29 May 2014

Persediaan Pindah Rumah

Assalamualaikum..

Hari ni buat photobook Sofea sambil cari tips pindah rumah.
Sebenarnya nak kosongkan rumah.
Hanya pakaian dan buku saja bawa balik.
Hoihh.. tak sabar rasanya nak kemas barang rumah tapi bila buka pintu stor terus semangat merudum.
Banyaknya barang, barang apa pun tak tau.
Masuk dalam bilik, gigil lutut tengok dua almari pakaian.

Nanti nak let go atau give away barang tertentu.
Mana yang tak boleh pakai, hantar ke pusat pelupusan.

Hasil carian google, ini antara persediaan yang akan dibuat.
  • Kenal pasti kategori barang
  • Cari kotak
  • Labelkan kotak
  • Barang mudah pecah atau patah diasingkan atau dibungkus dengan surat khabar atau bubble wrap.
  • Barang-barang yang lusuh atau tidak digunakan lagi dihantar ke pusat pelupusan.
  • ASINGKAN barang keperluan (contoh - baju harian)
  • Semakin hampir tarikh berpindah, hanya tinggalkan barangan untuk kegunaan semasa.
  • BUAT SENARAI BARANG - supaya tiada kehilangan sewaktu berpindah.
  • Letak kotak mengikut bahagian.
Agak-agak bila nak hantar resign letter ni.Hurmmm..


28 May 2014

Kita Tahu Atau Buat Tak Tahu

Nak tulis di FB tapi tak nak jadi bahan rusuhan.
Tulis di sini jela.

CADBURY ADA DNA BABI.
Ramai orang bicara isu.
Ya,memang sangat sensitif.
Saya pun tidak terkecuali.

Tapi bila cakap tentang VAKSIN ADA DNA BABI.
Berapa ramai yang suarakan?
Berapa ramai yang hentikan pengambilannya?
Berapa ramai yang peka?

ROKOK PUN HARAM.
Berapa ramai yang kisah?
Ramai saja yang tak segan silu hembus asap rokok.


Kita ni, sebenarnya tahu beza halal dan haram tapi kadang lupa atau buat-buat lupa hukumnya.
Allahurabbi.
Semoga kita diberi hidayahNya.

27 May 2014

Bersediakah Untuk Melangkah

Sudah tiba masanya.
Untuk pulang ke tempat asal.
Dah 7 tahun mencari rezeki di tempat orang.
Rasanya cukuplah merantau.
Peluang dah ada, tak nak lepaskan lagi.

Lepas ni nak berbudi pada tanah.
Nak jaga mak.
Nak jaga nenek yang uzur.
Nak uruskan adik-adik.
Nak jaga anak-anak sendiri.
Nak jaga pemakanan.
Nak tukar gaya hidup.
Semoga istiqomah.

Ya Allah, semoga dipermudahkan.

Bulan depan hantar surat berhenti kerja.
Tiket flight dah lama beli, ,rancangan sebelum ni tiket untuk balik raya.
Tapi akhirnya balik terus.
Kemudian, kemas barang rumah.
Selesaikan urusan di sini.
Tukar alamat surat menyurat.

SAYONARA Semenanjung Malaysia.

Saat Kita Patut Bersyukur

Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..
Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat anak seorang. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak...
Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.
Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka...
Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna'
Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.
Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.
Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku...Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..
Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.
Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.
Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.
Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik...
Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess...nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.
Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.
Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..
Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.
Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.
Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara' macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..
Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia.
Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat...Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dengan ikhlas.

- Ebit lew - 

23 May 2014

Photobook Saraa

Yeahhh dah sampai..
Banyak cerita nak siapkan photobook ni.
Berhempas pulas upload gambar, tambah pula website dorang lambat sebab ramai orang buka. Lepas tu salah buat, kena edit lagi semula.
Nak submit tapi website pula hang, terpaksa buat tengah malam.
Yela, voucher dah nak expired.saya pun join buat kerja last minute.
Bila dah submit, dapat email dari photobook - expiry date extended until 2nd June !!!
hahahahahahaha..

