27 June 2014

Jaga Anak Dari Zahir Dan Batin

Assalaamualaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh... Sobaahal Khair..


Kes culik kanak-kanak semakin menjadi, seumpama musim buah pula tampaknya.
Wajarlah kita memperkemaskan jagaan kita terhadap anak-anak dari sudut zahir dan bathin dengan pertolongan dari ALLAH Azza Wajalla.
Untuk penjagaan zahir, perhatian yang lebih ketat diberi.
Untuk penjagaan bathin, adalah dengan doa.
Semasa anak- anak tidur, usai membacakan surah- surah dan ayat yang lazim seperti 3 Qul dan sebagainya, dibacakan surah Ad Dhuha pada ubun-ubun anak tersebut lalu ditiupkan sehingga ke dada. Semasa tiup doa pada ALLAH, mohon agar ALLAH pelihara anak-anak kita dari anasir zahir dan bathin. Jika anak lebih dari seorang, pada ayat ketiga surah Ad Dhuha ( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ) diulang sebanyak bilangan anak dan ditiupkan pada setiap seorang mereka.
Sebelum keluar rumah, letakkan tangan di tengah-tengah kepala anak dengan ubun-ubunnya mengadap arah kita (ibubapa), bacakan surah Al Ikhlas beserta dengan doa (bayangkan sebuah kota dari ALLAH sedang melindungi anak tersebut), jika anak lebih dari seorang bacakan ayat kedua dari surah Al Ikhlas ( اللَّهُ الصَّمَدُ ) sebanyak bilangan anak. Tiupkan dari ubun-ubunnya hingga ke dada anak tersebut. Dan tangan kanan kiri diusapkan ke bahu dengan bacaan surah Al Mujadilah :21,
ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِىٌّ عَزيزٌ ﴿٢١﴾
"Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat, lagi Maha kuasa."

InsyaALLAH, semoga dalam pemeliharaan ALLAH Jalla Waala.


24 June 2014

Kisah Remaja OKU - Kita Terlebih Atau Kurang Prihatin

Stop accusing people, we don't know the real situation.
Pray for them and take care your own kids.

Tersebar berita remaja OKU berumur 15 tahun terkurung dalam rumah dengan keadaan yang menyedihkan.
Allahurabbi.
Rupanya ada juga kejadian begini di Malaysia.
Bergenang air mata tengok video adik Firdaus mengengsot keluar dari bilik.
Bilik tu, huh tak dapat nak gambarkan.Korang sendiri boleh tengok.
Dengan bajunya reput, rambut serabai.
Masa kena bawa keluar dari rumah, dia sempat panggil makkkk..
Syurga tempatmu dik. T_T

Ya Allah, ampunkan dosa kami.
Ampunkan dosa ibunya.
Kami leka dengan dunia.
Kami lupa ada anak syurga yang menderita.
Kami lalai menjaga amanahMu.

Cukup, kita jangan jadi Tuhan untuk menghakimi mereka.
Kita tak tahu perancangan Allah.

Jika benar si ibu salah, jangan lagi kita tambah dosa untuk kutuk dan caci maki dia.
Itu urusan dia dengan Allah.
Jangan laju menaip komen dengan mulut terjuih-juih nak mengutuk,membodohkan si ibu.
Jangan aibkan dia lagi.
Jangan sebarkan gambar yang mengaibkan lagi.
Jangan tambah dosa kita.
Banyak sangat sudah ke pahala yang kita kumpul?
Allah tutup aib kita, kita jangan buka aib orang lain.
Kita tak diajar untuk membenci.
Kenapa mesti cipta page FB untuk ajak orang membenci.
https://www.facebook.com/pages/Kami-Benci-Imashima-Lola/1448024482113337


Nanti di Padang Mahsyar, sanggup ke merangkak dalam kepanasan cari mereka untuk minta maaf?
Sendiri fikir.

23 June 2014

Throwback HTAR 2014

Mengimbas kenangan dalam HTAR beberapa jam sebelum melahirkan SARAA NUR.



Sebelum masuk wad kena pakai tag dulu.


Suasana di wad bersalin HTAR.
Klasik lagi. Tiada penghawa dingin.Sedutlah dalam-dalam udara segar.

Rindu saat mula-mula tengok Saraa keluar.
Matanya,pipinya alololololo..
Terus cium ubun-ubunnya sebaik saja nurse letak atas dada.
Nak ulang lagi saat tu.
Erkkk..

