29 May 2011

misi gagal

aktiviti arini sepatutnya mencari kasut nikah tapi kaki ni da lenguh sesangat
hampir 20 buah kedai diterjah tapi satu pun tak berkenan
ada yang da berkenan tapi saiz pula tak ada
ada saiz tapi blink2 sangat
ada yang tak blink2 tapi leceh nak pakai
ada yang senang pakai tapi harga buat poket semput

misi kedua pula nak cari material untuk bunga pegang dan hias kat gubahan cincin
tapi ntah, semua munge2 kt kedai tak nampak cantik pun
hati masih terpaut munge kat Nilai 3 tu
jauh laaa
STRESS
argggh, ada 2 minggu lagi ni


28 May 2011

update dari makcik kantin

sok sek sok sek

macik kantin cerita yg my ex company baru  jual sebijik kapal ala ala star cruise tu..*ok,tipu
kapal tu layak buat tukun untuk anak anak ikan di dasar laut.kalau nak timbang kati pun ada la separuh besi yang di reject sebab terlampau la berkarat
tukun tak tukun pun dapat la hasil berbelas juta sepanjang riwayat kapal Gagah yang tak seberapa gagahnya
hasil jualan pun dapat berbelas juta juga.

persoalannya....
bila la my ex company tu nak bayar EPF kami ni
enam bulan tertunggak tau
lagi sadis bila tengok pay slip ada potongan epf tapi kat statement KWSP, nan ado!!
bila ditanya suruh tunggu dan tunggu sampai la rambut ni nak beruban*ok,ini pun tipu jgk

tambah makcik kantin lagi, dorang akan bayar bulan Jun ni tapi tak tau la secara keseluruhan atau berjadual.
jangan la janji tinggal janji lagi.
da report kat KWSP pun macam tak berkesan sangat.
kali ni, makcik kantin da bertekad..kalau tak ada bayaran juga, kami semua akan beraya di jabatan sumber manusia.lepas tu berkelah di jabatan buruh.
korang jangan tak tau yang makcik kantin akan apdet cerita setiap masa
JANGAN AMIK HAK KAMI
 

sekian laporan dari pelanggan tetap makcik kantin

putih itu suci

sesuai ke kalau baju putih
hah!! kan da pecah rahsia ~agagagaa
ya, saya pilih kaler putih untuk bersanding nanti
tapi orang cakap baju putih akan meyerlahkan bentuk badan kita terutama sekali bahagian lengan
oh,lengan saya babab
takkkoootttnya nanti nampak gemuks biar pun hakikatnya YA
nak pilih kaler merah tapi MIL da reject awal2
kaler purple, biru dan hijau memang saya da tolak tepi
putih nampak elegan, kebetulan pula kat butik pengantin tu ada koleksi baju yg menjadi idaman kalbu
paling penting, beadings mesti meriah
lagi satu kain kena meleret panjang
ok saya terima untuk amik warna putih
peduli la apa orang cakap apa janji sendiri kena yakin
masa bersanding nanti mesti pastikan diri ini cun *erkk,,rasa nk muntah tak*

saya memang suka tengok gambar
harap korang tak meluat lagi bila tengok semua ni :)

design baju tu lebih kurang mcm ni

kain yg meleretttt

kek itu sedap!!

ada ke majlis potong kek nanti?
biasanya pengantin potong kek selepas sanding
da habis acara suap menyuap kek, baru lah pengantin berarak untuk makan beradap
ada juga yang buat mlm selepas sanding
sempat ke nak cari vendor kek ni

errrmm, korang nak kek yg macam mana?
  • sponge
  • fondant
  • buttercream 
  • cup cakes
nak perisa apa?
  • coklat
  • vanilla
  • pandan
nak berapa layer ?
  • satu
  • dua
  • tiga
  • lima
  • tujuh
nak warna apa?
  • putih
  • merah
  • coklat
  • pink
nak bentuk apa ?
  • bulat
  • empat segi
  • love shape
ok, sy amik keputusan nak kek fondant, perisa vanilla, tak payah la nak bertingkat2, warna haruslah merah+putih
design kek tu mesti mcm ni
 eh,bukan yg ni

yang ni baru betulll

selambak bunga kek ni

kejam la ai kek ni



lain dari yg lain


kek idaman tapi tak setanding dgn bajet
 CZ:susah susah sangat, nanti beli kek Secret Recipe laaa