Dah lama claim voucher ni dalam GROUPON.
Masa mengandungkan Saraa lagi.
FOC oiii,semua orang berlumba-lumba nak ambil voucher tu.
Mak pun terfikir, hebat betul promotion Photobook Malaysia ni.
Sekarang pula, dorang tengah promo photoprints 25 pcs..
Korang p amik cepat dalam groupon.
Upload gambar - edit ikut suka hati - hantar - bayar postage sahaja (rm8) - tunggu diproses - siap - sampai atas meja.

#Itu pun dah amik juga :))

Hasilnya,sangat puas hati.
Next, photobook untuk Sofea pula.



12 May 2014

Puteri Kedua Kami


Alhamdulillah.
Tiada ucapan lain selain alhamdulillah.
Bersyukur sepanjang mengandung tiada masalah kesihatan yang teruk.
Bersyukur juga proses bersalin berjalan dengan lancar.
Allahurabbi.

Puteri kedua, Saraa Nur Adliyya.
Nama yang bermaksud MENYEBARKAN CAHAYA KEADILAN.
Lahir seberat 3.8kg.
Alhamdulillah sihat dan bebas dari sebarang suntikan vaksin.

Membesarlah anakku dengan setiap titisan susu ibu.
Setiap titisan mutiara itu adalah hak kamu yang Allah tentukan.
InsyaAllah dimurahkan rezeki.

Jadilah umat Muhammad yang diredhai Allah.
Semoga tidak lupa asal usulmu.
Mama dan papa sentiasa mendoakan kebaikan untuk kamu, anak syurga. 


09 May 2014

Pengalaman Bersalin - Inilah Saatnya

Dalam LR.
Doktor, bidan dan 2 orang sister berkumpul keliling katil.
Saya tengok seorang satu.Dalam hati kenapa ramai sangat ni.
Pasang itu ini, cek itu ini.
Buat VE dah 9cm.Kepala bayi masih tinggi.
Sebabnya sebelum ni ada rekod ceaser, jadi doktor kena ada.

Nasihat bidan, jangan meneran jika belum cukup bukaan rahim.Nanti tenaga hilang pastu tak dapat nak meneran bila sampai masanya.
JANGAN YA MAK..
Ini pengalaman saya. Teran sebelum waktunya dan terasa sangat lemah bila bidan suruh teran.Sobssss..

HTAR adalah hospital rakan bayi.
Kalau dahaga,mintalah air minuman.
Tak payah nak malu-malu, nak tahan tekak kering.
Penat layan contraction, saya minta air dengan nurse.Sekali teguk dah habis.
Kalau sempat, bawa bekalan kurma ke LR.
Sementara tunggu bukaan 10cm, makanlah kurma untuk tenaga.
Nikmatilah sakit contraction itu.huhuhu
Tapi mampukah makan sambil tahan sakit tuuuu??

Masa ni,saya tak fikir lain.Terus berzikir sambil doa supaya bayi cepat keluar.
Pujuk anak bagi kerjasama.
Jam dinding pula depan mata.Kejap-kejap tengok jam.
Tambah stress lagi dengan CTG sebab bila alat tu dipasang,ibu tak boleh bergerak sangat.
Sekejap-kejap doktor datang buat VE.
Tak terasa sakit pun sebab lagi sakit contraction tu.

Menunggu sampai 10cm tu terasa berjam-jam lamanya.
Sempat membayangkan macam mana kalau homebirth.
Saya lagi tenang atau makin kelam kabut.Wallahualam.

Doa untuk bersalin secara natural hampir termakbul.
Begini rupanya situasi bersalin natural.
Kejap-kejap tengok jam,muka ketat tahan contraction.

Tiba-tiba teringat mak di kampung.
Mak tak tahu lagi anaknya masuk hospital.Dia dah pesan jangan bagi tau, nanti dia yang merana sakit perut.
Hebat aura mak.
Dia pesan banyak kali, jangan angkat punggung.Jangan ya jangan..Nanti koyak.