Pesanan Kepada Penerima Surat

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Susulan dari post saya sebelum ini,

http://chentazulya.blogspot.com/2014/06/cerita-surat-tolak-vaksin-dan-birth-plan.html

Saya memohon kepada yang telah menerima salinan  -

  • SURAT TOLAK VAKSIN  
  • BIRTH PLAN
atau yang telah memanjangkan lagi surat tersebut kepada yang lain agar tidak EKSPLOITASI isi kandungan surat.
Semoga surat tersebut memberi manfaat untuk kita semua dan bukannya sebagai bahan fitnah atau bahan provok.
Saya simpan amanah ini dan berharap anda semua pun sudi menyimpan amanah surat itu.

Sekian.

22 June 2014

Bagaimana Menjaga Kesihatan Anak

Assalamualaikum w.b.t


Hari ahad yang baik untuk yang bercuti hari ini. Mulakan hari dengan meluahkan rasa bersyukur di beri satu 
hari lagi nikmat kehidupan.
Oleh kerana saya menerima banyak pertanyaan mengenai bagaimana mahu menjaga kesihatan si kecil yang diamanahkan ALLAH kepada kita.

Ini pandangan saya mengenainya.

1. Viral fever - adalah perkara lazim. New exposure will trigger the immune system to enhance itself

Kadang- kadang ia menyebabkan demam.
Ibu bapa hanya perlu membuat pemeriksaan lanjut jika ia berlaku melebihi 24 jam. 
Untuk kanak-kanak yang diberi susu ibu, maklumat mengenai virus-virus ini sudah ada 
dalam susu tersebut. Jadi proses ini lebih mudah. 
Yang tidak bernasib baik terpaksa guna susu formula, natural exposure akan menyebabkan demam yang lebih kerap.

2. Dari kecil lagi kita mesti ajar anak-anak ini dengan natural foods bukan junk foods termasuk biskut baby, instant cereal, high sugar cake etc. 

Gula itu sendiri boleh menjadi trigger kepada superactive child walaupun pihak industri menafikan dengan sponsor kajian yang menyokong mereka.

3. Ibu bapa sendiri kena berubah kepada natural eater, avoiding fast food. 

Budaya menyambut hari jadi di outlet fast foods sepatutnya tidak di jadikan amalan.
 Budaya membelanja pesakit kecil leukimia dengan fast food harus di noktahkan oleh hospital managers.

4. Mengetahui masa makan yang fitrah. 

Sarapan/sahur dan makan malam/buka dan menjaga keharmonian semasa makan untuk mendapat keberkatan makanan supaya kita mendapat kebaikan maksima. 
JANGAN MEMARAHI ANAK/SUAMI/ISTERI DI MEJA MAKAN. 
JANGAN MEMBAZIR ...DARI MULA MENYEDIAKAN MAKANAN - ini amalan yang boleh mengundang murka ALLAH.

5. Mencari yang halal itu wajib. 

Dan pastinya ia tidak perlu bergantung pada logo yang ada. 
Logo yang ada cuma lesen kepada pengeluar untuk menjual dengan lebih mudah sahaja.

6. Menjaga emosi kanak-kanak kecil ini terutamanya dengan memberi kasih sayang seperti menjaga emas semasa sihat dan apatah lagi dalam kesakitan. 

Ini amanah ALLAH. Ini peranan terbesar ibu yang saya sangat sanjungi. 
Besarkan anak-anak kecil ini dengan sentuhan kasih sayang dan airmata bukan dengan leteran, marah hatta dalam cubaan memberi teguran kepada anak-anak ini.
Saya tidak akan faham bagaimana si ibu boleh menggunakan sedikit kekerasan untuk menunujukkan kasih sayang ini kerana itu tugas si bapa untuk displin. 
Emosi yang baik ini membina sistem ketahanan TUBUH LEBIH HEBAT DARI YANG KITA SANGKAKAN.

7. Berdoalah wahai ibu dan bapa yang di beri amanah ini untuk kesempurnaan kesihatan anak masing-masing secara khusus.

Wallahualam.

18 June 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 3

Alhamdulillah..
Syukur, Allah panjangkan jodoh antara kami.
Dikurniakan dua orang puteri yang solehah.

Tiada apa lagi yang kurang.
Segalanya telah cukup.
Keluarga yang kecil tapi bahagia dan sempurna.

Adat rumah tangga, memang ada drama swasta.
Cakar mencakar, bermasam muka, 24 jam muncung sedepa .
Itulah sebenarnya cara untuk mengenali pasangan masing-masing.

Encik suami jenis penyabar dan lebih banyak berdiam kalau isterinya tiba-tiba bertukar jadi makhluk hijau.
Sudahnya, hormon perempuan yang disalahkan.
Hormon datang bulan tu laahh..

Saya ingat lagi ayat ni, Encik suami post di FB :

Orang Tua-Tua Kata,
5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)
Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.
Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.
Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Keluarga Tercinta Sehingga Syurga.. Ameen

Kami sedang melaluinya.
Allahurabbi, bersabar dan tawakal kepada Allah sebagai jalan penyelesaiannya.
Betapa sayangnya Allah pada hambaNya.

