04 December 2012

Konflik Dalaman

'Yang baik tak semestinya akan baik selamanya.
Yang jahat tak semestinya tak berubah menjadi baik'.

Sekali lagi saya berperang dengan pengasuh Sofea.
Bukan berperang secara terang-terangan tapi berperang emosi.
Makan hati.
Konflik dalaman.
Rasa nak berhenti kerja.

Berhenti kerja adalah pilihan yang terbaik tapi kalau diukur dari segi kemampuan?
Sampai bila-bila pun kemampuan takkan pernah cukup kalau kehendak melebihi keperluan.
Apa lagi kalau tinggal di tengah bandar ni.
Nak harapkan pengasuh, pula banyak pula hal.
Nak harapkan bibik,huishh, tak berani ambil risiko.
Bukan tak pernah dengar pasal pengasuh dera anak,bibik dera anak.bawa anak lari.uwaaaa...
Apa yang mampu sekarang ni,TAWAKAL.

Memang banyak hal yang tak boleh kawal bila kita hantar anak ke rumah pengasuh.
Pesanlah banyak mana,itu ini tak boleh tapi belakang kita dorang tetap bolehkan.
Kak,jangan tambah garam dalam bubur Sofea.
>>> Akak tambah sikit je,dia tak nak makan kalau tawar.
Kak,jangan bagi makanan orang dewasa kat Sofea.
>>> Akak kesian tengok dia merengek sampai nak capai kat tangan kita.
Kak,aritu Sofea termuntah,dalam muntah tu ada plastik!!!
>>> Akak dah korek mulut dia,ingatkan dia tak tertelan.Sofea ni sekarang semua benda nak kutip lepas tu masuk dalam mulut.

Akak dah ada 5 orang anak.Takkan akak tak tau apa yang patut dan tak patut untuk Sofea makan.Dulu akak bagi anak makan macam ni juga ke?
Banyak lagi benda lain boleh tambah dalam makanan Sofea sebagai penambah perisa.Akak ingat perut Sofea macam perut kita ke?
Akak ingat Sofea tu tertelan nasi ke bila saya cakap Sofea termuntah plastik?Kejadian tu BERULANG lagi semalam.Tertelan PLASTIK juga.
Oh akak,ini amaran terakhir.Kalau berulang lagi,see you in court.huh!!!!
Petang nanti bersiap sedia untuk ceramah percuma.
Bye.





2 comments:

Aty_Fared said...

Oohh pengasuh....cuber lah buat kerja betul2.. supaye berkat duit yg diterime..haaiihh..

Nur Zulya said...

kann aty.klu iye pn nk jga mcm anak sdiri tapi fikirlah jg yg Sofea tu anak org lain.sebak je tgk ank muntah smlm.anak branak ngis sama2.