Kisahnya, minggu lepas stok susu merudum.
Sedihnya.
Stok susu yang ada sebelum ni dah guna semasa Saraa kena HFMD.
Waktu siang dia kurang direct latch, nak minum dalam botol saja.
Saya andaikan dia dah biasa rutin begitu di rumah pengasuh.
Tak apa anak, asal perut kenyang suka hati.
Dua kali berkejar balik dari kerja sebabnya stok susu di rumah pengasuh habis licin.
Alhamdulillah anak mak yang dulunya refuse botol susu sekarang dah gigih hisap susu dengan jayanya :))
Hari Jumaat lepas lagi tragis, sebelum lunch hour BS (babysitter) hantar whatsapp, susu Saraa tinggal 80ml.
Melompat sekejap oii.
Nasib baik dah pam untuk sesi pagi.
Berdesup hantar stok untuk Saraa.
Demimu anak. Mak sanggup berpenat.
Petang tu,BS bagi whatsapp lagi.Susu tinggal cukup-cukup je.
Alahaiiii...
Sedih hati mak.
Berusaha makan dan minum beberapa milkbooster tetapi ini semua ketetapan Allah.
Ada hikmah disebaliknya.
Agaknya saya kurang berusaha.
Kurang minum air. Itu kelemahannya, duduk dalam tempat yang ada aircond tak rasa dahaga sangat.Minggu lepas pula sibuk, rasa stress.
Nak buat stok selama dua hari ( sabtu ahad) memang tak cukup.
Tambah lagi, susu kurang sebab dah nak dekat waktu haid.
Lagilah mak haru biru.
(Mohon ejen suplemen susu meriah jangan PM saya. TQ)
Malam tu mengadu dengan seorang kawan, dan dengan tak malunya saya minta stok susunya.hahaha.
Tiada rasa malu, sebab keadaan terdesak.
Memang NO NO NO untuk susu tepung.
Allah dah tunjukkan jalanNya.
Kak Adlie setuju dan dia jemput datang rumah.
Hoihhh lega hati mak ni.
Lompat bintang 5 kali.
Hari Ahad, set gps untuk ke rumah bakal ibu susuan Saraa.
Hati berdebar pula.
Pelik-pelik perasaan ni, rasa nak tunjal kepala sendiri.
Dan hasilnya ----
Dapat 11 paket.Purata dalam 5 oz dan 7 oz.MasyaAllah,banyak tuu.
Terima kasih ibu susuan !!!
Allah saja yang dapat membalas budi baikmu.
Hari ni happy bawa stok susu banyak untuk Saraa.
Hari ni juga secara rasminya Saraa jadi anak susuan Kak Adlie.
Alhamdulillah.
Semoga anakku tidak melupakan jasa ibu susuannya.Amin.
Saya bagi salinan surat beranak Saraa untuk simpanan ibu susuan.
Inilah ibu susuan Saraa - Kak Adlilatun Nur.
Adik beradik susuan Saraa Nur.
Ilma dan Imaad.
Imaad - bayi homebirth dan unvaccinated.
Dua- dua menyusu badan sepenuhnya.
Dua-dua padat dan gebu. Rasa nak gigit peha dorang ni.Haihh..
Hebat production susu mummy dorang ni.
Dan ada dua anak susuan termasuk Saraa.
Semoga Allah limpahkan pahala yang berganda untukmu sebab mengenyangkan perut anak-anak syurga.
Mummy dan Mama Saraa.
Dua tahun lebih dah kami kenal tapi rasa macam dah lamaaaaa kenal.
Sini saya selitkan beberapa ayat fatwa tentang ibu susuan.
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
Sebelum balik, kita orang pergi taman permainan bersebelahan dengan rumah Kak Adlie.
Kemain lagi Sofea, menjerit-jerit kesukaan.
Bestnya rumah dekat dengan taman.
Tiap petang ajak anak-anak lepak di sini.
Sharing is caring. Ilma kongsikan air minumannya dengan Sofea.
Dorang ni sebaya tapi Sofea tua 3 bulan.
First time Sofea naik buaian.Muka ketakutan.hahaahaha
Ilma rileks dengan buainya,bila mummynya tolong buaikan boleh pula dia cakap - gedegang gedegang ( maksudnya - jangan pegang)
Adoi la anak, comel comel perangainya.
Tepek sekali gambar papa Saraa. Ramai orang cakap muka Saraa macam papanya.
Hurmm...tapi Saraa mata sepet macam maknya. :))
p/s : Mint (pudina) dan sayur kubis adalah milk killer. Sila elakkan.
No comments:
Post a Comment