Semoga kita dalam lindungan Allah.
Sebak rasanya.
Allahuakbar.

17 June 2014

Surat Cinta Untuk Manager



Surat berhenti kerja selamat mendarat di atas meja manager .
Manager yang comel tunjuk muka sedih.
I'm very sad katanya.
Mak pun sad juga :(
No more argue.
Alasan berhenti kerja yang tak dapat dielakkan.
Mesti balik ke pangkal jalan - Sabah.
Berbudi pada yang sepatutnya.
Semoga tiada halangan untuk projek baru.
InsyaAllah..

16 June 2014

Ibu Susuan Saraa Nur

Assalamualaikum ..

Kisahnya, minggu lepas stok susu merudum.
Sedihnya.
Stok susu yang ada sebelum ni dah guna semasa Saraa kena HFMD.
Waktu siang dia kurang direct latch, nak minum dalam botol saja.
Saya andaikan dia dah biasa rutin begitu di rumah pengasuh.
Tak apa anak, asal perut kenyang suka hati.

Dua kali berkejar balik dari kerja sebabnya stok susu di rumah pengasuh habis licin.
Alhamdulillah anak mak yang dulunya refuse botol susu sekarang dah gigih hisap susu dengan jayanya :))
Hari Jumaat lepas lagi tragis, sebelum lunch hour BS (babysitter) hantar whatsapp, susu Saraa tinggal 80ml.
Melompat sekejap oii.
Nasib baik dah pam untuk sesi pagi.
Berdesup hantar stok untuk Saraa.
Demimu anak. Mak sanggup berpenat.

Petang tu,BS bagi whatsapp lagi.Susu tinggal cukup-cukup je.
Alahaiiii...
Sedih hati mak.
Berusaha makan dan minum beberapa milkbooster tetapi ini semua ketetapan Allah.
Ada hikmah disebaliknya.
Agaknya saya kurang berusaha.
Kurang minum air. Itu kelemahannya, duduk dalam tempat yang ada aircond tak rasa dahaga sangat.Minggu lepas pula sibuk, rasa stress.
Nak buat stok selama dua hari ( sabtu ahad) memang tak cukup.
Tambah lagi, susu kurang sebab dah nak dekat waktu haid.
Lagilah mak haru biru.
(Mohon ejen suplemen susu meriah jangan PM saya. TQ)

Malam tu mengadu dengan seorang kawan, dan dengan tak malunya saya minta stok susunya.hahaha.
Tiada rasa malu, sebab keadaan terdesak.
Memang NO NO NO untuk susu tepung.
Allah dah tunjukkan jalanNya.
Kak Adlie setuju dan dia jemput datang rumah.
Hoihhh lega hati mak ni.
Lompat bintang 5 kali.

Hari Ahad, set gps untuk ke rumah bakal ibu susuan Saraa.
Hati berdebar pula.
Pelik-pelik perasaan ni, rasa nak tunjal kepala sendiri.

Dan hasilnya ----






Dapat 11 paket.Purata dalam 5 oz dan 7 oz.MasyaAllah,banyak tuu.
Terima kasih ibu susuan !!!
Allah saja yang dapat membalas budi baikmu.
Hari ni happy bawa stok susu banyak untuk Saraa.
Hari ni juga secara rasminya Saraa jadi anak susuan Kak Adlie.
Alhamdulillah.
Semoga anakku tidak melupakan jasa ibu susuannya.Amin.
Saya bagi salinan surat beranak Saraa untuk simpanan ibu susuan.


  Inilah ibu susuan Saraa - Kak Adlilatun Nur.






Adik beradik susuan Saraa Nur. 
Ilma dan Imaad.
Imaad - bayi homebirth dan unvaccinated.
Dua- dua menyusu badan sepenuhnya.
Dua-dua padat dan gebu. Rasa nak gigit peha dorang ni.Haihh..
Hebat production susu mummy dorang ni.
Dan ada dua anak susuan termasuk Saraa.
Semoga Allah limpahkan pahala yang berganda untukmu sebab mengenyangkan perut anak-anak syurga.



Mummy dan Mama Saraa.
Dua tahun lebih dah kami kenal tapi rasa macam dah lamaaaaa kenal.

Sini saya selitkan beberapa ayat fatwa tentang ibu susuan.

Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.



Sebelum balik, kita orang pergi taman permainan bersebelahan dengan rumah Kak Adlie.
Kemain lagi Sofea, menjerit-jerit kesukaan.
Bestnya rumah dekat dengan taman.
Tiap petang ajak anak-anak lepak di sini.




Sharing is caring. Ilma kongsikan air minumannya dengan Sofea.
Dorang ni sebaya tapi Sofea tua 3 bulan.