#2.50 pagi

Cukup 10cm.
Tepuk tangan.
Ok,bersedia untuk teran.
Doktor pesan, kalau rasa contraction terus teran dan lepas tu jangan tarik nafas panjang-panjang.
Satu lagi, TUTUP MULUT.
Hahhh, ni payah nak buat,hahaha.
Berkali-kali sister pesan, jangan keluarkan suara nanti makin kurang tenaga.
Jangan buka mulut masa meneran.Tumpukan semua tenaga untuk meneran.
Alhamdulillah dikelilingi staff hospital yang sabar dan baik hati.
Tak putus-putus bagi semangat, bagi tunjuk ajar.
Sebelah kiri pegang bahu sambil ajak berselawat.
Sebelah kanan pula, ajar macam mana nak kawal pernafasan.
Doktor dan pembantunya pun ikut bagi semangat.
'Sikit lagi..Teran lagi lagi dan lagi.Puan mesti boleh, kepala anak dah nampak tu.'
Seorang lagi monitor CTG.
Rasa nak cabut alat tu, menganggu konsentrasi tapi itulah alat untuk monitor degupan jantung bayi.

#3.15 ( agaknya)

Doktor cakap kena cepat, kepala bayi dah lama sangkut kat bawah.
Nanti bayi lemas atau otaknya kurang oksigen.
Allahurabbi.
Badan dah penat.
Tiada tenaga nak teran tapi bila doktor cakap macam tu terasa tenaga ditambah semula.
Tambah pula sister cakap, ' Puan,kesian kat anak nanti kalau otaknya kurang oksigen.'
Contraction pula makin kurang terasa.
Anak dah stress kot sebab lambat sangat dapat keluar ^__^
Bidan dan sister pula pujuk bayi sambil selawat dan tolak-tolak perut.
Serius, nak nangis rasanya.
Mak terharuuu..

Doktor buat keputusan nak vakum.
Sebelum tu, dia tanya saya.Apa yang saya mampu jawab, buat jela apa yang boleh.wuwuwuwu.. dalam keadaan separuh pasrah.
Hanya fikir supaya anak selamat keluar.
5 minit kemudian, datang doktor pakar. Katanya, buat episiotomi sahaja.
Doktor tu tanya lagi dengan saya, 'Puan, kita gunting ya, bayi dah lama kat bawah ni.
Baiklah.
Mula meneran balik, dan tiba-tiba terasa ngilu,pedih.
Ternampak alat untuk mengunting tu, perghh macam playar pun ada.

#3.29 pagi
Sekali lagi teran dengan panjang, Alhamdulillah anak mak keluar dengan selamat dan anak terus terberak di celah kaki maknya :))
Lahir seorang puteri.
Ya Allah, lega rasanya.
Perut terasa ringan.
Hati berbunga-bunga.
Nikmatnya Allah saja yang tahu.

Selepas potong tali pusat, nurse letak bayi di atas badan.
Allahuakbar..besarnya ko anak.Apalah yang mak ko makan ni.

Nipple crawling moment .
Kuncup dahi anak.Allah,syukur dapat nikmat wangian syurga.
Dah tak rasa sakit, penat atau mengantuk.
Semua hilang lepas tengok anak depan mata.
Nurse tiarapkan anak atas badan saya untuk bagi anak mencari susu.
Pandainya dia cariiii..

HTAR ( hospital rakan bayi ) galakkan nipple crawling selama sejam.
Tapi tak sampai sejam,anak dah menggigil kesejukan.
Nurse terpaksa bawa keluar untuk bersihkan kemudian buat pemeriksaan.

Uri keluar 10 minit lepas bersalin.
Doktor cakap tak perlu teran tapi automatik rasa nak meneran bila terasa ada benda nak keluar.
Selepas tu nurse datang, tanya puan nak tak kami suntik ubat untuk hentikan pendarahan.
Saya angguk saja.
Ini antara ciri-ciri hospital rakan bayi. Prosedurnya, sebelum beri apa-apa ubat atau suntikan perlu tanya pesakit terlebih dahulu.




Sesi menjahit bermula.
Oh sebelum tu,kena bius dulu.
Nurse ada tanya, nak bius atau tak untuk tahan sakit..
Silakan cucuk saya.
Tiada tenaga nak tahan kesakitan.Letih sangat.
Dah mula rasa sejuk dalam LR.
Mak pula ganti menggigil.
Lama pula proses menjahit ni sebab kena jahit dalam dan luar.

Selesai proses jahit dan tukar baju, pindah ke katil pengusung untuk masuk dalam wad semula.
Tunggu anak di tepi LR.
Tak lama lepas tu, nurse bawa si comel.Dah bersih dan berbalut tuala hijau.
Tunggu pula fail siap.
6.30 pagi baru dapat masuk wad.
Hujan rupanya di luar.
RahmatNya.Dah lama tak hujan sebenarnya.

Benda pertama yang dibuat selepas pindah katil, ambil hp dan tangkap gambar anak.muahahaha
Lepas tu telefon encik suami.
Dia ingatkan belum bersalin, terkejut bila dengar suara bayi menangis.
Lepas tu telefon mak.
Sambung breastfeed sementara tunggu keluarga sampai.
Semalaman tak tidur.Mata tak ngantuk tapi kepala pening.
Anak pun belum pakai baju.Bedung dengan kemas sementara tunggu papanya sampai.

#4.30 petang.
Doktor benarkan balik rumah sebab anak dah kencing dan berak.


Alhamdulillah.
Pada 4/3/2014 selamat bersalin setelah overdue 8 hari kalau - ikut perkiraan LMP.
Jika ada rezeki untuk bersalin natural lagi, saya nak buat dengan lebih gentle lagi.
Yaaaa..gentlebirth!!!
Perlu belajar dan usaha lebih lagi.
Tak perlu epi, tak perlu tunggu lama untuk bukaan penuh.
Apa-apa pun, sakit lama atau sekejap, mudah atau sukar semuanya Allah yang tentukan.



Jika Anda Sedang Marah, Ingatlah Semuanya Milik Allah

Perkongsian dari Ustaz Ebit Liew :

Saya berbual dengan seorang ayah yang suka mengamuk kepada isteri dan anak-anak.

Ustaz, saya rasa bersalah kerana bila terlalu marah saya tidak dapat menahan baran saya. Mungkin jenis saya pemarah.

Jawab saya, alhamdulillah abang sedar yang abang salah. Sebenarnya abang hidup kita ini tujuannya ialah Redha Allah.. Maksud hidup kita ialah Redha Allah. Allah sayang kita, Allah telah beri kita berjaya dan dapat segalanya. Siapa pun boleh cakap apa dia nak cakap semasa di dunia. Siapa pun boleh menilai, tetapi akhirnya Redha Allah penentu segalanya...Hanya Redha Allah.

Keluarga ini amanah dari Allah. Isteri dan anak-anak bukan kita punya. Kita sangka kita punya. TIada kita punya. Semua milik Allah. Kita rasa marah bila ahli keluarga kita tidak penuhkan apa yang kita nak. Tapi kita sudah hidup puluhan tahun dalam dunia makan rezeki yang Allah bagi tapi masih belum dapat sempurnakan perintah Allah. Siapa kita untuk dihormati dan ditakuti? Masa sujud pun saya sendiri belum benar-benar dapat ingat Allah.

Untuk perbaiki keadaan keluarga kita mulakan dengan bersyukur dengan apa yang telah ada. Syukur, Allah beri keluarga. Beri anak-anak. Bila ahli keluarga buat salah, kita masuk bilik dan solat 2 rakaat dan minta ampun pada Allah. ya Allah, ini semua salah saya. Menangis pada Allah.. Ya Allah maafkan saya.

