29 June 2011

Perubahan Hormon???

korang pernah dengar tak perubahan hormon selepas berkahwin?
hal ni selalu terjadi kat perempuan dan saya la salah seorang dari mereka itu.
hadoi!! apakah yang berubah itu?
malas la nak merepek panjang lebar takut salah info pula.
sekarang ni da mulai perasan tau..asyik makan ja,makan itu makan ini..
ada ja terbayang makanan yang sedap.
lagi satu, haid tak menentu..malas nak cerita pasal haid ni.buat risau ja.
hari ini kos makan tengah hari da RM10.orang kaya betul la.
da order nasi ayam blackpepper, tengah mengunyah tu boleh pula terbayang mini Thai pizza kat Bakery King's.


nasi ayam kat fud court tesco
korang jgn cari pizza ni kat King's pula - pic ni amik kat google je



Lepas tu tekak ni nak merasa penangan ice blended cool blog pula.

tengok tu,saja nak menggoda kann..

chocolate blog with bubble/pearl..my faveret ni

ko ni makan ke apa? perut ni pakai muatan tong drum agaknya. asyik isi ja tapi tak penuh.
lepas nikah sampai sekarang tak pernah lagi timbang berat badan.takut wooo..ada juga tak muat baju sanding ni

Dulu dan Kini

da seminggu 4 hari bergelar isteri ni macam macam pengalaman baru.
awal pagi lagi da kena bangun, siapkan sarapan untuk hubby.*perkataan baru dlm blog ni.
kalau dulu, tiap hari mesti menghadap muka makcik yang jual nasi lemak .
sebelum mandi, kejutkan hubby dulu.uh, sungguh liat macam getah dia nak bangun tido.
lepas tu solat subuh sesama. berjemaah la dalam erti lain.
selepas tu, cepat cepat bersiap nak pergi kerja, masa is time!! jalan nak pergi kerja memang setiap hari jammed.
upppss,sebelum pergi keja mesti salam dan cium tangan dia.
habis waktu kerja, da start fikir malam ni nak masak apa? sebelum kawen, belasah makan kat pak li kopitiam, kedai tom yam ke atau kat food court tesco.
kalau dulu boleh la masak megi bila isi peti ais dalam keadaan darurat. sekarang ni, paling kurang pun 3 ekor ikan,beberapa ketul ayam dan seikat sayur.
setiap hari godak resepi kat internet tapi bila tengok masakan sendiri, simple sangat.hahaha..
tak ada maknanya nak buat chicken chop, lamb chop bagai..
sekarang ni kena basuh baju kena dua kali seminggu. dulu,sekali seminggu ja. bukan malas tapi nak jimat air dan letrik.*alasan ke
nasib baik la baju kerja ncik hubby tak payah gosok..mau ada yang pengsan depan iron board nanti.
da la baju sendiri pun dua minggu sekali baru merasa iron tu.
bukan malas tapi kurang rajin.
sekarang ni dalam proses nak ubah kedudukan barang kat ruang tamu tapi tak siap siap lagi sebab mood pengantin baru masih segar.hahahaha

CZ: yeaayyy, 6 hari lagi nak naik belon pergi Sabah

single to married

Best tajuk entri kali ni tapi sebenarnya tak ada idea nak ketuk apa kat keyboard ni.
hepi sangat2 sebab da dpt soft copy dr OP..pandai korang ya, bagi sikit ja kt facebook .huh..
Terjahhhh!!!


sapa ni ??


fokus bunga pegang tu..hand made tau.


i luv peach kaler
 ok, to be continued.

20 June 2011

i'm taken on 18 June 2011

Alhamdulillah...
syukur ke hadrat Ilahi di atas limpahan kurniaNya
kami selamat diijab kabul di Jais pada pagi sabtu 
tak tau la pukul berapa sebab da tak ingat nak tengok jam
perasaan time tu??
memang blank, neves kejap2 datang sebab banyak hal berlaku
sangat menggerunkan bila tok kadi tak dapat call..the number u dial is not available, pls try later.
huhu, takutnyaaaa!!