First time Sofea naik buaian.Muka ketakutan.hahaahaha
Ilma rileks dengan buainya,bila mummynya tolong buaikan boleh pula dia cakap - gedegang gedegang ( maksudnya - jangan pegang)
Adoi la anak, comel comel perangainya.


Tepek sekali gambar papa Saraa. Ramai orang cakap muka Saraa macam papanya.
Hurmm...tapi Saraa mata sepet macam maknya. :))



p/s : Mint (pudina) dan sayur kubis adalah milk killer. Sila elakkan.

12 June 2014

Photobook Sofea


Akhirnya tamat sesi upload dan edit gambar dalam photobook.
Semangat mak touch up gambar anak-anak.
Pening pun ada sebab memikir beratus gambar nak masukkan dalam photobook.
Sudahnya, pasrah kurangkan separuh gambar.
Puas hati dapat buat album anak. :))

Selepas ni misi menghabiskan voucher photoprints.
_________________________


Vaksin Yang Dipercayai Mempunyai Kandungan Babi, atau Albumin Manusia.

Disclaimer :

** Pihak yang membaca perlu membuat kajian sendiri juga , agar pandangan yang dipegang oleh masing-masing adalah konkrit bukan semata-mata artikel ini ditulis.

Ini bagi mengelakkan 'mereka' yang merasakan maklumat ini adalah fitnah/tipu dan menolak pendapat kalian terhadap kandungan di dalam vaksin.

*Perkongsian ini tidak menunjukkan bahawa saya perlu dirujuk sebagai sumber, tetapi sekadar pendedahan awal berkaitan kandungan yang terdapat di dalam vaksin.

** Setiap dari kita bertanggungjawab terhadap keluarga masing-masing, maka, carilah yang terbaik bukan semata-mata untuk kesihatan keluarga, bahkan pegangan masing-masing terhadap agama dan keselamatan dunia dan akhirat kita semua.

** yang digelapkan terdapat dalam pasaran Malaysia

Senarai ini mengikut turutan -
Nama Vaksin - syarikat pengeluar - jenis vaksin - kandungan vaksin - pendaftaran di Malaysia

1 - attenuvax - Merck & Co, AS - vasin hidup virus campak/measles. albumin manusia 0.3 mg dan serum janin lembu < 1ppm, gelatin babi terhidrolisis - berdaftar dan dalam pasaran Malaysia

2 - BioThrax - Bioport Corporation, AS - Vaksin Antraks - kultur dari jantung dan otak babi - meluas di AS untuk tentera.

3 - Flumist Intranasal SPray - MedImmune , AS - Vaksin H1N1 , tiada maklumat di Malaysia - 2.0 mg gelatin babi terhidrolisis setiap dos

4 - Fluzone - Sanofi Pasteur , AS -vaksin virus selesema Trivalent A dan B- gelatin babi 0.05% sebagai penstabil - tiada maklumat pendaftaran di Malaysia

5 -Influenza A (H1N1) 2009 Monovalent Vaccine - Sanofi Pasteur Inc , AS - gelatin babi 0.05% sebagai penstabil - tiada maklumat pendaftaran di Malaysia

6 - JE- VAX (japanese encephalitis Virus vaccine inactivated) - Sanofi Aventis Pasteur, Osaka University (BIKEN) , Jepun - gelatin babi 500 mcg/ml sebagai penstabil - pernah berdaftar di Malaysia 1991

7 - MMR II Vaccine (Measles Mumps Rubella) - Merck & CO, Amerika SYarikat - gelatin babi terhidrolisis 14.5 mg - berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia

8 - Menomune A/C/Y/W- 135 - Sanofi Pasteur Inc, Amerika Syarikat - Asod casamino sebagai sumber nitrogen dalam kultur media penghasilan. Asid casamino dihasilkan dari Kasein (susu babi) melalui hidrolisis asid - berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia

9 - Mumpsvac Injection - Merck& Co, AS - vaksin hidup virus mumps - gelatin babi terhidrolisis 14.5 mg - pernah berdaftar di Malaysia 1988 , tapi pengeluaran vaksin tunggal mumps telah dihentikan dan digantikan dengan vaksin kombinasi seperti MMR II dan PROQUAD.

10 - ProQuad (measles , Mumps, rubella, varicella) - Merck & Co , AS - gelatin babi terhidrolisis - terdapat dalam pasaran Malaysia dan berdaftar.

11 - RotaTeq - vaksin hidup virus Rota (pentavalent rotavirus) - Merck & Co, AS - cecair untuk diminum - mengandungi DNA virus circo babi (porcine circovirus) jenis 1. DNA ini dipercayai berasal dari rnzim trypsin yang berasal dari kultur media penghasilannya - berdaftar dan terdapat di Malaysia.

