18 May 2012

Kunyit Oh Kunyit !!

apa khasiat kunyit hidup?
  • membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut.
  • disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.
  • sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan.
  • membantu masalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.
  • Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
  • bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
  • masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.
  • Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
  • Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.
  • Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.
patutlah masa berpantang, MIL setiap hari lumatkan kunyit hidup campur buah manjakani untuk sy minum.
rasa memang totally out..memang tak sedap.
sekali telan,gigi dan bibir mesti kuning.
rasa pahit dan kelat.
kadang-kadang MIL tak nampak, sy terpaksa buang separuh sebab terlalu sedap.. :)


2 comments:

Unknown said...

patut la...

Home4health said...

ptut la kena telan kunyit cap babas..ko xnk try ke?