Paling hebat bila bakal pengantin drive sendiri dr butik ke bangunan Jais.
banyak kali terfikir  'eh,betul ke nak nikah harini? '
sampai kat Jais, cari parking. nasib baik banyak lagi kosong.
pengantin lelaki dan perempuan turun dari kereta yang sama.hahaha
da la time tu ada kursus kahwin, memang ramai orang la yg tengok (erk,perasan!)
kawan-kawan pun da ada yang sampai..ada juga kawan yang sesat, salah bangunan.ada kah patut pergi bangunan muzium. kita orang belum nak jadi arkib lagi ni. aishhh...
apa apa pun, terharu sangat2 sebab kawan-kawan sudi datang.paling jauh dari Kuantan.
titt..tiitt...ustaz tu bagi mesej, 'sila pergi ke surau lelaki'
fuhhh, tarik nafas lega.ingatkan uztaz tu da lupa. nanti ada juga yang nikah di Thailand.
ok,kawan kawan sekalian jom kita masuk dalam.
mula mula ustaz bagi khutbah nikah..nasib baik ustaz Ariffin ni muda. umur baru 26 tahun.status?? tak diketahui.
asik nak gelak bila dengar dia buat lawak. hilang segala nebes dan cun pengantin perempuan.*sila muntah ijo skg*
selesai khutbah, ustaz mulakan akad.

Jainul @ Zul Bin Latu.
ya, saya.
Aku nikahkan dikau dengan Nur Alya Umairah dengan mas kahwin RM300 tunai.
Saya terima nikahnya Nur Alya Umairah dengan mas kahwinnya RM300 tunai.

Alhamdulillah..sekali lafaz ja ya cik abg :)
Bermula episod sebagai isteri org. hoooreyyy!!!
selepas tu acara sesi bergambar.

CZ: macam tak percaya sy bukan bujang lagi.

17 June 2011

selamat tinggal

selamat tinggal zaman bujang!!
banyaknya kenangan selama 24 tahun ni
macam mana rasa bila jadi isteri orang ye..
neves wei!!!! 

dip..dip..dip :)

15 June 2011

Make Me Strong

Ya Allah, jika inilah dugaanMu, hambaMu ini terima dengan redha
Bantulah hambaMu ini untuk menempuh segala dugaan ini

memacam hal jadi minggu ni tau
paling perit bila kereta rosak, tak boleh start.
berjam-jam tunggu kat PAS, adoi!!
dengan ngantuknya, nyamuk lagi
Alhamdulillah,esok harinya call abg proton,baru la okey :)

lepas tu, ntah malaun mana yang dulunya cita-cita nak jadi polis tapi tak kesampaian sanggup menyamar jadi polis!!
cisss, bangsa kita pula tu!!
tak pasal-pasal en tunang kena kebas RM500
takpela bukan rezeki~pasrah dalam terpaksa


akhir sekali bila baju melayu en tunang terasa besar
pelik la, aritu masa beli okey je
mungkin masa tu tak try sekali dengan kain samping
huhu..lagi 3 hari tau
ada ke tailor yang nk alter ni?
TING!!! *mentol lampu atas kepala berkelip
kenapa la sebelum ini tak terfikir, esok paginya call Mayor Manik kat PKNS
nasib baik la tak beli baju melayu kt Sabah kannnn
akak kat kedai tu suruh datang sebab dorang akan alter baju dari butik MM saja
nasib baik ko!!
lagi best, akak tu cakap tak payah alter, tukar saiz sahaja
dua kali bersyukur sebab stok kaler peach ada lagi
fuhhhhh,tarik nafas panjang sedepa

10 June 2011

panas hati ~ harap bersabar!!!

patutnya hari ni ambil surat perintah kat mahkamah syariah.
terpaksa reda hujan lebat sebab tempat parking kereta jauh.
rasa nak gigit meja kaunter bila kerani tu cakap pegawai tak tandatangan surat lagi
WHAT ????
kenapa tak buat awal - awal?
boleh kerani tu tanya lambat lagi kan nak kahwin?
Dengan senang hati kerani tu suruh datang hari isnin depan.
susah payah minta excuse dgn manager nak kuar opis, lagi nak suruh keluar minggu depan
bengang okey!!!
kenapa pengurusan dorang macam ni? kenapa dorang tak call?