12 - Rotarix Roatvirus Vaccine , Rotarix Oral Vaccine - live attenuated human rotavirus - GlaxoSmithKline Biological, Belgium - berdaftar dan terdapat di Malaysia - cecair untuk diminum - mengandungi DNA virus circo babi (porcine circovirus) jenis 1. DNA ini dipercayai berasal dari rnzim trypsin yang berasal dari kultur media penghasilannya - berdaftar dan terdapat di Malaysia.

13 - Tripedia DTaP (diphtheria , tetanus toxoid dan Acellular Pertussis Vaccine Adsorbed) - Vaksin virus diphtheria , tetanus dan pertussis - Sanofi Pasteur , AS dan BIKEN , Jepun - gelatin babi dalam penghasilan pati (concentrate) pertussis - tiada maklumat daftar di Malaysia

14 - Varivax Vaccine - Vaksin virus hidup Varicella - Merck & CO, AS - gelatin babi terhidrolisis 12.5 mg/dos - berdaftar dan terdapat dalam pasaran Malaysia.

15 - YF-VAX (yellow fever vaccine) - vaksin demam kuning - Sanofi Pasteur Inc, AS - gelatin babi sebagai penstabil - tiada maklumat pendaftaran di Malaysia

16 - Zostavax (zoster vaccine live) - vaksin virus varicella zoster - Merk & CO, AS , gelatin babi teridrolisis 15.58 mg/dos - berdaftar dan terdapat dalam pasaran Malaysia.


Sumber : OHUB

10 June 2014

Rawatan Alami Untuk HFMD ( Penyakit kaki tangan dan mulut)

Assalamulaikum..

Kembali bekerja setelah 4 hari bercuti.
Anak-anak yang diredhai Allah terkena jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD).
Alhamdulillah, mak pak diuji untuk menjaga amanahNya.
Malam selasa perasan ada bintik merah berair di kawasan pampers Sofea.
Esok paginya timbul pula dalam mulut, siku dan lututnya.

Mula-mula ingatkan chickenpox tapi bila fikir semula, Sofea dah kena chicken pox masa umur setahun lebih.
Oh agaknya hari tu tak keluar habis.
Ayat saja sedapkan hati.

Malam tu bawa pergi Klinik Rosli untuk diagnosis jenis sakit dan ambil time slip sebab mak pak cuti serentak.
Doktor cakap bukan chicken pox, kalau chicken pox akan keluar dari badan dulu.Sofea kena di bahagian kaki dan dalam mulut.
Doktor sahkan kena jangkitan HFMD.
Terkejut sekejap bila dengar doktor cakap macam tu tapi tiada yang mustahil sebab waktu siang Sofea di rumah pengasuh.
Terdedah dengan persekitaran luar.
Malam tu siku dan kaki Saraa Nur pun dah timbul biji-biji merah.
Sah, dua-dua dah kena penyakit yang sama.
Kuarantin selama seminggu.

Selepas balik dari klinik, pengasuh telefon. Dia cerita anaknya dan seorang lagi anak asuhan pun kena.
Ok, kita berjemaah membersihkan rumah dan segala baju.
Rumah pengasuh ditutup sementara.

Apa itu HFMD?
Dikenali sebagai penyakit kakitangan dan mulut yang disebabkan oleh virus coxsackie.
Haihh jahat virus ni.
Mudah terjangkit kepada kanak-kanak.

Tanda-tanda biasa

Dr Ng Chung Wai, Perunding Keluarga Pakar Perubatan, SingHealth Poliklinik (Outram), dan Pengerusi, SingHealth Poliklinik Penyakit Berjangkit dan Jawatankuasa Kawalan Jangkitan, berkata: "Tanda-tanda HFMD pada kanak-kanak adalah sama dengan orang dewasa. Ruam biasanya terdiri daripada lebam merah dan lepuh yang memberi kesan tapak tangan dan / atau tapak kaki. Dalam beberapa kes, ruam mungkin hanya bintik-bintik merah atau lebam tanpa lepuh, dan juga boleh muncul di bahagian punggung, lutut atau siku. "

Gejala lain termasuklah demam, ulser di tekak dan mulut dan lidah, sakit tekak, hilang selera makan serta perasaan umum menjadi tidak sihat.

Penyakit yang ringan, yang mudah merebak di kalangan kanak-kanak melalui air liur, lendir atau cecair badan yang lain, adalah disebabkan oleh virus yang tergolong dalam kumpulan enterovirus, seperti Enterovirus 71 (EV-71) dan Infeksi Coxsackievirus. EV-71, yang lebih getir daripada dua, dikaitkan dengan otak dan komplikasi sistem saraf, dan bertanggungjawab untuk sebahagian besar kematian yang HFMDrelated rekodkan di sini. Wabak semasa di Singapura disebabkan oleh Infeksi Coxsackievirus agak lebih ringan.