Kenduri Doa Selamat

memandangkan tuan blog akan bernikah di Shah Alam, kami da rancang (walau pun bkn sy mastermindnya) nak buat doa selamat untuk rakan2 terdekat.
aisshh, tak mampu la nak buat majlis resepsi, cukup lah sekadar majlis kecik2 ~ bersederhana dlm segalanya.
sebelum ni plan nak buat selepas majlis sanding, kebetulan pula masa tu raya puasa.boleh la disekalikan dengan open house. 2 in 1 la kononnya.
tapi en.tunang beria2 nak buat lepas nikah ni, nak meraikan hari bahagiaaa kami dengan kawan2.
sambil2 tunggu en.tunang uruskan borang nikah, sy pun mula la mencari menu utk kenduri nanti
tak sabar nak berkumpul dengan kawan kawan.
  • Atur cara majlis
- tarikh akan diumumkan
- lepas Zohor, kawan kawan da mula datang

- baca yassin
- makan

- sembang sembang, borak borak

- bersurai :)
  • menu
 minuman

^ semestinya nasi putih ^

^ sambal ayam ^


^ acar sayur ^


^ nugget (harus Marina brand) ^

 ^ sup daging (menu ni spesel utk member yg baru bersalin) ^
^ laksam ^

  • dessert aka pencuci mulut
^ koktel buah (da tempah kat member ni) ^
^ brownies ( will do) ^

^ apam polkadot (da tempah ni) ^
ok, ok mesti korang da geram kan tengok makanan yg sedap sedap tu.
eksaited cari menu padahal bkn tuan blog yang masak pun, tukang masak made in Kuantan.
ok nak chauu dulu, LAPAR la pula


CZ:semoga dipermudahkan segala urusan .


 
 

27 May 2011

diumumkan bahawa......

secara rasminya saya adalah ahli nuffnang
hari ni baru ada kesempatan nak mendaftar
ingatkan susah, rupanya sangat senang
kalau tau macam ni, dari dulu lagi da buat :)
Alya oh Alya
kamu memang selalu tertinggal di belakang



CZ: tak sabar nak tengok iklang nuffnang di blog sendiri
  

26 May 2011

my official photographer

dengan ini diumumkan bahawa.....

Shoot the moment

dan

Og Photography

akan jadi photographer on my wedding.

napa ada dua?

shoot the moment akan shoot nikah moment di shah alam.
Og photography pula  ambil alih majlis di Sabah.

CZ: tak sabar nak tengok gambar sendiri .hehehe

kasut nikah

benda ni pun boleh buat pening kepala
hari tu da jumpa kasut idaman kat Vincci tapi saiz pula tak ada
ada ke patut saiz 8 ja ada
da pergi 3 cawangan Vincci tapi hampa
lepas tu, lupa sekejap
minggu ni harus mencari kasut
nak cari kasut yg simple dan selesa
paling penting, kasut tu boleh pakai selepas nikah..hehehe


jatuh cinta pndg pertama.. nak cari sebijik mcm ni
cantik tp leceh nk pakai
simple but nice

i like purple

reben yg cantik
boleh tahan jgk
oh!!!
like..like..
 


kalau nak cepat sampai, pakai la kasut ni
 
CZ: thank you Mr. Google, sangat eksaited nak serbu Sunway Pyramid

24 May 2011

Pengantin Bertudung

setiap kali B2B masuk butik pengantin mesti teruja bila tengok baju yang lawa2.
oh,sy juga telah mengalami perasaan itu.
lagi best bila kita berpeluang try baju. rasa nk sanding time tu juga.
korang pun sedia maklum bila nak pakai baju amik masa yg lama..nk pakai korset lagi,kain yg mcm ikan duyung.lagi la kalau baju tu dari material lace,kena hati2.nanti terkoyak pula.
tapi...kalau memang tak muat drumstick yg comel tu,lupakan jela.mana la kita tau kan sebelum ni pengantin yg comel,slim yg guna baju tu.
tapi ni bukan nak cerita pasal try baju.