CZ: learn from mistakes ~ call dulu pejabat kerajaan sebelum datang




saya berubah hati

tajuk tak bleh blah
misi yang gagal da berakhir, semalam paksa en tunang temankan pergi PAS dan Sacc
tujuan asal nak cari baby gift untuk member yang baru bersalin 25 Mei tapi bila kaki da jejak sana, amik kesempatan singgah kedai romantika untuk cari bunga pegang
sangat best sebab stok dorang baru sampai, lagi la rambang mata cik kiah ni nak pilih
da semat dalam hati nak cari bunga lili putih
dari ros fucshia pink ke lili putih !!
cantik tak ??



ni bunga yang beli semalam, sejambak rm15 tapi beli dua jambak sebab saya memang tamak, nak bunga pegang yang kembang
lepas beli bunga, beli kasut pla ye....harus apa yang dirancangkan mesti lari dari tajuk 
dan ini sangat sangat la bernasib baik sebab last stock!!

 comel tak kasut saya??wajib beli d VINCCI sebab harga berpatutan


sampai ja di rumah terus pakai kasut baru sambil jalan catwalk..angan2 jela

07 June 2011

perbicaraan di mahkamah rendah syariah selesai

alhamdulillah, urusan di mahkamah syariah da selesai.
macam2 perasaan sebelum masuk dewan.
takut sangat kalau tuan hakim tak yakin dengan jawapan sy.
rasa nak pitam pun ada,tangan memang da gigil habis.
ini baru minta perintah mahkamah, belum lagi kes jenayah.

dalam borang permohonan ada tulis pukul 11 pagi tapi saksi pula lambat sampai..hatoiii!!!
nasib baik la kat kaunter tu da tulis 'mahkamah tidak akan memanggil mengikut turutan nama' 
bila saksi da sampai barulah tandatangan pada kertas kat kaunter untuk mengesahkan kehadiran .
lepas tu, sila la tunggu nama anda dipanggil ya.

perkara penting sebelum masuk mahkamah
  • berpakaian menutup aurat
  • dokumen plaintif


PALING PENTING, fahami ayat di bawah:


MAHKAMAH MELULUSKAN PERMOHONAN UNTUK BERNIKAH SECARA WALI HAKIM DI BAWAH SEKSYEN 18 (1) (c) ENAKMEN UNDANG - UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003