Selepas itu baru kita bersama keluarga. Kita akan rasa kasih sayang dalam hati kita. Itulah Islam. Menegur dengan rasa sayang kerana Allah. Bukan menegur dengan penuh kebencian dan sakit hati. benci maksiat tapi sayang orangnya. Tanda ikhlas orang menegur dia menyediakan doa, kasih sayang dalam hati, dan memberi keuzuran atau sebab mengapa mereka buat begini. Nabi saw 23 tahun tidak berhenti doa hidayat untuk umat ini dengan tangisan dan kerisauan yang tidak ada mana-mana manusia sampai kiamat yang boleh menandinginya. itulah kekasih Allah sebenarnya.
Malangnya kita, satu kesalahan mereka, kita benci sampai mati.

kata ustaz Pahrol Mohamad Juoi Bila Allah perintahkan Nabi Musa as jumpa Firauan. Allah perintahkan jumpa dan dakwah dengan lemah lembut. Kita bukan Nabi Musa kalamullah. Anak kita, bukan Firaun. Kenapa kita perlu berkeras pada mereka. Kita perlu berkasih sayang dengan ahli keluarga kita. lemah lembut ialah didikan yang utama dan besar pada ahli keluarga.

Bagaimana kita menegur mereka. begitulah mereka akan menegur orang lain nanti..lemah lembut sifat yang perlu dipelajari dan diamalkan. Menegur dengan lemah lembut sunnah Nabi saw. Lemah lembut sifat Nabi saw. Sifat anak-anak Nabi saw dan semua orang yang dekat dengan Nabi saw. Termasuk Umar ra. Malangnya hari ini disebabkan orang Islam tinggalkan dakwah secara istiqamah. Ramai tidak faham Islam. Kadang-kadang dalam 1 minit berjumpa kita boleh sakitkan hati orang atas nama nasihat. Dalam satu status fb boleh berperang. Ya Allah bahaya lidah ini. Inikan pula dengan ahli keluarga. Kita semua buat silap. Tapi yang terbaik yang bertaubat dan perbaiki kesilapan kita.

Diceritakan orang yang bunuh saidina Ali ra ialah seburuk-buruk orang. Tapi masa pembunuh itu ingin dihukum, dia kata tuan boleh apa-apakan saya, tapi jangan apa-apakan lidah saya. Kerana dengannya saya ingin mengingati Allah. Tapi dia menjadi pemecah belah umat.

Jagalah lidah kita dari menyakiti orang. Menyakitkan hati seorang muslim dosanya seperti meruntuhkan kaabah. Jagalah perkataan dan perbuatan kita dari menyakiti orang yang tinggal sebumbung dengan kita. Orang yang kalau datang binatang buas mungkin sanggup bagi kepala mereka dimakan untuk selamatkan kita dari luka kecil. Orang luar kawan-kawan belum tentu lagi. Kita juga sangat sayang mereka tapi kita gagal pamerkan kasih sayang sehingga ahli keluarga hidup dalam ketakutan. Kasihanilah isteri dan anak-anak kita.

Cari emas dalam diri isteri dan anak-anak. Allah simpan juta kebaikan supaya kita belajar dari mereka.

Beginilah abang, inilah kehidupan dunia. Tempat berdoa dan bersabar. Natijah akhirnya ialah Redha Allah..

Jika marah, cepat-cepat pergi masjid ambil rahmat Allah. bila kita mula marah takut syaitan datang kepada kita dan kasih sayang Allah hilang dari kita.

Memegang, memeluk, mengusap, cium, belas, sayang pada isteri dan anak-anak menyebabkan Allah bertambah sayang dan kasih kepada kita. Rahmat mencurah-curah kepada kita...

Allah sayang kita. Apa lagi kita nak? Inilah jalan termudah iaitu berkasih sayang kepada keluarga...Semoga Allah tambahi rahmat buat kita semua.


