11 September 2015

Viral Resepi Kek MILO 3 Minit - Bahayanya Di Situ

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Hari Jumaat yang indah tapi mendung akibat jerebu.
Jangan lupa jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar.
Minum air masak secukupnya.

Minggu ni rajin mak scroll FB. Macam-macam muncul dalam newsfeed.
Macam biasa, kalau benda sedap atau lawak cepat saja diviralkan di Facebook.
Mesti korang pun nampak kan resepi kek milo 3 minit yang dikatakan mudah dihidangkan untuk tetamu yang datang mengejut.
Niat tu memang dah elok nak hidangkan kek sedap untuk tetamu tapi cuba tengok bahan-bahan dan cara masaknya.
Antara yang menarik perhatian saya ialah :
 - MILO
 - MICROWAVE

Dua M ni membahayakan kesihatan dan penyumbang penyakit moden.
Jom luangkan sedikit masa untuk baca pasal dua benda ni.

MILO
- Serbuk minuman ini mengandungi maltodetxtrin iaitu gula ringkas yang dihasilkan dari sirap jagung (kebanyakan jagung sekarang adalah GMO).
- Maltodextrin tiada serat dan nutrien semulajadi, ia  terserap terus ke dalam darah. Kesannya, men-nyah nutrien dalam badan.
- Maltodextrin juga merosakkan tisu dalam badan dan menyumbang diabetis.

MICROWAVE
- Cara masakan yang berlawanan dengan fitrah. Biasanya,pemanasan bermula dari luar makanan kemudian ke dalam tapi microwave sebaliknya.Makanan menjadi toksik.

Sepuluh Sebab Ketuhar Gelombang Mikro (KGM) Mesti Dibuang


       Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

   1. Makan makanan yang melalui proses KGM menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia “memendekkan” utusan elektrik di 
       dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
   2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam KGM.
   3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
   4. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
   5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. 
       Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
   6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar 
       gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
   7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit 
       ini.
   8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
   9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan  
       serum darah.
  10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

SUMBER : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4846.0


Jadinya, sama-samalah kita berubah untuk menjaga kesihatan.
Ada banyak pilihan untuk menggantikan makanan atau cara masakan yang menudaratkan..
Biarlah lambat masak asalkan makanan yang dimakan membahagiakan :)

Selamat mengamalkan kesihatan.
Ingat, PERUT PUNCA PENYAKIT (pinjam tagline kak Kimi)

02 September 2015

Sofea - Bila Kacangnya Dalam Hidung

Assalamualaikum..

Anakanda yang sulung ni, 3 tahun 5 bulan, memang banyak akalnya. Ada saja idea nak buat.

Rabu lepas,siapa sangka dia boleh terfikir nak masukkan sebiji kacang menglembu dalam lubang hidungnya.
Habis satu rumah panik.
Kun fayakun.

Mula-mula dia mengadu sakit hidung sambil gosok-gosok hidungnya. Mak periksa luar dan dalam hidung tak nampak apa-apa luka atau benda yang pelik.
Sebelum makan malam, dia merengek lagi cakap sakit,kacang masuk hidung.
Ya Allah,cepat-cepat ambil lampu suluh dan tengok apa kat dalam hidungnya.
Memang sah dia masukkan kacang dalam hidungnya.
Bila tanya kenapa buat begitu, dia senyap ja.
Mak pun geram, cakap kat dia tunggu kacang tumbuh baru keluarkan dari hidung. Grrrrrrr...
Dah la malam,hospital pula jauh.

Selepas makan malam tu Sofea aktif macam biasa. Suara mula sengau sebab hidungnya tersumbat kacang. Pening kepala mak berfikir macam mana nak keluarkan kacang tu.

Papanya pula tiada di rumah. Dia cadangkn korek guna pengorek telinga besi tu. Masalahnya,benda tu tak wujud dalam rumah ni.
Nak korek guna jarum tak berani pula sebab takut anak tersedut atau terluka.

Malam tu dah rancang mesti pergi hospital esok paginya sebab takut hidung Sofea membengkak.
Tengah malam Sofea bangun nangis-nangis sebab tak selesa hidungnya tersumbat. Mak pujuk elok-elok,esok pagi baru kita keluarkn kacang tu.

Sebenarnya berat hati nak ke hospital. Kurang selesa dengan prosedur hospital. Bukannya tak sayang anak tapi masih ada cara lain.
Sepanjang malam tu gigih berfikir cara yang selamat untuk keluarkn kacang tu.

Esok pagi,sebelum Sofea bangun,mak pun jadilah doktor peribadi. Cari lampu suluh,gunting dan klip rambut. Buka langsir luas-luas supaya terang benderang.
Mula-mula gunting bulu hidungnya supaya lagi senang nak keluarkan kacang tu.

Dengan cara tangan kiri pegang klip rambut (mak kidal ok), tangan kanan pula pegang hidung Sofea dan lampu suluh kat mulut. Doktor tak cukup kakitangan :p

Perlahan-lahan masukkan bahagian klip rambut yang melengkung kemudian tarik kacang keluar.
Alhamdulillah, macam tak percaya bila nampak sebiji kacang dah berjaya keluar.

Sofea terbangun, mak cakap kacang dah keluar, lepas ni jangan masukkan apa-apa lagi dalam hidung.

Selepas snap bahan bukti, terus hantar ke pic dengan papanya, siap tunjuk dengan nenek Sofea lg.
Syukurlah nak, kita tak payah jumpa hospital kali ni.

#tips keluarkan objek kecil dalam hidung anak.