supaya lebih lembut dan paling terbaik gunakan air zam-zam. Sebelum suapkan ke dalam mulut Irfan yang dah tak sabar-sabar mahu menikmati manisan dari air tangan ayahnya.. jangan lupa membaca selawat tiga kali dan niatkan untuk kecerdikan minda. Insyaallah.. selamat mencuba. Apa yang penting anda perlulah beristiqamah. Imam Zuhdi berkata,
" Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering".

12 September 2012

Lunch @ Homst Restaurant

Saya sayang kat department sendiri.muahmuahaa :)
sebab apaaaa...
lepas meeting terus keluar lunch..
tiap kali lunch mesti lepas meeting.
sama kann??
lagi best bila manager yang belanja.
bila anak buah dia birthday pun ajak makan sama-sama.
Kali ni kitaorang makan di HOMST RESTAURANT, S.Alam.
ini restoran cina muslim.
komen saya :
*sedap
*cepat
*berbaloi/berpatutan
*servis ok
*tempat yang selesa

>>> cukup 5 bintang  (*)


 
butter prawn, baby kailan, sweet & sour chicken, tauhu with veg, yam bird nest. yam bird nest tu korang jangan ingat sarang burung semata-semata.nest tu dari yam/keladi dan dalam tu ada isi udang,sotong dan ayam

 
mango sago untuk dessert.besar giler mangkuk dessert ni.dah macam bekas untuk ABC.masing-masing gelak sebab berusaha nak habiskan dessert ni.
 
 
burrrrppp...???
kenyang.
Alhamdulillah

Paling tak best bila.....

> apa yang saya rancang, dah berangan-angan semua tak jadi. hakikatnya,kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.
> nak makan itu ini, nak beli itu ini tapi masa tu la kewangan tak mengizinkan.
> suka giler kat kasut atau baju yang nak dibeli tapi tiba-tiba tak ada saiz yang sesuai.
> kawan yang selama ini kita percaya tiba-tiba jadi gunting dalam lipatan
> ada event atau nak hang out tiba-tiba rasa tak sihat
> ada yang membandingkan saya dengan orang lain
> ada ayat, 'pantang betul-betul, seeloknya 100 hari.badan nak pakai lama tu' - ayat tu macam kejam, macam badan kita ni boneka  
> orang mungkir janji!!!

11 September 2012

Masih Tidak Berhijab?

Apa alasan untuk tidak berhijab.

# nak keluar kejap je, tak payah la pakai tudung.
# panas la, cuaca sekarang ni makin panas
# belum dapat hidayah lagi
# orang lain tak berhijab elok je pun
# muka nampak hodoh kalau pakai tudung
# tak pandai nak pakai tudung
# suami/keluarga tak kisah pun
# bla..bla..bla...



Akan ada 1001 alasan  jika masih tidak sedar atau tahu hukum tidak berhijab, seksaan di akhirat lagi.nauzubillahhh...
Sama-samalah kita memperbaiki diri kita.
semoga menjadi muslimah yang diredhai Allah.
Amin ~

Cara Penjagaan Luka bersalin Ceaser

Korang yang pernah bersalin ceaser mesti ada pengalaman macam saya kan,
mana yang bakal bersalin ceaser mesti risau macam mana nak menjaga luka ceaser.
Saya pula tak pernah terfikir akan bersalin secara ceaser.masa tu membayangkan macam mana sakit nak bersalin walau pun tau tak akan dapat bayangkan macam mana.hahahaha
sebelum bersalin asyik google macam mana nak meneran, nak kawal pernafasan.kesudahannya, semua tu tak sempat nak praktis pun.


Mari kita share macam mana korang menjaga luka sampai sembuh.

#1. minum air yang mencukupi
selain penting untuk menambah susu badan, air juga perlu untuk menyembuhkan luka dengan cepat. dalam masa yang sama,boleh mengelakkan sembelit.

#2. perlu bergerak atau berjalan
untuk membekalkan oksigen dalam darah ke bahagian luka. >> info ini saya dapat dari pihak hospital.patutlah sehari selepas bersalin dorang pindahkan katil saya jauh dari toilet.huhuuhu.

#3. selepas mandi luka perlu kering
ada yang nasihatkan saya supaya jangan mandi, hanya lap badan pakai tuala basah tapi saya tak selesa buat macam tu.terasa badan tak bersih. ada juga yang suruh saya balut luka pakai plastik,pakai plaster tapi dalam keadaan macam tu rajin atau larat ke nak sedia semua tu.

#4. JANGAN sapu gel gamat, minyak gamat.
cecair dan lembapan menyebabkan kuman melekat seterusnya berlaku jangkitan.nanti luka bernanah,berair,terbuka sape nak jawab?hehehe

#5. makanan bersumberkan protein
makanan seperti ikan,ayam dan lagi membantu luka cepat sembuh tapi ada yang nasihatkan saya supaya jangan makan sebab nanti berat badan lambat turun..sobssss..masa tu saya lebih pentingkan luka dari berat badan. ada lagi mitos nanti luka jadi gatal kalau makan ayam dan daging.cuba sedikit dulu,kalau rasa badan tak boleh terima ,berhentilah.

#6. suplemen atau ubat
sekarang ni dah moden. kalau rasa tekak tu tak boleh telan lauk ikan haruan, cuba makan pati haruan.kalau rasa hidung pula tak boleh terima bau hanyir pati tu, cuba makan pil pati haruan.

Persiapan Majlis Cukur Jambul & Kenduri Akikah

 
ramai-ramai buat bunga telur ni.best giler dapat berkumpul dengan sedara mara.

 
close up sikit - bunga ni lebihan tahun lepas punya masa kenduri kawen :)

 
renjis- renjis??

 
rambut sofea yang dah digunting akan dimasukkan dalam buah kelapa lepas tu atok dia gantung buah ni sampai kering 
 
goodies bag mana?? adaaa.. tapi terlupa nak amik gambar.sibuk jaga anak lah katakan.cewahhhh..

 
Mr. Sapee yang menjadi tunggangan kitaorang nanti. Insya Allah.
Paling best, atok Sofea yang sembelih, pacik-pacik dan macik- macik Sofea yang gigih memotong daging, masak..sedappp!!!!

Rambut Oh Rambut

Tension mak fikir pasal rambut anak dara sorang ni.apa taknya, rambut sofea makin lama makin nipis, halusssss..
dulu kemain meriah lagi rambutnya. lebat.hitam.panjang.
sekarang ni, dah nampak macam baby boy.
puas dah sapu minyak johnson's baby, minyak zaitun tapi tak berjaya juga.sobssss..
jeles mak tengok anak dara orang lain rambut lebat-lebat, pakai sepit rambut comel.huhuhuhu.
korang, bagi la petua macam mana nak lebatkan rambut Sofea.


 
1 hari - rambut lebat
 
 

 
2 bulan + 5 hari - rambut dah mula gugur sebelah tepi

 
4 bulan + 3 hari - rambut sebelah dah tinggal beberapa helai T_T

 
5 bulan + 7 hari - hanya jambul???

 
5 bulan + 15 hari - jambul dah hilang lepas majlis cukur jambul.halussssss je kann.

Sofea Balik Kampung - fly to Sabah!!!

Atok nenek, macik pacik, sedara mara, sepupu sepapat tak sabar nak jumpa sofea.

Pertama kali bawa budak kecik ni naik flight..sebelum ni dia duduk diam-diam dalam perut.
memang risau sangat sebab takut sofea meragam dalam flight. Kitaorang sengaja amik flight pagi supaya dia boleh tidur sepanjang dua jam setengah nanti.
Alhamdulillah, masuk je dalam kabin sofea terus terlentok tidur.



dah siap check in *apsal muka macam nak cari gaduh??







masa ni sofea mood baik tapi sebenarnya dia da ngantuk :)
 

suka la tu ada orang amik gambar dia..hehehe


balik KL daaa..sobssssss..hampir terlepas flight sbb kaunter dah close.nasib baiklah MAS,kalau Airasia dah lama bye2.






beberapa minit sebelum sofea buat hal..melalak sebab ngantuk.terasa sgt motherhood time ni T_T

Sebenarnya ada cerita tak best sebelum kitaorang balik sabah ni. nanti kalau ada mood rajin, saya buat post lain ^___^

Alhamdulillah, Sofea dah 6 bulan

How time flies...
Sekejap je masa berlalu..sedar-sedar anak mama ni dah 6 bulan hari ni.
pandai mengamuk kalau kena tinggal sorang dalam bilik.
pandai tadah tangan nak minta dukung.
pandai mengensot laju-laju sebab nak capai apa yang dia nampak.
kalau bagi toys sekejap dah bosan, kalau bagi handphone kemain lagi kusyuk main sambil boleh masukkan dalam mulut.

Hari ini mama semangat nak buatkan bubur paling sedap di dunia untuk sofea.hahahaha
makan banyak- banyak tau supaya pipi kembali montel.
Mama doa little princess Sofea supaya sihat sentiasa dan jadi anak yang soleh.amin



aiyarkkk, mana rambut??


10 September 2012

Lembu VS Sapi

***ada lagi?? ni entry yang ke brp ntah untuk arini. ngeh..ngeh..***



lembu punya susu, sapi yang dapat nama. kehkehkeh..
apa motif lembu, sapi, susu ni??
nanti saya cerita secara detail ya..
tungguuuu..

resepi cheese kek paling mudahhh!!!

