12 June 2013

Hormat Orang Lain.

Sebelum itu,saya tetap hormat apa-apa keputusan anda.
Sama ada anda pro vaksin atau anti vaksin,saya tetap hormat.
Saya bukan nak cerita tentang keburukan vaksin atau kebaikan vaksin.
Saya terkilan dengan pemikiran setengah pihak yang pro vaksin.

Sebelum nak menghentam tindakan ibubapa yang hentikan vaksin untuk anak,cari maklumat tentang kandungan vaksin bukan keburukan atau kebaikan vaksin.Bukan dengan cara hina atau caci orang yang membuat keputusan.Kalau ada masa yang lebih,kemudian cari maklumat tentang kebaikan dengan keburukan.

Pernahkah kita terfikir,sebelum buat sesuatu kita akan fikirkan kesannya?

Lagi satu fikirkan,ada ibubapa tak nak makan ubat sebab elak kesan buruk pada badan tapi anak disumbat ubat itu ini.

Selain status halal atau haram,fikirkan bahan dalam vaksin.Sakit datang dari Allah bukannya datang dari badan yang tak vaksin.Doktor bukan pencipta vaksin.

Matlamat tidak menghalalkan cara.Ini contoh - Bila dah tau benda tu haram atau memudaratkan tapi tetap nak makan.Tak apa,Allah tahu kita lapar.Boleh begitu?Kenapa nak makan benda haram atau memudaratkan tu - sebab ia keperluan badan.Ok,jangan buat lawak..Ada banyak lagi ciptaan Allah untuk digunakan.Janganlah sampai sanggup belakangkan status halal haram sebab nak sokong vaksin.Percaya sangat dengan vaksin sampai lupa segalanya datang dari Allah.

Ada satu pernyataan - Anak tak divaksin jangan pergi hospital atau klinik kalau sakit.Kalau nak bersalin jangan pergi hospital atau klinik.Sila bersalin di rumah.Rupanya,ada juga yang lupa apa fungsi pusat kesihatan.Nak tanya juga,kalau anak sakit sebab kesan vaksin nak pergi mana?

 Lagi satu pernyataan - Jangan percaya dengan sumber internet.Disebabkan maklumat internet,pemikiran jadi terpesong.Jadi percaya dengan maklumat palsu.Doktor saja yang betul.Ok,kalau begitu jangan ambil maklumat di internet kemudian tampal di facebook.Itu semua tipu. o_O


Sekali lagi saya tegaskan,saya hormat dengan keputusan anda tapi jangan beri komen yang kurang bijak.Jangan provok pergaduhan.
Bila tahu ada yang tak vaksin anak,diamkan sahaja.Kalau nak tahu lebih lanjut sebabya,tanyakan saja.Jangan pertikaikan di sebalik tabir.Kalau tak sependapat,hujah dengan cara betul.

Begitu juga yang vaksinkan anak,saya terima pendapat mereka.Setiap ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak cuma kadang-kadang cara sahaja yang berbeza.

Kita ada hak memilih.Pilih dengan tepat kemudian tawakal kepada Allah.




No comments: