Salam Semua..
Wahhh..dah lama tak bersiaran di sini.Hujung tahun ni sangat sibuk nak siapkan kerja apa yang patut.
Hari-hari balik lewat.Suami pun sama.
Kesian anak tak cukup kasih sayang.sobssss..
Minggu lepas rombongan Cik Kiah pergi Bagan Datoh Perak.Anak saudara sebelah suami kahwin.
Balik ahad tu anak beranak cirit birit dan muntah-muntah.
Kesian Sofea.Saya muntah-muntah je.Papa Sofea cirit birit.
Entah apa punca.
Orang lain yang makan nasi kenduri elok je.Sofea lagi la, bukan ada makan nasi pun.Bawa bubur dari rumah.Agaknya makanan dia dah tercemar sepanjang perjalanan dari Klang ke Perak.Kejam mama..hukhukhuk..
Bekalan Sofea masa tu semua puree frozen kecuali bubur sebab baru masak.simpan dalam bekas biasa.bukan dalam termos atau apa.Sampai homestay terus panaskan semua.
Agaknya kena simpan dalam bekas yang tahan haba barulah tak tercemar.
Pengajaran untuk saya kali ni.
Tapi kitaorang keracunan makanan sebab apa pula? O.o
Oh ya, 20hb tu Sofea check up untuk 9 bulan.
Berat : 7.6kkg
Tinggi : 73cm
Perkembangan sekarang ni dah pandai turun naik dari katil dan sofa dengan jayanya.
Dah pandai sebut nenennen..mamamam..dadada..taktatak.
geleng kepala kalau tak nak.
Alhamdulillah.
Sekarang ni macik sebelah suami jaga Sofea di rumah sementara tunggu flight ke Sabah awal Januari nanti.Ikutkan hati nak hantar ke BS sebab takut menyusahkan dorang tapi macik sendiri offer nak jaga.Takut nanti bosan duduk dalam rumah.Saya ok je janji jangan suap Sofea bukan-bukan.ngeee~
27 December 2012
Kembali Bersiaran
13 December 2012
Alhamdulillah
Alhamdulillah..
Bersyukur di atas limpahan kurniaNya.
Ternyata solat dhuha adalah kunci untuk murah rezeki.
Selitan doa selepas solat agar dijadikan hamba yang bersyukur juga dimakbulkan.
Hati tenang dan sentiasa merasa cukup.
Bersyukur juga disaat diuji saya tidak dibiarkan sendirian.
07 December 2012
Resepi Ayam Panggang Rosemary
Resepi ini saya copy dari blog orang lain tapi maaf sangat-sangat sebab tak ingat link dia.Kepada empunya resepi,saya minta izin ye.Harap dihalalkan :)
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - guna peha ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering - guna yg debu
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam
Sebelum Dibakar.Saya guna pemanggang ajaib.Malas nak pakai oven.
Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian
dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia
pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga
kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian
masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam
lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang
putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah
yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa
rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam
bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan.
Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam
tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar
dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.-
bakar sampai masak guna api atas bawah...
Siap!!
Resepi Bubur Salmon Butter Campur Brokoli
Jom masak lagi!!!
Resepi ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas sebab ada bahan unsalted butter.Untuk 8 bulan ke bawah pun boleh tapi tukarkan butter dengan minyak zaitun :)
Bahan-bahan :
- 4 sudu isi ikan salmon yang telah di grill/bakar
- unsalted butter ( saya pakai jenama Achor)
Sofea sangat suka bubur ni..Tak sempat ambil gambar sebab dia mengamuk kalau berhenti suap.Licin!!!!
Mama pun suka.erkk??

- brokoli
- segenggam beras (beras basmathi lagi elok)
- 1 sudu teh minyak zaitun
- air secukupnya
Cara-cara:
- Tumis isi ikan salmon menggunakan unsalted butter.
- Bila bau dah naik,masukkan air serta beras.
- Apabila bubur hampir masak, campurkan brokoli dan minyak zaitun.
- Tunggu sehingga 5 minit kemudian tutup api.
~ saya kisar sayur brokoli dahulu kemudian baru campurkan bubur.
Sofea sangat suka bubur ni..Tak sempat ambil gambar sebab dia mengamuk kalau berhenti suap.Licin!!!!
Mama pun suka.erkk??
Kudapan Atau Snek Untuk Anak - 8 Bulan Ke Atas
Resepi ini senang nak buat.Anak pun senang nak kunyah dan boleh pegang sendiri.Boleh juga diberi pada anak yang belum tumbuh gigi.Macam Sofea la tu.InsyaAllah anak tak tercekik. :)
Jom kongsi resepi ni :)
Bahan-bahan :
Roti gardenia (plain/wheatmeal)
Unsalted butter
Acuan roti
Cara- cara :
Sapu rata unsalted butter ke atas roti.
Tekap acuan ke atas roti.
Bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 20 minit.
*Bakar atas kuali pun boleh :)
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Hasilnya :
Sofea makan 3 keping snek pagi tu.
Anak suka, mama percaya.Ewahhh....
06 December 2012
Kenapa Perlu Makan Malam Terakhir Pada 7 PM
Kenapa dan Mengapa ??
Kita makan dan aktif pada siang hari. Pada waktu malam badan kita tidak aktif dan semasa tidur kita menggunakan makanan yang kita makan pada siang hari untuk membersihkan, mengekalkan dan membaiki badan kita. Setelah meningkat pada waktu pagi, kita menghapuskan lebihan fizikal dan bertenaga berkumpul pada waktu malam melalui rutin pagi seperti regangan, membasuh, membuang air kecil dan pergerakan usus, dan lain-lain.
Sistem penghadaman kita tidak on-call 24 jam sehari seperti yang kita inginkan. Ia hanya bersedia untuk menerima khasiat pada masa-masa tertentu.Apabila kita makan pada waktu makan biasa pencernaan kita adalah cepat dan cekap. Sebagai contoh, jika anda mula makan malam anda pada 5 petang anda mencerna makanan anda dengan cepat. Hidangan yang sama mengambil sedikit lebih lama untuk dihadam jika dimakan pada 6 atau 7 petang. Jika kita mula makan malam di 8 atau 9 pm ia mengambil masa lebih lama untuk dihadam. Apabila kita makan di antara waktu makan seperti dalam brunch (sarapan + makan tengahari), ia mempunyai kesan yang bertentangan dan sebenarnya stagnates penghadaman.
Apabila kita bangun awal dan mempunyai sarapan mudah kita sudah bersedia untuk menjadi aktif. Konsep ini mungkin lebih masuk akal apabila kita melihat dari perspektif tidur. Jika anda tidur selama enam jam dari tengah malam hingga 6 pagi, anda boleh mendapat tenaga walaupun anda mungkin mahu tidur lebih sedikit. Walau bagaimanapun, jika anda tidur enam jam 03:00-9:00 anda tidak mendapat tenang dan ingin tidur semula. Anda bangun rasa penat dan tidak berasa bermotivasi untuk berkerja. Masa tidur anda menentukan kualiti tidur anda dengan cara yang sama kali anda memulakan makanan anda menentukan bagaimana anda mencerna dan berasa berpuas hati daripada makanan anda.
Gula dalam darah kita mengikut pergerakan matahari. Selepas tengah hari, gula dalam darah mula beransur-ansur turun supaya kita boleh meneruskan aktiviti di sebelah petang dan tidur sebelum tengah malam. Selepas tengah malam gula dalam darah kita meningkat secara beransur-ansur supaya kita boleh mendapatkan tenaga dengan cepat dan mudah pada awal pagi.
Makan makanan pada masa yang betul membantu untuk mengawal dan menstabilkan gula darah kita. Makan tengahari faktor kawalan. Ia adalah penting untuk memulakan makanan anda pada tengah hari tidak lewat dari 1 petang untuk menstabilkan gula darah anda.
