Saya akui memang kurang pengetahuan tentang keperluan khasiat untuk bayi.Apa makanan yang patut dan tak patut.Saya berfikir syarikat yang menghasilkan produk makanan bayi memikirkan tentang kesihatan bayi tapi sebenarnya mereka mementingkan keuntungan sahaja.
Bukan tidak berkhasiat sebenarnya tetapi kuantiti amat sedikit dan tidak cukup untuk bayi.Selain tu,ada pula tambahan bahan pengawet,gula dan garam.Tidak selamat untuk sistem pencernaan anak.Sanggupkah kita nak bagi makanan macam tu untuk anak kita?
Saya rasa kejam bila kita hidangkan makanan yang ditambah garam dan gula ketika anak belum mencapai umur 2 tahun.Lagi kejam bila kita nak senang dan cepat,kita suapkan anak dengan readyfood.Bagaimana ginjal dan buah pinggang anak nak bekerja untuk makanan yang tak sepatutnya? Tak dapat saya bayangkan.
Saya minta maaf kalau ayat saya ini menyinggung perasaan mommies lain tapi ini adalah pendapat saya.Saya tak nak sebab nak senang sekarang saya akan susah nanti.Saya juga tak nak anak sakit disebabkan kelalaian saya.
Tidak semestinya kita menjadi pakar pemakanan jadi harus menjaga pemakanan anak kita.Ilmu luas,dunia dah canggih.Kita buatlah mana yang termampu untuk kebaikan anak.
Kali ini saya nak kongsi tentang perlunya merendam beras sebelum dimasak untuk anak-anak kita.Kaedah ini juga elok kita amalkan untuk pemakanan harian kita juga :)
Kenapa kita perlu merendam beras?
Untuk menghilangkan/mengurangkan asid phytic dalam beras.
Penapaian mengasidkan medium perendaman, yang mengaktifkan phytase (enzim merendahkan asid phytic) sudah ada dalam beras; dan ia juga menanam mikroorganisma yang menghasilkan phytase mereka sendiri.
Beras perang tidak mengandungi phytase yang banyak. Anda mungkin boleh menggunakan cecair yang sama untuk rendamkan bijian lain, kacang dan kekacang.
Apabila kita makan makanan mengandungi phytates, sebenarnya mineral yang kita fikir kita dapat daripada makanan itu tidak akan berlaku kerana ia tidak bio-tersedia.
Mineral tersebut terus keluar daripada sistem pencernaan kita. Dengan makan terlalu banyak asid phytic boleh menyebabkan kekurangan mineral dan mengalami kepadatan tulang yang lemah.
Apa itu asid phytic,sila klik disini
Cara-cara merendam
Beras perang
- Rendam beras perang dalam air nyahklorin selama 24 jam pada suhu bilik tanpa mengubah air. Rizabkan (simpan) 10% cecair perendaman tadi (perlu menyimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama).
- Buang sisa cecair perendaman; masak beras dalam air segar.
- Pada kali berikutnya anda rendam beras perang, gunakan prosedur yang sama seperti di atas, tetapi menambah cecair perendam yang anda telah rizabkan dari kumpulan terakhir ke seluruh air rendaman.
- Mengulangi kitaran. Proses beransur-ansur akan meningkatkan sehingga 96% atau lebih asid phytic dinyahkan pada 24 jam.
Beras putih
Rendamkan beras sedikit sebelum dimasak dan masak terus dengan air rendaman tersebut. Beras putih yang lebih elok dimakan adalah beras basthmati sebenarnya.
*air nyahklorin = air filter atau air yang dimasak.
Sumber info : rendambijirin