Ebit lew- kembara intelek dan sahsiah Jun 2014

06 May 2014

Pengalaman Bersalin - Check In Wad

3/3/2014
7.00 malam.

Berjalan terkedek-kedek menuju wad bersalin di tingkat satu.
Ikutkan hati nak naik tangga tapi nurse dah masuk dalam lif.
Sampai di wad, tunggu lagi proses pendaftaran.
Saya bagi surat tolak vaksin dan birthplan.
Duduk sekejap.
Masih belum rasa sakit lagi.
Berpeluh-peluh badan sebab cuaca panas.

Saat macam ni,biar pun contraction belum terasa tapi selera makan dah hanyut.
Halahh risaunya.
Mana nak cari tenaga untuk meneran nanti.
Keluarkan kurma dan air zam zam dalam beg.
Paksa diri untuk telan sambil borak dengan suami sementara tunggu dia siap mengemas beg baju.

10.00 malam.
Mild contraction dah terjah.
Masih boleh duduk atas katil lagi sambil borak.
Tak lama lepas tu sakit pinggang, terpaksa baring sekejap.
Ikutkan hati, masa ni la kena squat atau buat belly dance atau berjalan-jalan dalam wad untuk cepatkan bukaan rahim.
Mak rasa tak mampu dah nak oi..
Makin kerap datang sakitnya tapi masih boleh senyum, masih boleh layan whatsapp.
Encik suami terpaksa keluar.Nurse tak benarkan lelaki dalam wad untuk jaga privacy ibu-ibu lain.
Baiklah.sobssss..
Tinggallah sorang-sorang atas katil sambil renung kipas berpusing.

11.00 malam.
Contraction makin kuat.
Setiap 10 minit datang menjengah.
Perbanyakkan zikir.
Terbaca dalam group GBG, masa contraction jangan tahan nafas.
Tarik dan hembus nafas dengan tenang untuk bantu bayi turun ke bawah.
Allahuakbar.
Memang sakit sangat.
Setiap kali datang sakit, pejam mata sambil pegang besi katil.
Ajaibnya, masih boleh whatsapp lagi dengan kawan-kawan :p

12.15 malam.
Nurse panggil untuk datang ke bilik rawatan.
Houseman nak buat VE.
Dalam hati,.mesti bukaan rahim dah 5cm ni.

Sekalinya houseman cakap, MASIH 3CM LAGI.
Macam ada batu besar hempap di kepala.
Dalam hati takkan low progress lagi.
Sakit makin kerap, makin kuat.

2.10 pagi.
Tengah tahan sakit, tiba-tiba air ketuban pecah.
Panas je rasa mengalir.
Cepat-cepat tekan button tepi katil.
Nurse datang tanya kenapa, bila cakap ketuban dah pecah dan dia suruh ke bilik depan buat VE.
WHAT ???
Selamba jawab, saya tak larat jalan.Sakit sangat.
Datang sister buat VE, dah 5cm katanya.
Dalam hati,syukurnya.
Cepat-cepat dorang suruh pindah katil.
Mak masih lagi statik sambil pegang lengan baju sister.
Mana tau boleh pindahkan kesakitan sekejap :p
Tak sampai 5 minit, VE lagi sekali, dah 8 cm.
Terus lompat katil pengusung di sebelah sebab takut terbersalin dalam wad.
Adoi la kalau ingat semula.Rasa kelakar pun ada.

Dalam LR, lagi satu hal kena pindah katil lagi.
Situasi sama saja, ambil sedikit masa.
Tarik nafas,turun nafas.

Bersambung lagi..







Tips Untuk Susu Ibu PEKAT dan BANYAK

Salam semua..

Ini adalah tips untuk ibu-ibu yang baru bermula atau berhasrat untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.
Ini juga tips untuk yang inginkan milk booster secara pemakanan natural, bukan bergantung dengan suplemen atau ubat farmasi.

Pertama, tawakal kepada Allah. Percaya semuanya Allah yang Menentukan dan Memberi.Selain itu, kita berusaha.

