06 June 2011

Proses permohonan bernikah untuk mualaf

Sedikit skema tajuk post hari ni.

Ingatkan susah nak proses borang permohonan berkahwin ni. Senang la!!
Hanya perlukan kesabaran. Kesabaran untuk menunggu. Maklum la kat Shah Alam ni berapa banyak pasangan yang nak bernikah.

korang yang baru nak isi borang tu, isi lengkap2 ya. Kalau boleh, mohon la dalam masa 3 atau 2bulan. Jangan last minute nanti stress bertimbun2.
Sesiapa yang perlu isi borang pengesahan mastautin, jangan anggap benda ni susah.
Kalau la susah sangat nak jumpa ketua kampung, JKKK ,ketua perumahan atau kariah masjid…pergi la minta pengesahan dengan PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A.
Korang tau tak dorang tu siapa?
Senang nak cerita, pegawai gred D41 ke atas. Contohnya, pengetua sekolah, inspektor polis, tentera yang berpangkat .(lupa la pangkat apa)

Da siap isi semua, pastikan semak semula untuk lampiran yang patut ada.
Pastikan buat salinan :

  • IC bakal pengantin
  • IC dua orang saksi
  • Sijil kursus kahwin
Seeloknya masa nak hantar borang tu, datang la berpasangan. Pihak PAID akan bagi keutamaan untuk pengantin mualaf. Seronok sangattt..
Hari tu pergi JAIS sebab kita orang nak nikah di shah alam.
Satu lagi, korang jangan lupa bawa dua orang saksi.
Saksi ni akan dengar masa korang baca pengakuan dalam borang tu.
Lagi senang, JAIS benarkan kita guna saksi yang sama. Maksudnya, saksi untuk pihak lelaki boleh digunakan sebagai saksi pihak perempuan.
Pada hari yang sama, pihak JAIS keluarkan surat kebenaran berkahwin untuk lelaki.
Da keluar surat tu, PPN akan meluluskan permohonan untuk pihak perempuan.
Nasib baik la da isi siap2 borang tu.

PPN Ustaz Ariffin sangat sporting. Dia tak ada interview atau tanya apa2 pun yang macam korang selalu dengar tu. Apa yang penting, dokumen mesti lengkap. Bila dokumen da lengkap, PPN akan turunkan tandatangan dan cop.
Lepas tu buat dua set salinan borang dan dokumen kedua2 pasangan.
Untuk apa??
Ni semua nak hantar ke mahkamah rendah syariah.
Untuk pengantin yang memohon menggunakan wali hakim, anda wajip menghadiri perbicaraan di mahkamah rendah syariah.

Tau tak kat mana mahkamah rendah syariah tu?
Di Tingkat 3 ,UMNO SELANGOR (bersebelahan hotel blue wave)
Jangan tunggu lama2, sebab proses ni memerlukan 3 hari.
  • Hari pertama – ambil borang
  • Hari kedua – pendaftaran
  • Hari ketiga – perbicaraan
Jangan risau, pihak mahkamah akan percepatkan urusan permohonan wali hakim.
Sekarang ni, tuan blog tengah tunggu tarikh 7 Jun 2011 untuk hari perbicaraan.
Nebessssss….

17 comments:

Adziim said...

Sy mualaf jgak, ni blog bakal suami. Untuk saksi nikah nanti, ia Sama dgn saksi dalam 2C jgak ke? Confuse dgn saksi yg byk....

Home4health said...

As salam, maaf lmbt reply..smasa nikah,tak kisah saksi yg sma dlm 2C ATAU org lain. :)

Adziim said...

Terima kasih untuk info yang diberikan. Saya dan pasangan sedang berurusan di PAID Klang, saya tak pasti adakah ini memang cabaran atau pihak Paid Klang memang sengaja menyusahkan saya dan pasangan berikutan kami sudah beberapa kali naik turun jumpa pegawai dan itupun sekadar dilayan di kaunter sahaja.

Borang pemastautinan kami yang dicop pegawai Jaksa Pendamai tidak diterima, menyebabkan kami perlu mengisi kembali borang. Sabar je la.

Home4health said...

saya berurusan di shah alam.agak mudah di sana sbb sy memohon untuk bernikah d sna dan mgunakan alamt s.alam biar pun menetap d klang.sebelum isi borang,byk kali sy hubungi pegawai untuk kepastian apa yang sy tak fhm.

memang agak mencabar terutamanya berurusan dgn pihak mahkamah.

NuMuslimLady said...

Nak tanya: Saya mualaf baru dan ingin memohon bernikah secara wali hakim.

Kalau pihak lelaki dah dapat surat kebenaran nikah dari PAID, saya perlu ambil surat tu dan borang saya untuk memohon wali hakim di Mahkamah Syariah dulu, atau kena cop dan sign borang saya dulu dengan PPN?

Home4health said...

as slm NuMuslimLady,semua borang nikah kedua2 pihak yg lengkap,dah cop dengan PPN baru boleh memohon wali hakim di Mahkamah Syariah.Di sana,ada borang lagi yang perlu diisi :)

Unknown said...

Salam.. saya seorang muallaf dan Alhamdulillah, permohonan saya untuk kebenaran bernikah secara wali hakim telah pun diluluskan...dan saya ingin bertanya, berapa lamakah proses di jabatan agama selepas sahaja surat perintah yang akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah syariah?

Home4health said...

Wslm,maaf lambat reply.proses di jabatan agama tak sampai stgh hari.Semoga dipermudahkan.amin

PuRpLe WrAPpInG said...

Aslm.. kena mohon wali hakim sbb wali ghaib.. jdnyer klu masa perbicaraan nnt bw 2 saksi.. boleh ke kalau sy bw saksi ibu dan abg sy?

PuRpLe WrAPpInG said...

Borang kena ambik dr mahkamah je ke? X blh fotostate?

Unknown said...

assalamualaikum admin boleh saya tanya pendapat ? kalau perempuan menetap di johor tapi dia seorang muallaf ingin berkahwin macamana proses nya ye admin ?

Mina said...

Nak tnya,apakah prosedur utk yg baru nk masuk islam(lelaki) bagi peekahwinan..dan kalu xde wali perlukan mohon wali hakimm..ni perkahwinan kali ke2 bagi sy(perempuan)..harap dapat jelaskan..tkasih

Unknown said...

Nk tanye . Sye mualaf nk nikah . Tp sye pernah kawin dulu yg bkn islam tp blom cerai . Xde hubungan lg dgn dia 9 tahun . Xtau dia kt ner skg. Blh ka sye nikah skg.

Unknown said...

Saya mualaf juga yg akan bernikah, apa agaknya soalan yg akan dikemukakan dlm temuduga dgn mahkamah rendah syariah tu tuk pmohonan wali hakim?

Unknown said...

bagi mualaff nak kahwin, ic wajib tukar status ke islam atau sumit just guna kad islam

Unknown said...

Assalam, saya baru nak kahwin non muslim, apakah step pertama saya perlu lakukan? memualafkan pasangan ka cmana?

Anie73 said...

Nk tnya ,klau mykad belum siap boleh isi borang nikah kah??