sebabnya,soalan pertama tuan hakim : kenapa kamu datang mahkamah?
da jangan la sesekali jawab, nak minta wali hakim.
sangat bernasib baik sebab bukan sy yang dipanggil dulu, jadi ambil pengalaman dari sorang akak yang dibicarakan sebelum sy.
kengkawan,sila jawab macam ni ya : saya memohon perintah untuk kebenaran bernikah secara wali hakim.
lepas tu, tuan hakim akan tanya macam2 soalan.banyak soalan tentang ayah dan adik beradik lelaki kita.
Antara soalan tuan hakim:
  • adakah bapa kamu masih ada?
  • berapakah adik beradik lelaki seibu sebapa kamu?
  • adakah kamu yakin bapa kamu hanya berkahwin sekali?
  • berapakah bilangan adik beradik bapa kamu?
  • bapa kamu anak yang ke berapa?
  • jika adik beradik lelaki kamu sudah berkahwin, berapakah bilangan anaknya, berapa anak lelaki dan berapa umur anak lelakinya?
  • pernahkah kamu berjumpa dengan keluarga sebelah bapa kamu?
  • adakah kamu yakin tiada keluarga sebelah ibu bapa kamu belum memeluk agama Islam dan bila kali terakhir kamu menghubungi atau berjumpa mereka untuk pengesahan ini?
  • adakah keluarga menentang kamu memeluk agama Islam?
  • adakah keluarga kamu tahu yang kamu akan bernikah?   
  • berapa lama kamu kenal dengan bakal suami kamu?
  • apakah pekerjaan bakal suami kamu ?
  • dimanakah bakal suami kamu bekerja?
  • adakah kamu bekerja?
dan satu soalan tuan hakim yang harus dijawab seyakin yakinnya:
  •  adakah kamu yakin akan bernikah dengan nama dot dot dot?
  soalan seterusnya:
  • adakah saksi kenal dengan keluarga kamu?
  • bila kali terakhir saksi berjumpa dengan keluarga kamu?
  • jika saksi tidak pernah berjumpa dengan keluarga kamu dan hanya mengenali keluarga kamu melalui penceritaan kamu, setujukah kamu untuk mengangkat sumpah untuk membuktikan bahawa segala pengakuan kamu adalah benar?
tuan hakim akan meminta plaintif untuk bersumpah dengan didahului Bismillahnirrahmannirahim, dua kalimah syahadah dan melafaz istighfar.kemudian, sebutlah ayat yang tuan hakim sebutkan.
sekiranya tuan hakim berpuas hati, barulah beliau bersetuju untuk mengeluarkan surat perintah.
ayat tuan hakim paling besttt!!! 
SELAMAT PENGANTIN BARU
bukan apa, nampak muka tuan hakim memang serius tapi sempat pula dia bagi ucapan.
jangan lupa,ucaplah TERIMA KASIH~

selesai perbicaraan, silalah ke kaunter untuk beritahu perbicaraan da selesai.mereka akan bagi tarikh untuk ambil surat perintah.

sekian ,laporan dan pengalaman dari plaintif 

06 June 2011

Proses permohonan bernikah untuk mualaf

Sedikit skema tajuk post hari ni.

Ingatkan susah nak proses borang permohonan berkahwin ni. Senang la!!
Hanya perlukan kesabaran. Kesabaran untuk menunggu. Maklum la kat Shah Alam ni berapa banyak pasangan yang nak bernikah.

korang yang baru nak isi borang tu, isi lengkap2 ya. Kalau boleh, mohon la dalam masa 3 atau 2bulan. Jangan last minute nanti stress bertimbun2.
Sesiapa yang perlu isi borang pengesahan mastautin, jangan anggap benda ni susah.
Kalau la susah sangat nak jumpa ketua kampung, JKKK ,ketua perumahan atau kariah masjid…pergi la minta pengesahan dengan PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A.
Korang tau tak dorang tu siapa?
Senang nak cerita, pegawai gred D41 ke atas. Contohnya, pengetua sekolah, inspektor polis, tentera yang berpangkat .(lupa la pangkat apa)

Da siap isi semua, pastikan semak semula untuk lampiran yang patut ada.
Pastikan buat salinan :

  • IC bakal pengantin
  • IC dua orang saksi
  • Sijil kursus kahwin
Seeloknya masa nak hantar borang tu, datang la berpasangan. Pihak PAID akan bagi keutamaan untuk pengantin mualaf. Seronok sangattt..
Hari tu pergi JAIS sebab kita orang nak nikah di shah alam.
Satu lagi, korang jangan lupa bawa dua orang saksi.
Saksi ni akan dengar masa korang baca pengakuan dalam borang tu.
Lagi senang, JAIS benarkan kita guna saksi yang sama. Maksudnya, saksi untuk pihak lelaki boleh digunakan sebagai saksi pihak perempuan.
Pada hari yang sama, pihak JAIS keluarkan surat kebenaran berkahwin untuk lelaki.
Da keluar surat tu, PPN akan meluluskan permohonan untuk pihak perempuan.
Nasib baik la da isi siap2 borang tu.

