13 September 2012

Resepi 1 - Bubur Nasi Ayam Campur Lobak Merah


Mama sekalian,
Jom share resepi bubur untuk anak kesayangan kita.

11 Sept Sofea dah 6 bulan, saya dah semangat nak masak bubur untuk dia.
Sebenarnya pengasuh dah sediakan pakej masakkan bubur untuk Sofea tapi saya lagi suka kalau sofea makan dari hasil air tangan saya. ^___^

Bahan - bahan :
- beras (segenggam - beras perang/beras wangi/beras biasa)
- daging ayam (3 inci - potong kiub/cincang)
- lobak merah ( 2.5 inci - potong kiub)
- minyak zaitun ( 1 sudu )
- Air (secukupnya)

Cara Memasak :
- Masukkan semua bahan- bahan dalam periuk.
- masak dengan api yang kecil.
- kacau perlahan-perlahan
- tunggu sehingga 30 minit.biarkan sejuk seketika dan kisar.
- sedia dihidang untuk si manja :)



 
masih dalam proses memasak.


Nota :
1. hidangkan bubur campur ayam tersebut dalam seminggu untuk mengesan bayi tidak alergik/alah dengan campuran tersebut.
2. sayur juga boleh diganti dengan labu.bayam,sawi,brokoli,kentang.
3. selain itu, boleh juga menambah kurma atau kisaran buah badam.

~ info ini saya dpt dr sini~

Pastikan bahan-bahan tambahan di dalam bubur yang anda pilih perlu dihancurkan, dikisar, dilumatkan, ditumbuk, dicincang atau diparut. Tambahkan sedikit garam.Tabur hidangan bubur nasi yang siap di masak dengan kisaran buah badam. Kenapa saya memilih mengamalkan dengan buah badam? Cuba perhatikan struktur jalinan buah badam dengan struktur jalinan otak manusia. Agak-agak apa yang anda boleh fikirkan tentang jawapannya. Para tahfiz Al-quran di negara timur tengah mengamalkan dengan memakan buah badam dan juga kismis. Begtu juga dengan orang yahudi memberi anak-anak mereka dengan minuman susu suam yang dicampur dengan kisaran buah badam.

MANISAN MINDA UNTUK SI MANJA ANDA (blog subi haron)



Yang ini pula tugas saya. Manisan untuk si manja kami. Iaitu Pisang atau betik yang dilecek yang diberi selang setiap hari untuk mencegah sembelit. Tetapi rutin harian saya memberi kismis yang dihancur yang pastinya menjadi kegemaran utama untuk Irfan. Caranya mudah:




1.Ambil 7 biji kismis hitam + 4 biji kismis kuning + air/ air zam-zam.



2.Basuh sehingga bersih kesemua bahan tersebut.




3.Masukkan kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.



Setelah bahan tersebut telah lumat masukkan beberapa titis air masak dan gaulkan sehingga sebati supaya lebih lembut dan paling terbaik gunakan air zam-zam. Sebelum suapkan ke dalam mulut Irfan yang dah tak sabar-sabar mahu menikmati manisan dari air tangan ayahnya.. jangan lupa membaca selawat tiga kali dan niatkan untuk kecerdikan minda. Insyaallah.. selamat mencuba. Apa yang penting anda perlulah beristiqamah. Imam Zuhdi berkata,
" Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering".

No comments: