17 May 2012

Indahnya Masa Berpantang

11 Mac 2012 dh start berpantang..
makanan kat hospital buat-buat tak pandang.
tengok lauk ayam msk kurma,sayur sawi dan buah tembikai.
tetap sabar tunggu hubby bawa bubur nasi dari rumah.
tengok kat depan katil tu kemain selera lagi makan nasi dengan ikan bilis goreng campur lada hitam.
lauk semua dia tibai.ok,sedap sangat la tu.
luka czer dah start rasa sakit.
susahnya nak bangun dari katil.
susu badan pun tak ada lagi.
kesian Sofea kena minum susu formula.
lepas kenyang,tito balik.
nangis bila lapar.
senangnya jadi budak kecik.

seminggu makan bubur kosong.
MIL tak suruh makan ikan bilis nanti luka czer gatal.
ok,terima jela.
makan bubur ni senang nak membuang teett.
pagi-pagi minum horlicks panas dengan biskut wholemeal.
susu badan jadi banyak lepas minum horlicks.
lepas tu minum pati haruan+gamat.
masa ni semangat lagi nak pantang.
terpaksa telan sebab nak sembuhkan luka dalaman.
dah habis 12 botol, sy stop.
tak larat dah nak paksa diri.

ambil jamu bersalin HPA dan phytonatal Nona Roguy.
thumbs up untuk phytonatal. memang senang nak lawas.berat badan pun cepat turun.
rahim cepat kecut.
dalam sebulan, berat badan kurang 12kg.

kapsul A dan B HPA memang panas.malam-malam mandi peluh.
tapi saya tak habiskan pun.
tanpa disangka-sangka boleh terjumpa seorang hamba Allah ni dalam PIICM.
banyak info dari dia.
sungguh baik hati sebab dia sanggup belikan pil pati haruan Leesa Formula.
senang je,ngap trus telan.
tak payah nak hidu bau hanyir ikan haruan.
thanks mama Rin!!
mesti dia tersengih bila baca post ni :)

lepas 2 minggu berpantang, mulut ni dah start nak makan itu ini.
MIL pesan jangan makan ayam lagi.
adoi..
masa ni pula iklan tv keluar kepsi,mekdi,kenny rogers.
dugaann...

Hakikatnya, tak pantang sepenuhnya pun.
makan ikut suka hati.
ais memang tak sentuh lagi.
stokin pun tak pakai.cari pasal pakai stokin time panas-panas.siang malam bahang.
bengkung hari ke 17 baru berani pakai.
tu pun sehari pakai 4 jam.
macam mana nak slim?

jadi apa yang indahnya??
masa ni kita jadi permaisuri.
terbaring kat sofa sambil layan facebook.
kerja membasuh semua hubby yang buat.
nak makan, hubby yang hidangkan.
bertuahlah nak jalan ke dapur.
laju lagi semut berjalan.
MIL jadi tukang masak.
sy take over Sofea masa nak menyusukan je.

malangnya, sy tak berurut pun.
tukang urut yang sy booking tu tiba-tiba cakap dah penuh.bulan Sept baru ada kosong.
perghh..mana dah yang sy booking sebelum bersalin tu?
tak apa, nanti berurut puas-puas di Sabah.

next nanti, nak pantang betul-betul.
ewahhhh..
nak buat eksperimen boleh kurus macam mana.
sihat macam mana..

tapi sy dah set dalam minda, kita pantang macam mana pun, jaga makan minum mtapi kalau Allah nak bagi dugaan,bagi kita sakit memang akan terjadi juga.
jadi jangan seksa diri ok.



2 comments:

♥ MiMi ShAliZa ♥ said...

indahnya masa berpantang...:)

Nur Zulya said...

sgt indah!!hahaha..smgt ja lbih tp sbnrnyaaaa...huhuhuhu