Ibu-ibu yang nak kongsi tips juga dialu-alukan :))

1. Paling penting. Paling kerap dipesan. Paling mudah. SUPPLY AND DEMAND.
Makin banyak pengeluaran susu, makin kerap susu terhasil.
Makin kerap kita menyusukan anak, makin banyak susu terhasil.
Makin kerap kita pam, makin cepat susu penuh.
Ayatnya sama kan tapi berlainan situasi.

2. Banyakkan minum air kosong.
Badan kita menghasilkan cecair.Jadi, badan juga perlukan cecair.
Teruskan minum air kosong 2 liter ke atas.
Dalam masa yang sama boleh mengatasi masalah sembelit.

3. Amalkan makan makanan dari hasil tenusu.
Minumlah susu segar ( jika dapat ),apa-apa jenis susu ( elakkan susu tepung), keju dan sebagainya.

4. Kurangkan makanan segera (fastfood/instant food)
Makanan yang terproses mengandungi bahan yang tidak sihat. Secara tidak langsung mempengaruhi penghasilan susu.

5. Jadikan sup sebagai salah satu hidangan.
Masak sup lobak putih/betik muda bersama ayam atau daging.
Hati-hati, setengah orang tidak tahan dengan lobak putih yang dikatakan 'sejuk' ( seperti saya :(

6. Halba, longan kering, kurma merah,barli.
Untuk resepi ini, saya campur kesemuanya dalam periuk kemudian tambahkan air.Dah siap masak, minum dengan gembiranya. Kalau tak dapat cari semua bahan, campur halba dalam masakan pun boleh atau buat air barli campur kurma. Selain tu,oat pun membantu.

7. Makanan protein seperti telur, daging merah atau ikan.
Makanlah dengan hati yang senang. Tak perlu risau berat badan naik :p

8. Minda
Tetapkan minda bahawa susu banyak. Susu pasti ada.
Sambil tu ingat anak dan tengok gambarnya.
Masyaallah..

Sekian perkongsian yang tak seberapa ini.
Saya pun baru memulakan perjalanan menyusukan anak.
Sama-sama kita berganding bahu.
Sama-sama kita berkongsi.
Stok EBM pun ala kadar tapi alhamdulillah ada sokongan dari orang sekeliling.
Dan yang penting, jangan CEPAT putus asa.
Susu ibu HAK anak.
Berikan hak mereka.
Tiada susu lain yang dapat menandingi kehebatan khasiat susu ibu.

Happy breastfeeding !!!


05 May 2014

Perkembangan Terkini

Hai hai hai..
Setiap hari belek blog sendiri.
Kemudian belek blog orang lain.
Berfikir nak buat post apa.
Ya ya ya, ada hutang lagi entri pengalaman bersalin,berpantang,menyusu dan banyak lagi cerita lain.

Jiwa belum sepenuhnya lagi masuk dalam opis.
Banyak kerja kena buat.
Manager baru dah masuk, sedang menyesuaikan diri dengan cara kerja baru.

Jiwa sedikit kacau sebab Saraa main tarik tali tak nak menyusu guna botol.
Setiap pagi berperang dengan pengasuhnya, dah lapar sangat baru nak buka mulut.
Masa pantang elok menyusu pakai botol, boleh lagi hisap pacifier.
Lepas hantar dengan pengasuh, akak tu mengadu susah nak bagi susu. T_T
Alhamdulillah, sehingga kini hanya susu ibu saja yang masuk dalam perutnya.

Rumah masih lagi dilanda ribut.
Anak dah dua orang mak kena tambahkan lagi tenaga mengemas dengan pantas.
Tambah pula hari tu,peristiwa catu air.
Malam-malam jadi kelawar bersengkang mata tadah air, basuh baju, mop lantai bagai.

Berat selepas pantang pun tak timbang.
Berat Saraa pun belum timbang lagi.

Senang cerita, belum dapat adapt sepenuhnya kehidupan selepas bersalin.hahaha