Orang dewasa juga boleh terkena HFMD.
Adakah orang dewasa lebih tahan?

Walaupun pendedahan kepada hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti meletakkan setiap orang pada risiko yang lebih tinggi dijangkiti HFMD, orang dewasa biasanya membentuk imuniti kepada virus. Walau bagaimanapun, di kalangan orang dewasa yang mempunyai keadaan perubatan asas yang menjejaskan fungsi sistem imun mereka, risiko adalah lebih tinggi. Pada masa ini tiada vaksin untuk melindungi terhadap HFMD.

"Tidak ada perbezaan dalam perkembangan penyakit di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak, dan komplikasi yang berpotensi dalam kes-kes HFMD dewasa adalah sama seperti orang-orang kanak-kanak," kata Dr Ng.

Komplikasi yang paling kerap HFMD adalah dehidrasi ulser mulut kadang-kadang boleh menjadi teruk sehingga mengganggu pengambilan cecair. Dehidrasi juga boleh berlaku jika terdapat muntah berterusan.

Bagaimana ia dirawat

Tiada rawatan khusus untuk HFMD, tetapi ubat boleh didapati untuk melegakan demam dan kesakitan. Berehat di rumah dan minum banyak cecair akan membantu proses pemulihan. Jika ulser mulut adalah masalah, diet yang lembut dengan makanan seperti bubur mungkin lebih mudah untuk makan.

"Perhatikan juga tanda-tanda lain yang dimasukkan ke hospital mungkin diperlukan bagi kes-kes yang lebih teruk atau komplikasi," kata Dr Ng.

Memutuskan rantaian penghantaran juga penting. Anda boleh membantu menghalang penyebaran HFMD kepada orang lain dengan menjauhi tempat-tempat awam, mengelakkan hubungan rapat dengan ahli keluarga, menjaga harta benda anda seperti tuala, pakaian dan perkakas makan berasingan dan hanya akan kembali bekerja sebaik sahaja semua lepuh telah kering.

Apa yang perlu anda tahu tentang HFMD:

Bagaimana saya boleh melindungi diri saya terhadapnya?

  • Basuh tangan dengan kerap dan memastikan langkah-langkah kebersihan
  • Elakkan pendedahan dari hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti
  • Jangan berkongsi perkakas makan.
  • Pastikan alat permainan, buku, perkakas makan, tuala dan pakaian bersih.
  • Elakkan berhubung rapat seperti memeluk atau mencium
  • Bersih dan membasmi mainan dan peralatan dengan teliti jika digunakan sebelum ini oleh seseorang yang dijangkiti HFMD


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya dijangkiti HFMD?

Penyakit ini sendirinya, yang bermakna ia biasanya akan hilang dalam 5-7 hari. Dalam tempoh itu, anda perlu memastikan anda mendapat rehat dan air yang secukupnya. Tukar ke pemakanan yang lembut jika ulser mulut menyebabkan kesakitan yang terlalu banyak.

Apa komplikasi yang perlu saya perhatikan?

  • Sesak nafas
  • Mengantuk dan kekeliruan
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kekakuan leher
  • Muntah
  • Pengambilan oral
  • Sawan
  • Berjumpa doktor dengan segera jika tanda-tanda seperti dipatuhi.


Untuk info lanjut :
http://www.healthxchange.com.sg/healthyliving/childrenhealth/Pages/HFMD-Parents-Can-Catch-It-Too.aspx






Disebabkan ini adalah jangkitan virus, dua perkara penting yang perlu dilakukan ialah menaikkan sistem imun
badan/ antibodi dan mengambil makanan anti viral untuk melawan jangkitan virus.
Berubatlah dengan MAKANAN.
Saya tak bagi Sofea makan ubat biar pun doktor berkeras nak bag PCM. 
Dalam bilik rawatan saya jawab ok tapi di kaunter saya tak ambil dengan alasan ada lagi sebotol di rumah.
Kasihan bakteria baik dalam badan, tengah berperang dengan bakteria jahat tapi dilemahkan pula oleh PCM.

Antara yang saya amalkan untuk merawat Sofea :

1.Sebelum sarapan,bagi minum sesudu VCO - berfungsi untuk naikkan imun badan.
2. Beri makan yogurt asli. Bagi yang sejuk lagi cepat habis. Aiskrim katanya. Yogurt mengandungi probitiokuntuk menbantu menguatkan antibodi dan melawan bakteria jahat.
3. Disebabkan dalam mulut Sofea ada ulser, saya buat bubur nasi dengan bawang putih dan sup ayam dicampur dengan halia dan kunyit tumbuk. Halia dan kunyit pun antara contoh makanan anti viral. Berselera anakku makan sebab senang nak telan. Bawang putih sumber prebiotik. Prebiotik merupakan makanan (nutrisi) untuk probiotik.
4. Minum air rendaman lemon sebagai sumber vitamin C dan menyejukkan badan. Ini juga dapat mengelakkan dehidrasi.
5. Boleh juga beri madu tapi Sofea tak suka telan madu.Ubat katanya, nanak nanak bat bat.

