01 October 2012

Rumah Dirompak?? Tips Dan Pengajaran

Sekarang ni JANGAN fikir dalam rumah dah cukup SELAMAT.
Rumah yang biasa/kecil tak semestinya tak dimasuki pencuri.pencuri tahap cikai pun boleh pecah rumah.
Alhamdulillah, rumah dipecah masuk sewaktu kami tiada di rumah.
Hilang harta benda boleh diganti,hilang nyawa tidak boleh ditukar lagi.
Tak terlintas di fikiran rumah akan dirompak.
Semua ketentuan dari Allah yang ingin menguji hambaNya.

TIPS ELAKKAN RUMAH DIPECAH MASUK

  1. Pasang lubang intipan pada pintu utama bagi memudahkan anda melihat keadaan di luar rumah anda.
  2. Pasang rantai pada pintu utama/pasang kunci atau padlock yang lebih selamat.
  3. Hidupkan lampu di dalam rumah apabila anda keluar dari rumah supaya disangka ada orang di dalam rumah.
  4. Hidupkan lampu dengan cahaya yang mencukupi di luar rumah dan di belakang rumah sepanjang malam hingga ke pagi.
  5. Jangan letakkan nota yang menyatakan tiada orang di rumah.
  6. Batalkan langganan sesuatu ke rumah seperti surat khabar dsb jika tiada orang di rumah.
  7. Minta bantuan jiran untuk memantau rumah kita apabila kita tidak berada di rumah.
  8. Pastikan pagar, pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur.
  9. Jangan terlalu percaya pada built-in lock di pagar.
  10. Tingkap dan balkoni mestilah dilindungi oleh grill yang kukuh dan boleh dibuka dari dalam.
  11. Lengkapi rumah dengan sistem kawalan keselamatan. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba hidupkan dan matikan balik untuk menakutkan pencuri.
  12. Pastikan kawasan di hadapan dan di belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi.
  13. Jangan tinggalkan tangga, peralatan tanaman atau benda-benda lain yang boleh digunakan untuk pecah masuk ke rumah anda.
  14. Jangan buka pintu jika terdengar sesuatu bunyi pada waktu tengah malam seperti bunyi paip air dibuka atau bunyi benda jatuh.
  15. Jangan buka pintu jika didatangi oleh orang yang tidak dikenali.
  16. Maklumkan jiran atau stesyen polis yang berhampiran apabila anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang.


APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?

  1. Tenang dan turuti arahan pencuri.
  2. Hidupkan alat penggera atau butang merah alarm kereta, tetapi pastikan perbuatan anda tidak disedari oleh pencuri atau dalam keadaan selamat berbuat demikian.
  3. Jika diminta untuk menyerahkan barang-barang, lakukan satu persatu bermula dengan barang-barang yang kurang bernilai.
  4. Gunakan taktik melengah-lengahkan masa, tetapi jika keadaan selamat untuk berbuat demikian.
  5. Cuba kenal pasti tanda-tanda yang ada pada pencuri, seperti parut, tahi lalat dan karekternya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan.
  6. Tinjau tempat-tempat untuk melarikan diri dengan selamat.
  7. Cuba hampiri benda-benda yang difikirkan boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri apabila keadaan terdesak.
  8. Perhatikan nombor plat, jenis dan warna kenderaan pencuri.
  9. Buat laporan ke stesyen polis yang berhampiran.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?

  1. Kunci atau sorokkan semua pisau atau benda tajam yang terdapat di dapur sebelum tidur.
  2. Kalau menyewa atau mendiami rumah baru pastikan anda menukar kunci atau padlock yang baru.
  3. Sekurang-kurangnya simpan benda-benda seperti kayu hoki, baseball atau seumpamanya di bawah katil anda untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang agresif.
  4. Jangan letak kunci di bawah pasu bunga, peti surat, alang pintu atau tepi tingkap bila keluar rumah. Lebih selamat beri kepada jiran yang kita kenal rapat.
  5. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan perkerja asing.
  6. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga cordless phone anda berada di sisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  7. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri bagi mengelakkan mereka dijadikan tebusan.
  8. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik mereka dikunci dari dalam kerana ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual. Pastikan anda mempunyai kunci pendua in case berlaku kebakaran.
  9. Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
  10. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang menguruskan program pencegahan jenayah di tempat anda seperti pihak polis, pengawal keselamatan, JKDB dan JKKK.
  11. Sertai sebarang program yang diadakan atau dianjurkan di tempat ada bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran.
(Sumber : google)


TIPS SIMPAN BARANG KEMAS/BARANG BERHARGA.DUIT DI RUMAH

1. Pencuri akan geledah di laci meja solek,almari baju,bawah tilam.Simpanlah di tempat selain dari tempat biasa.Contohnya, di dapur/dalam peti ais/dalam bekas beras.
2. Seboleh-bolehnya pakailah barang kemas.kalau barang kemas tu besar dan banyak,simpanlah di peti besi.Alternatif lain,simpan di bank.
3. Tidak digalakkan simpan duit dalam rumah.Bank kan ada.jangan ambil kerja mudah tapi berakhir dengan penyesalan.



