27 May 2012

she laughs!!!

my pretty darling is now 2 months,2 weeks and 2 days..
we love u so much!!!

18 May 2012

Kunyit Oh Kunyit !!

apa khasiat kunyit hidup?
  • membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut.
  • disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.
  • sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan.
  • membantu masalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.
  • Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
  • bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
  • masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.
  • Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
  • Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.
  • Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.
patutlah masa berpantang, MIL setiap hari lumatkan kunyit hidup campur buah manjakani untuk sy minum.
rasa memang totally out..memang tak sedap.
sekali telan,gigi dan bibir mesti kuning.
rasa pahit dan kelat.
kadang-kadang MIL tak nampak, sy terpaksa buang separuh sebab terlalu sedap.. :)


17 May 2012

Sofea's 2nd day..


pagi -pagi bangun, tengok Sofea dah celik.
terkelip-kelip mata dia.
kenyang lagi.
alololo..comelnya.
apa lagi, mama terus capai fon ambil gambar.
cannot missed that moment!!



Indahnya Masa Berpantang

11 Mac 2012 dh start berpantang..
makanan kat hospital buat-buat tak pandang.
tengok lauk ayam msk kurma,sayur sawi dan buah tembikai.
tetap sabar tunggu hubby bawa bubur nasi dari rumah.
tengok kat depan katil tu kemain selera lagi makan nasi dengan ikan bilis goreng campur lada hitam.
lauk semua dia tibai.ok,sedap sangat la tu.
luka czer dah start rasa sakit.
susahnya nak bangun dari katil.
susu badan pun tak ada lagi.
kesian Sofea kena minum susu formula.
lepas kenyang,tito balik.
nangis bila lapar.
senangnya jadi budak kecik.

seminggu makan bubur kosong.
MIL tak suruh makan ikan bilis nanti luka czer gatal.
ok,terima jela.
makan bubur ni senang nak membuang teett.
pagi-pagi minum horlicks panas dengan biskut wholemeal.
susu badan jadi banyak lepas minum horlicks.
lepas tu minum pati haruan+gamat.
masa ni semangat lagi nak pantang.
terpaksa telan sebab nak sembuhkan luka dalaman.
dah habis 12 botol, sy stop.
tak larat dah nak paksa diri.

ambil jamu bersalin HPA dan phytonatal Nona Roguy.
thumbs up untuk phytonatal. memang senang nak lawas.berat badan pun cepat turun.
rahim cepat kecut.
dalam sebulan, berat badan kurang 12kg.

kapsul A dan B HPA memang panas.malam-malam mandi peluh.
tapi saya tak habiskan pun.
tanpa disangka-sangka boleh terjumpa seorang hamba Allah ni dalam PIICM.
banyak info dari dia.
sungguh baik hati sebab dia sanggup belikan pil pati haruan Leesa Formula.
senang je,ngap trus telan.
tak payah nak hidu bau hanyir ikan haruan.
thanks mama Rin!!
mesti dia tersengih bila baca post ni :)

lepas 2 minggu berpantang, mulut ni dah start nak makan itu ini.
MIL pesan jangan makan ayam lagi.
adoi..
masa ni pula iklan tv keluar kepsi,mekdi,kenny rogers.
dugaann...

Hakikatnya, tak pantang sepenuhnya pun.
makan ikut suka hati.
ais memang tak sentuh lagi.
stokin pun tak pakai.cari pasal pakai stokin time panas-panas.siang malam bahang.
bengkung hari ke 17 baru berani pakai.
tu pun sehari pakai 4 jam.
macam mana nak slim?

jadi apa yang indahnya??
masa ni kita jadi permaisuri.
terbaring kat sofa sambil layan facebook.
kerja membasuh semua hubby yang buat.
nak makan, hubby yang hidangkan.
bertuahlah nak jalan ke dapur.
laju lagi semut berjalan.
MIL jadi tukang masak.
sy take over Sofea masa nak menyusukan je.

malangnya, sy tak berurut pun.
tukang urut yang sy booking tu tiba-tiba cakap dah penuh.bulan Sept baru ada kosong.
perghh..mana dah yang sy booking sebelum bersalin tu?
tak apa, nanti berurut puas-puas di Sabah.

next nanti, nak pantang betul-betul.
ewahhhh..
nak buat eksperimen boleh kurus macam mana.
sihat macam mana..

tapi sy dah set dalam minda, kita pantang macam mana pun, jaga makan minum mtapi kalau Allah nak bagi dugaan,bagi kita sakit memang akan terjadi juga.
jadi jangan seksa diri ok.



16 May 2012

Her first day!!



dob : 11 Mac 2012 @ 5.09 am
weight : 3.5kg

Pengalaman itu...

9 Mac 2012 :

dah due ni apsal baby tak nak keluar lagi?
kaki dah bengkak sangat-sangat.
12 pm p toilet, perasan ada lendir macam jeli keluar .
terus tersenyum sebab tanda-tanda nak bersalin dah ada.
bagi tau MIL, dia cakap dah boleh p hospital.
call hubby, suh balik rumah.
Sementara tunggu hubby sampi , sempat lagi main game di facebook.
MIL pula dah sibuk rendam akar bunga Fatimah pastu suruh minum air rendaman.
euwww,,boleh tahan juga busuk air tu.

sampai kat HTAR Klang, doktor cek bukaan rahim.baru 2 cm.
masuk wad sebab dah due.
malam sampai esoknya asik kena seluk setiap dua jam.sakit tau!!
nurse cek nadi dgn jantung baby.
bosannya menunggu..
tapi berdebar-debar bila tengok ibu-ibu dlm wad kena bawa p LR.

10 Mac 2012.

Doktor cek lagi. masih lagi 2 cm.
adess,dah overdue ni.
MIL bagi lagi minum air rendaman tu, suruh sapu kat perut sambil selawat Nabi 3x.
2 pm :
dah start sakit pinggang, perut mengeras setiap 15 minit.
makan tak ada selera.
tak boleh baring terlentang, kena mengiring baru selesa sikit.
paksa mata untuk tido tapi tak dapat juga.sakit sekejap datang, sekejap hilang.
dup dap dup dap..
8 pm :
doktor cek bukaan rahim lagi, dah 4 cm.
pecahkan ketuban, nurse buat CTG untuk monitor jantung baby.
masa ni boleh sms hubby lg..main2 fb.
9.30 pm :
aduhhhh.. dah start sakit setiap 5 minit.
nurse keluarkan air kencing pakai tiub.rasa tak selesa.nak lari p toilet.
nurse cek, masih lagi 4 cm.
11 pm :
sakit tak henti2..dah pegang kuat-kuat besi katil.
tangan nurse pun kena rentap.
nurse injek painkiller tapi rasa sakit tak hilang atau kurang pun.
rasa nak tertidur tapi rasa sakit lagi kuat.
baring tak selesa, mengiring tak selesa, duduk pun tak selesa.
badan dah berpeluh-peluh.
cepat laaa..
sempat sms hubby minta maaf,minta halalkan makan minum.
doakan supaya selamat bersalin.
12 am :
nurse tolak katil masuk LR.
ingatkan dah nak bersalin.
doktor cek baru 6 cm.
rasa meneran dah ada.
sekali lagi injek painkiller.
masa tu tak ada rasa malu nak menjerit kesakitan.
tak pernah rasa sakit yang amat macam tu.hohohoho..
3 am:
doktor suruh sedut gas antox untuk kurangkan sakit.
nurse dah pesan time sakit je baru sedut tapi apa sy peduli.
sy sedut setiap masa sebab sakit tak henti-henti.
sakit setiap masa tu rasa berjam-jam nak hilang.
5 am:
bukaan baru 7 cm, heart beat baby dah lemah.
FETAL BRADYCARDIN.
doktor nak buat emergency ceaser.
masa tu sy tak tau apa pun.
ingatkan nak kena sorong p mana lagi.
nurse dah tukarkan baju warna putih.
tangan kiri kanan dah cucuk medula.
doktor minta sy sign dua surat untuk kebenaran dibedah dan pemindahan darah jika perlu.
sampai dalam bilik bedah, baju kena buka.
ada 5 orang dalam tu dan semuanya lelaki!!!
sy tak kisah dah janji sakit sy hilang..
sebelum sedut gas sempat lagi meneran atas katil tu.
lepas tu gelap...

11 Mac 2012
7 am:
nurse tolak katil keluar.
masa kat pintu tu nampak hubby.
lepas tu pengsan balik.
sampai wad,tengok baby kejap.
baby girl!!!
lega rasa dapat tengok baby.
sebelum tu kepala tgh fikir baby selamat ke tak sebab muka hubby nampak risau kat pintu OT.
pengsan lagi.
kuat sangat ubat bius tu.
sakit kat perut kena operate pun tak rasa lagi.

13 Mac 2012
Alhamdulillah, baby dah yak dan kencing.
tak ada jaundis.
lepas nurse buka plaster,cuci luka czer,spray alcohol, mama baru dan Sofea dah boleh balik!!!
cabaran naik tangga 3 tingkat bermula :)









mama getting bizi???

oh tersangat la bizi sejak ada intan payung ni..nanti kita story pengalaman masa bersalin ye.

Anugerah Allah : Sofea Nur Azalea