korang pernah tak jumpa butik pengantin yang tak sediakan tudung?
Lagi sedih bila owner butik tu adalah melayu.
Masih ingat lagi bila pergi tengok pameran pengantin kat SACC, Shah Alam.
memang da tertarik sangat dengan butik ni, bg diskaun kaw2.
biar pun butik ni area KL, sanggup juga nak ulang alik untuk fitting baju.
tapi pelik, gambar yg dorang sediakan tak ada pula yg bertudung.
untuk kepastian, kita orang tanya dengan crew tu.
dengan selamba dia cakap, "kita org tak provide tudung"
oh, OK..terus membawa diri ke tempat lain.
bukan nak kecoh pun tapi bukan ke satu keja lg nak cari tudung yg matching dgn kaler baju.
lagi pun da ada butik lain yg provide tudung dengan harga sama.
time tu ja gatal nak pakai baju kawen dari butik terkenal.
kalau korang tau butik mana tu,sendiri ingat la ya.
paling penting, KITA KENA INGAT.
bila butik pengantin tak provide tudung, dalam masa yg sama dia menggalakkan pengantin utk tidak bertudung semasa bersanding.
tapi untuk pengantin  yg berniat untuk bertudung time kawen nanti, jgn lupa beli inner.
tau la kan stgh baju kat butik ada yg tak buat lining kt lengan.
jangan nanti kat gmbr muka da ayu bertudung tiba2 lengan pula nmpk.


CZ: respek dgn butik udaimatunnur..konsep muslimah :)

23 May 2011

mas kawen

oh, i tell u
pasal mas kawen ni mmg buat sy pening
angkat bendera putih awal2
nampak macam senang nak DIY tapi ni melibatkan duit
kalau silap sikit,duit boleh koyak
kalau koyak,sapa nak ganti
sapa..sapa..???
eh,emosi la pula
stress ni
tak sampai sebulan lagi tarikh nak nikah,menikahi dinikahi..arghhh,diam la
nanti nak minta tolong budak opis buat, dia pun da setuju tapi bersyarat ~kena buat sesama.
yela,yela..

jom preview gmbr dulu


berkenan yg ni tapi berapa byk nk pegang bunga nanti

cantik juga!!




CZ: tiba2 pula rasa nebes!!

bunga pegang is hand bonquet

oh bunga!!
mula2 buat survey dulu
da dapat design yg berkenan baru la  cari material
oh,sangat teruja
tak sabar nak DIY
mampu ke






terus jatuh cinta dgn kaler ni,fushia pink kot

dr mana pic ni ye,lupa la

lain dari yg lain, fresh lily (tks mr google)

sgt padan dgn wedding dress kaler putih
CZ: tak sabar nak pegang banyak2 munge :)

deco bilik pengantin

kawen kat mana2 pun, pasti tetamu nak tengok bilik pengantin..
cadar warna apa, tilam berapa inci tebalnya, fesyen langsir macam mana
tapi kan....b2b ni berkenan sangat dgn deco bilik mcm ni.
nmpk simple tapi menarik
tak ada la serabut sangat
nanti pengantin pula yg pening


boleh letak kt meja solek
terselit juga hiasan utk di pintu
mula2 nak buat mcm ni tapi byk material nak guna
terima kasih pada tuan gmbr,da lupa amik kt mana
CZ: material da beli,sekarang nak cari tailor

tahu tak?

Emas suasa haram untuk lelaki
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
   "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya 
samada emasnya sedikit atau banyak."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
    "Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."[dari sini]
Jadi kalau kita was-was samada sebab emas sikit ke ape ke..
Jangan la pakai sebab itu yang terbaik..