Untuk Saraa pula, sebab dia memang full breastfeed, saya pun ambil menu yang sama macam Sofea dan telan satu sudu kecil minyak habatussauda sebelum sarapan.
Kemudian bagi susu dengan kerap. 

Selain itu,  saya bersihkan lantai dengan cecair dettol, bilas baju dan mainan anak-anak dengan cecair dettol.
Jaga kebersihan rumah. 
Setiap hari vakum rumah dan jemur bantal dan tilam anak.
Bahagia mak jadi surirumah sepenuh masa :))

Alhamdulillah, selepas 3 hari anak-anak dah sihat
.Hati mak gembira. 
Terus ajak papa dorang pergi taman Alam Impian. 
Pening kepala mak tak keluar rumah berhari-hari.
Ganjaran untuk Sofea sebab berkelakuan baik dan cepat sembuh.
 Bagi dia berlari-lari untuk keluarkan peluh.






Seronok dia dapat keluar rumah.



Saraa sedap tidur disapa angin petang.


04 June 2014

Cerita Surat Tolak Vaksin Dan Birth Plan

Assalamulaikum..

Hari ni umur SARAA NUR dah 2 bulan 4 minggu.
Cepat masa berlalu.

Apa cerita tentang surat tolak vaksin?
Memang tak dijangka sebenarnya.
Sekadar cuba nasib sambil doa semoga dipermudahkan.
Terima kasih untuk kak ADLILATUN sebab rajin ingatkan saya pasal surat ini.
JANGAN LUPA PRINT..JANGAN LUPA BAWA.. JANGAN LUPA BAGI NURSE.
Tu dia kakak garang bagi reminder.

Setiap surat saya buat 7 keping salinan.
Simpan rapi dalam beg baju untuk bawa ke hospital.
Nervous ni.
Tak tahu macam mana penerimaan hospital kerajaan ini.
Tak terbayang soalan dan jawapan nanti.

Sebelum cuti bersalin, study semula pasal vaksin, pasal gentlebirth.
Revise otak ni.
Baca pengalaman parents yang berhadapan dengan situasi macam ni.
Dah pesan juga dengan Encik Suami, jawab macam mana, tengokkan anak nanti.

Di bilik rawatan, saya bagi surat semasa pendaftaran.
Untuk minta staff perempuan saja yang merawat saya.
Mesti ada yang pelik, kalau dapat staff perempuan pun tetap ternampak aurat juga. Ya betul, tapi ini bukan dalam keadaan terpaksa, bukan dalam darurat.Saya tengok ramai houseman perempuan dalam bilik rawatan.

Petang selepas masuk wad, saya bagi surat tu dengan nurse yang uruskan pendaftaran wad.
Dia baca kemudian tanya dari mana saya dapat surat tu.
Bila saya jawab saya buat sendiri, dia terkejut.
Oklah, memang dah jangka penerimaan dorang.
Nurse bagi kerjasama yang baik, dia cakap akan bagi surat tu kepada doktor atau houseman yang bertugas.

Tak lama lepas tu houseman datang, dia soal selidik pasal surat tu.
Antara perbualan kami -

Houseman : Puan,jangan risau.Kami memang benarkan anak di azankan.
Saya. : Ok, terima kasih.
Houseman : Kenapa puan tak nak vaksinkan anak.Puan kena fikirkan diri puan dan anak.
Saya : ( saya senyum) Saya ada sebab tertentu, macam dalam surat tu.
Houseman : Puan yang akan bersalin nanti.Puan yang kena buat keputusan, bukan suami puan.
Saya : ( ayat houseman ni dah buat saya blurr.Ni mesti sebab surat tu encik suami yang tandatangan, saya andaikan dia penat saja. senyum jela.)

Selepas sejam, datang doktor pula.Doktor perempuan berbangsa cina.
Doktor : Mengapa puan tak nak vaksin bayi ye?
Saya : Sebab ada banyak side effect.
Doktor : Oh yela, pasal kes eczema dan Johnson syndrome (http://www.drugs.com/cg/stevens-johnson-syndrome.html )

Doktor berlalu pergi.
Lega sebab doktor memahami tapi dia tak tunjuk menyokong atau membantah.