Apabila kita makan makanan berasaskan bijirin, kacang dan sayur-sayuran pada masa yang disyorkan, kita tidak mahu makan sebelum tidur atau pada waktu malam apabila kita perlu tidur. Apabila kita makan dua atau tiga hidangan memuaskan pada masa yang sesuai kita tiada keinginan untuk makan selepas makan malam kerana makan lewat malam ini membuatkan kita berasa lebih teruk dan tidak baik. Apabila kita makan makanan yang tidak sihat pada masa yang salah gula dalam darah kita gagal mengawal keseimbangan semulajadi. Jika gula dalam darah kita terlalu rendah atau terlalu tinggi, kita tidak boleh tidur dengan mudah. Jika gula dalam darah kita adalah terlalu rendah apabila kita tidur, kita perlu bangun dan makan untuk menaikkan gula dalam darah kita cukup untuk tidur.

Ikan VS Merkuri
Sebagai info kita bersama, bukan semua jenis ikan kita boleh makan setiap hari atas sebab kandungan merkuri dalam ikan.
Ikan bersaiz kecil seperti salmon,bilis,sardin boleh makan setiap hari sebab memakan ikan yg lebih kecil seperti anak ikan.
Macam tu bila kita bagi anak makan ikan,nak bagi makan tuna boleh tapi seminggu sekali dah cukup.
Korang pandai-pandailah faham gambar kat bawah ni.Tiba-tiba tak ada idea nak membebel.Info ni saya ambil di grup pemakanan untuk kanak-kanak :)
p/s : ada ke yang makan jerung setiap bulan?

04 December 2012
Konflik Dalaman
'Yang baik tak semestinya akan baik selamanya.
Yang jahat tak semestinya tak berubah menjadi baik'.
Sekali lagi saya berperang dengan pengasuh Sofea.
Bukan berperang secara terang-terangan tapi berperang emosi.
Makan hati.
Konflik dalaman.
Rasa nak berhenti kerja.
Berhenti kerja adalah pilihan yang terbaik tapi kalau diukur dari segi kemampuan?
Sampai bila-bila pun kemampuan takkan pernah cukup kalau kehendak melebihi keperluan.
Apa lagi kalau tinggal di tengah bandar ni.
Nak harapkan pengasuh, pula banyak pula hal.
Nak harapkan bibik,huishh, tak berani ambil risiko.
Bukan tak pernah dengar pasal pengasuh dera anak,bibik dera anak.bawa anak lari.uwaaaa...
Apa yang mampu sekarang ni,TAWAKAL.
Memang banyak hal yang tak boleh kawal bila kita hantar anak ke rumah pengasuh.
Pesanlah banyak mana,itu ini tak boleh tapi belakang kita dorang tetap bolehkan.
Kak,jangan tambah garam dalam bubur Sofea.
>>> Akak tambah sikit je,dia tak nak makan kalau tawar.
Kak,jangan bagi makanan orang dewasa kat Sofea.
>>> Akak kesian tengok dia merengek sampai nak capai kat tangan kita.
Kak,aritu Sofea termuntah,dalam muntah tu ada plastik!!!
>>> Akak dah korek mulut dia,ingatkan dia tak tertelan.Sofea ni sekarang semua benda nak kutip lepas tu masuk dalam mulut.
Akak dah ada 5 orang anak.Takkan akak tak tau apa yang patut dan tak patut untuk Sofea makan.Dulu akak bagi anak makan macam ni juga ke?
Banyak lagi benda lain boleh tambah dalam makanan Sofea sebagai penambah perisa.Akak ingat perut Sofea macam perut kita ke?
Akak ingat Sofea tu tertelan nasi ke bila saya cakap Sofea termuntah plastik?Kejadian tu BERULANG lagi semalam.Tertelan PLASTIK juga.
Oh akak,ini amaran terakhir.Kalau berulang lagi,see you in court.huh!!!!
Petang nanti bersiap sedia untuk ceramah percuma.
Bye.

Subscribe to:
Posts (Atom)