Jadi cincin apa yang boleh pakai ustaz? untuk kahwin contohnya
Pakai lah cincin perak (silver)..itu adalah sebaik-baiknya..
kerana itu adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

CZ:post ni di adaptasikan dr blogger ni, wedding - journal

21 May 2011

S.E.R.A.M


Moral of the story, careful where u decided to stay....

---------- Forwarded message ----------
From: Ferdauz







user posted image
user posted image
Ni ha gambar rumah hantu tu. Sewa sebulan cuma 50 hengget ajer kat seksyen 2. Renung2 kan dan selamat beramal. 
Kpd penulis asal citer nih...tima kasih la share citer ni..

Masa kt ITM dulu mmg kitorg tau psl umah ni berantu...sewa dia murah
jer, tapi kitorg x pernah nampak ada org sewa umah tu..
mmg lokasi dia betul2 dkt dgn wet world...kitorang selalu jln kaki dr
sect. 2 gi pkns lalu kat tp wetworld tu...tp xtau plak se'keras' tu
umah tu...

Rasanya smpai skrg pun xde org duduk kot..
_______________________________________________


TRUE STORY!!

Huhuhuhu seram gak citer dia nih.

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara
pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb
kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn
kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet
world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt
bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan
je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke,
pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya
byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free
la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk
katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt
tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas
brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk
tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first
kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut.
So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup].
Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye
tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt
sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah
bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu
sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi
org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket
[mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu
smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm.
Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk
sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape
lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun
xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs
Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2
ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk
blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah
kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute
dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh
selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what?
ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau
hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg
pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak
tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb
nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak
sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar
umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg
pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang
ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau.
Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak
restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua
xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau
trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n
kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk
pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn
ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor
kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu,
Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil
babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk
muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk
trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran
hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk
ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12
lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt
tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt
atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+
koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt
dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g
bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu
bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr
tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik
jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt
dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb
ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah!
Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya
memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak
kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp
c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya
xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru
betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg
lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb
takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu.
Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain.
Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde
ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak,
Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg
try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde
org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu
dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang
tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai
meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg
sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim
ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon
antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat
berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu
umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni,
memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu
aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu
dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn
umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah.
Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling
berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call,
katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya.
Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call
no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk
melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya
kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g
hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform
yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah,
takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital
klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg
kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius
parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something
else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni
x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air
mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni
da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole
brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah.
Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg
dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon
kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt
tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu
parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah
alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe.
Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan
sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg
jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali
org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik
salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik
keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu
blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2
naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk
muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50
jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn.
Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb
sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu
rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh
da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh
kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati
aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau
tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt
jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta
tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi.
Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus
xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne
dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln
bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia
jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili
dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin,
kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg
lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia
roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe,
kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt
abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn
ingat ko smp bebila...al- fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap
kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last
kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada
sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310

CZ:takut pun ada,sedih pun ada 

Allahuakbar

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.
Dinegara kita susah nak jumpa org solat di tempat2 terbuka...Nak cari masjid @ surau baru boleh solat...


CZ :share email ni dgn bUdAkkeChik!!! <cha_eira@yahoo.com>

20 May 2011

inai di jari

Terfikir pula nak pakai inai masa nikah nanti
Tapi.. apa motif pakai inai di jari ni
Semata mata nak cantik ke atau nak ikut adat atau da jadi trend
Apa apa pun nak cuba juga pakai inai
Seumur hidup tak pernah pakai inai lagi
Sangat excited!!!
Rasa rasanya nak pakai inai kaler merah atau jingga
Tak nak la kaler hitam, nanti nampak comot bila da pudar
Jom kita tengok !!!

jatuh cinta pndg pertama tgk corak ni



suka!!! simple

boleh difikir semula utk corak d jari kaki

wow!!

 nak juga macam ni

cantikkkk!!

ermmmm

berminat corak di tapak tangan tu

oh,tergoda!

 
huh,ada berani~





 *selain pic dari  dayu design, pic yg lain tu ambil kat sini Nisa Henna Artist

CZ: rambang mata sampai tak tahu nak pilih corak yang mana satu