Situasi dalam LR terkawal lagi.Semua staff perempuan yang datang periksa dan bantu saya.
Alhamdulillah.
Seperti yang saya cerita sebelum ni, HTAR adalah hospital rakan bayi.Jadi apa-apa suntikan atau prosedur dorang akan tanya dan terangkan dengan pesakit dulu.
Senang hati dalam LR. Tak payah risau nk kena cucuk itu ini.
Selepas anak dimandikan, saya saja tanya nurse -

Saya : anak ada kena suntik vaksin ke?
Nurse : Tak ada puan.Puan dah tulis dalam surat tak nak vaksin kan.
Saya : Terima kasih ( sambil senyum dan terasa nak lompat )

Di dalam wad, situasi sini agak mencabar.Doktor pediatrik datang melawat untuk periksa anak.
Sesi siasatan bermula.

Doktor : Saya baca surat puan, puan tak nak vaksin anak.Mengapa?
Saya : Saya dah banyak baca kesan negatif vaksin.
Doktor : Apa contoh kesan vaksin?
Saya  : Anak kawan saya yang baru lahir kena ekzema selepas ambil vaksin, ada lagi kes ramai kena autisme selepas ambil suntikan MMR bla bla bla..Saya dan baca isi kandungan GPF.
Doktor : Tiada la, ekzema tu sebab alergik telur.Kesan vaksin hanyalah demam beberapa hari.Kalau puan tak nak ambil vaksin, macam mana kalau anak puan terkena penyakit?
Saya : Saya akan berusaha bagi fully breastfeeding untuk booster immune. Saya akan bagi makanan yang sihat, jaga persekitarannya.
Doktor : Bagaimana kalau anak puan dah besar nanti, dia akan terdedah dengan pelbagai penyakit? Di Malaysia ni ramai warga asing.
Saya : Vaksin dalam badan hanya tahan beberapa tahun sahaja.Bila antibodi kuat, boleh elakkan dari penyakit.
Doktor : Tapi vaksin ni wajib di Malaysia.Puan tengok buku imunisasi bayi.Segala vaksin yang di ambil oleh bayi.
Saya : Tidak.Vaksin tidak wajib.Ibubapa boleh pilih sama ada nak vaksin atau tidak.
Doktor : Lagi apa alasan puan untuk tolak vaksin?
Saya : Ada setengah vaksin mengandungi DNA babi. Vaksin juga ada merkuri dan alum yang membahayakan anak saya, ada virus yang dilemahkan.Kalau antibodi anak saya bagi respon negatif, siapa nak tanggung akibat tu semua? (Sebenarnya dah rimas dengan pertanyaan doktor ni tapi faham sebab dia hanya jalankan tugas)
Doktor : Dari mana puan tahu semua ni?
Saya : Saya study sendiri, ada ramai kawan saya belajar dan kaji benda yang sama.Saya juga baca pengalaman kawan-kawan.
Doktor : Baiklah, dalam laporan ni saya catat puan menolak pemberian vaksin ya.
Saya : Ok, terima kasih.

Petang tu dapat keluar hospital dengan jayanya.
Di sini saya nak tekankan, pertahankan hak ibubapa.Belajar cari maklumat.Jangan bulat-bulat terima cakap orang lain.
Apa-apa pun, masing-masing ada hak memilih.
Saya dengan pilihan sendiri, anda dengan pilihan anda.

Selepas ni ada lagi misi lain untuk melawan arus.
Semoga kita berjaya.
#Siapa-siapa yang inginkan salinan surat tersebut, sila emel ke alamat ini :
semutpurple11@gmail.com

**semoga Allah merahmati puan Dd (Adila) yang selama ini menolong saya untuk menghantar emel surat kepada anda semua.

******* PENGUMUMAN ********

Kepada sesiapa yang mencari minuman sihat untuk seisi keluarga, digalakkan baca entry di bawah.

http://chentazulya.blogspot.my/2016/05/minuman-sihat-perut-sejahtera.html?m=1

03 June 2014

Rawatan Alami Untuk Sembelit Teruk

Dua minggu tanggung masalah ini.
Setiap kali masuk tandas mesti rasa ngeri.
Sampai berdarah.
Sejam dalam tandas.
Uwaaaa..

Alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi berkongsi rawatan alami untuk masalah sembelit.


  • Pertama, selepas bangun pagi amalkan minum segelas air kosong.Enzim lipase terdapat dalam air liur yang membantu sistem pencernaan. 
  • Kemudian, minum 15ml EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (minyak zaitun) tanpa disulami air.
  • Selepas mandi  diharuskan minum lagi segelas air masak.
  • Akhir sekali, alas perut dengan 7 biji kurma dan susu kambing dan boleh bersarapan seperti biasa.


Setiap hari amalkan tips itu, insyaAllah cepat berkesan dan selamat.
Saya amalkan selama dua hari dan keadaan kembali normal.
Selamat mencuba ::))