Rumah Dirompak?? - Buat Report Polis

 
Balai Polis Sentosa.Tunggu giliran untuk buat aduan.

 
Selesai buat report tapiii...kena report semula di IPD Klang sebab di Sentosa tak ada polis sarjan.,APTB!!!
 
 
tengok kemain lagi polis tu taip laporan.sekali tengok ayat hampeh.
'PADA 28/09/12 JAM L/KURANG 1930HRS APABILA SAYA PULANG KE RUMAH ALAMAT SEPERTI DI ATAS SAYA DAPATI PINTU HADAPAN RUMAH SAYA TERKOPAK.KEMUDIAN SAYA DAPATI RUMAH SAYA DALAM KEADAAN BERSELERAK DAN SAYA SYAKI RUMAH SAYA DALAM KEDAAN BERSELERAK.SETELAH DIPERIKSA SAYA DAPATI BARANG-BARANG YANG HILANG IALAH :
.....
.....
.....
 
(syaki rumah saya dalam kedaan berselerak??? - dah lah typo,ayat pun tak paham.)
 

 
Sarjan Amin.
Siyes,polis ni banyak songeh.Benda yang dia songeh tak ada kaitan dengan kes ni.
aku dah la tak makan lagi.lapar ni.. (nak je tnya,sarjan nak sy masakkn megi ke?)
pening..dah la aku kerja dari pagi td.(habis tu kitaorg ni mcm mana,kerja dari pagi juga )
tak mandi lagi..dengan baju tak bertukar lg (sarjan nk pinjam baju suami sy tak :P)
rumah tinggi..(alahai,baru 3 tingkat,saya dah 3 tahun tinggal sini,tak patah kaki punn)
 
~ fikir positif lagi.agaknya dia tak dengar belanjawan yang Najib buat,dapat bonus 1 bulan stgh.huh!
 

 
Unit siasatan ambil cap jari suspek.
serbuk hitam yang gatal.nak sental baru hilang.
 
 
Pengakhiran hari Jumaat..
makan malam 1.30 pagi
tidur dalam ketakutan 2.00 pagi
Sebelum lelap,berharap perompak tu letak barang-barang di depan pintu.
Mustahil kannnn...

Rumah Dirompak??

28 Sept 2012, Jumaat..
7.30 mlm.

Rutin biasa, balik dari kerja terus ambil Sofea di rumah pengasuh.
Sampai di rumah, keluarkan kunci untuk buka solex.
Ehh,solex tak ada??
Dalam hati,agaknya suami lupa nak kunci solex.
Bila nak masukkan kunci ke tombol pintu kayu,macam ada benda yang tersekat.
Ehh,ada kunci patah ke??
Bukan,kena umpil!!!


Intai dari bawah pintu,nampak lampu terbuka.
Siapa di dalam??
Sedaya upaya fikir positif.Agaknya suami tertinggal kunci di dalam sebab tu dia rosakkan pintu.


7.45 mlm

Masih berdiri di depan pintu dengan dukung Sofea sebelah kiri, handbag sebelah kanan.
Telefon suami.
Dia cakap,pintu rumah masih elok waktu nak pergi kerja.
Suami suruh turun ( rumah shop apartment tingkat 3), masuk dalam kereta.
Dah start panik.
Naluri hati terasa rumah kena pecah masuk.
Bergerak hantar Sofea semula ke rumah pengasuh sebab dia dah mula merengek nak menyusu dan tidur.
Risau kalau terjadi apa-apa di tempat parking.


8.00 mlm

Suami dah masuk dalam rumah.Saya pula dalam perjalanan balik selepas hantar Sofea.
Dia call, rumah berselerak.Barang kemas dah lesap.laptop dan broadband lesap.
Astghafirullah al-azim.
Berlari naik tangga.
Macam-macam perasaan bila masuk dalam rumah.Sedih.Sakit hati.Takut.Geram.
Bilik pertama kena selongkar habis.tilam beralih.laci meja solek terbuka.tabung tergolek.





Entri Bersambung di balai polis.