~ gigihnya orang tu update blog kat opis.. monday blues agaknya. hahahaha ~

saya nak share resepi kek ni.
sangat senang nak membuat, bahan - bahan pun senang nak cari.

BAHAN-BAHAN :
-250gm krim cheese(jenama philadelphia)
-1 cwn gula halus
-3 biji telur
-3 sudu besar tepung gandum
-1 sudu teh esen vanilla
-1 cup plain yogurt(suka hati perisa apa)
-1 cwn biskut tiger/biskut marie yg di hancurkn
-3 sudu besar mentega

CARA-CARA :
-pukul krim cheese dgn gula & yogurt smpi gebu
-masukkan telur sbiji demi sbiji & pukul lg.masukkan esen vanilla
-masukkan tepung & pukul lg.

CARA NAK BUAT KERAK/CRUST :
-cairkn mentega & bila sejuk sikit gaul dgn biskut hingga boleh kepal.padatkn dlm acuan & simpan dlm peti sejuk 5-10 minit.keluarkn & tuang adunan cheese td.

UNTUK BAKAR :
-bakar 50-60 minit(145-155c).dah siap simpan dlm peti sejuk.


>>>>>>>>>>>> yang ni pula saya punya. percubaan kali pertama. orang lain sibuk buat persiapan kenduri, saya pula sibuk buat kek. bila dah siap potong kecik-kecik, saya letak dalam peti ais. tak sampai sejam , kek dah tinggal separuh. rupanya ada tikus dalam peti ais.bhahahaha..



biar lah rupa tak cun tapi rasa cheese tetap ada. :)

Jom Deko Rumah!!

dah habis mood raya baru ada mood nak hias rumah, nak deko rumah.
rumah sendiri ke? ooppppssss..tatakkkk..tak..
rumah sewa je pun..

biar pun rumah sewa tapi tuan rumah dah pesan, 'buat lah macam rumah sendiri'
maksudnya bukan suka hati boleh jahanamkan rumah dia tau.hahahahaha

dah 3 tahun duduk kat rumah tu. rasa sayang kalau nak pindah tempat lain. biar lah rumah tu tingkat 3. biarlah berjiran dengan bangsa lain. biarlah tak ada pemandangan yang cantik kat depan rumah tapi saya sukaaaaa sebab ruang luas.bilik pun luas. paling penting, sewa rumah murah!!!

sekarang ni tengah berangan-angan nak tukar cat rumah.
i love purple!!!
tapiiiiii...ramai yang cakap warna purple nampak sempit.sobbbsssss.....
sekarang ni ruang rumah warna hijau..sebelum ni pun rumah sewa warna hijau juga.
asyik hijauuuuuu, bosan juga akhirnya.
walaupun warna hijau tu memberi ketenangan tapi tak suka laaaa..hadoiii T_T

google punya google, bila tahap degil menguasai minda. saya tetap dengan PURPLE .ecececehh...ayat ko x nak kalah kn..
saya jatuh cinta dengan yang ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pic ni amik kt gugel..ntah sape punya :)

 

ni pula dr blog ' aku bukan bidadari'. dia tulis sana,tak kisah amik pic asalkn tak ngaku pic sdiri.hehe

 

 

ni pula dr HOME IDEA. nak buat mcm ni utk master bedroom. ko hado??
 
sekian, angan-angan dari saya.
diharapkan angan-angan ini menjadi kenyataan sebelum tahun 2013.
diharapkan juga room mate aka encik somi rajin untuk mengecat.
(" _ ")

 

jadi anak yang bijak tauuu..

Eh eh budak tu baca buku la..
betul ke baca buku atau tengah merepek sorang-sorang?
bhahahahaha...

06 September 2012

Ombak Kembali Tenang..

Apa yang berlaku sebelum ni telah mematangkan fikiran saya.
mengajar saya untuk berhati-hati memilih kawan.
mengajar saya untuk berfikir sebelum mempercayai orang lain.
segala konflik sebelum ini membuatkan saya lemas!!
 
saya percaya apa yang telah berlaku ini pasti ada HIKMAHnya..

Percaya Atau Tidak??

Perkara yang paling berat dipikul di dunia ini adalah AMANAH.

Berapa orang yang mampu memikul apa yang diamanahkan sehingga akhir hayat?

Amanah bukan setakat pada kata-kata, rahsia dan janji..amanah juga pada wang ringgit dan harta benda.

Jangan berani memegang amanah jika kurang yakin pada diri sendiri.

Nasihat untuk diri sendiri dan pada yang mampu menerimanya.

 :)