PPN Ustaz Ariffin sangat sporting. Dia tak ada interview atau tanya apa2 pun yang macam korang selalu dengar tu. Apa yang penting, dokumen mesti lengkap. Bila dokumen da lengkap, PPN akan turunkan tandatangan dan cop.
Lepas tu buat dua set salinan borang dan dokumen kedua2 pasangan.
Untuk apa??
Ni semua nak hantar ke mahkamah rendah syariah.
Untuk pengantin yang memohon menggunakan wali hakim, anda wajip menghadiri perbicaraan di mahkamah rendah syariah.

Tau tak kat mana mahkamah rendah syariah tu?
Di Tingkat 3 ,UMNO SELANGOR (bersebelahan hotel blue wave)
Jangan tunggu lama2, sebab proses ni memerlukan 3 hari.
  • Hari pertama – ambil borang
  • Hari kedua – pendaftaran
  • Hari ketiga – perbicaraan
Jangan risau, pihak mahkamah akan percepatkan urusan permohonan wali hakim.
Sekarang ni, tuan blog tengah tunggu tarikh 7 Jun 2011 untuk hari perbicaraan.
Nebessssss….

Persona buat hal lagi

Perkataan ‘lagi’ tu da cukup menyatakan sebelum ni si merah da buat hal.
Ermm..kali ni sang keta tak boleh start langsung.sebelum ni boleh la manja2 sikit kat dia baru la boleh start.
Huh,semalam memang perit melayan. Hampir 6 jam tunggu  cik abg tu check tapi hampa.
Da la parking baik punya kat zon tunda, berdoa jela supaya abang MBSA tak tarik keta.
Hampir2  keta masuk bengkel, nasib baik tak jumpa towing servis. kalau tak, melayang duit.

Masa tu terfikir, kenapa la sang keta ni buat onar masa dekat majlis?
terasa kaki sebelah ni patah.
Da terbayang bakal pengantin naik motor pergi masjid untuk akad nikah.
Ngeriiii…

Esoknya otak ni da dapat berfikir. Nasib baik ada member kerja kat proton.
Alhamdulillah, tak sampai sejam abang proton tu buat. Rupa2nya, wayar kat fuel pump terbakar.cisss, patut la masa nak start tak dengar minyak naik. korang pernah perasan tak sebelum ni?
Dan kos untuk repair hanya RM50!!! Kalau hantar kat bengkel berapa la agaknya..

Kepada pengguna PROTON PERSONA, ada info mengatakan keta ni selalu failed pasal wiring, sensor dan fuel pump. Ya, beli lah barangan buatan MALAYSIA tapi berhati2 semasa buat pilihan.
Lagi satu, servis la keta ikut jadual dan pastikan servis di pusat servis proton kalau korang nak maintainkan warranty keta.
Paling penting, simpan la nombor telefon member yang korang boleh call saat2 genting macam tu.
Dan masa ni la kita boleh tengok siapa sebenarnya kawan kita, siapa yang sanggup tolong kita?? hehehe..

Untuk abang proton, terima kasih bebanyak ya.lepas ni kita ikat kontrak setahun. En. Tunang da planning macam2 untuk repair keta. Nak tukar timing la, aircond la..macam2 laaa..tak pa, yang sy tau keta tu boleh jalan.


CZ: lepas ni nak beli Honda la, mampu ke?? Honda cup boleh laaaaa..

01 June 2011

minggu yang stress

minggu ni sangat stress, terkejar2 nak siapkan deadline keja
nak setel borang kahwin lagi
sekarang ni tunggu perbicaraan di mahkamah syariah
nanti saya bagi tau macam mana prosesnya ya

CZ: masa semakin suntuk!!!