31 October 2013

Cerita Semalam - Anaknya Demam Tapi Anakku Tak Bersalah Dan Khasiat Air Kelapa

Hujan lebat petang ni.
Alhamdulillah atas rahmatNya.
Kurang sikit rasa bahang siang hari.

Teringat kata pengasuh semalam, anaknya demam sebab terjangkit dari Sofea.
Mengucap panjang mak masa tu (tapi dalam hati saja).
Sentap.
Sofea cuma selesema,anaknya demam.
Tak ada kaitan.
Masing-masing bergantung pada kekuatan antibodi,persekitaran dan keadaan cuaca.
Sekarang ni cuaca tak menentu.Tengah panas tiba-tiba hujan.

Saya cuba dekatkan cara natural remedies untuk kakak tu.
Pesan dia supaya bagi anaknya minum air kelapa.
Pakaikan garlic socks juga.
Janganlah masukkan ubat dalam badan kecil tu lagi.
PCM supp atau Voren supp tu tinggi dosnya.

Pagi tadi, dia cakap dah bagi air kelapa sebiji tapi tak kebah pun.
MasyaAllah kak, memang betul air kelapa penawar penyakit tapi tak adalah secepat macam tu.
Tak sampai 24 jam lagi.
Dalam masa yang sama,kita tawakal.
Lepas tu disumbat lagi ubat kat anak dia.Sobbss..
Dah berlawan dadah dan rawatan alami dalam badan.

Sambil tu,di sini saya kongsikan kebaikan air kelapa.Ciptaan Allah yang sungguh berkhasiat.

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
-Ahli sukan menjadikan air kelapa sebagai minuman tonik pada mereka.

(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

 (13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.


(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Buah kelapa yang sudah gugur, tidaklah terjamin airnya masih elok atau tidak.

http://www.rawatanislam2u.com/2012/04/khasiat-air-kelapa-di-dalam-perubatan.html



Saya cuba pujuk dia,tak apalah kak,sekali sekala demam.
Tu tandanya badan tengah bina antibodi yang lagi kuat.
'Merepeklah ko ni Alya,akak tengah risau ni,dah la anak akak tak nak makan ubat.'
*Tepuk dahi*

Saya tak salahkan kakak tu.Bukan semua orang tahu apa keburukan ubat dan kebaikan natural remedies.
InsyaAllah,saya cuba perlahan-lahan.
Doakan yang baik-baik.
Semoga anak dari Syurga sihat sepanjang masa.
Tapi jika Allah ingin beri ujian,mak redha.

30 October 2013

Sofea Wean Off

Sedih mak nak cerita pasal ni.
Nangis laju-laju.

Not officially,Sofea stop breastfeed sejak umur dia setahun enam bulan (1y6m).
Sekarang dah setahun tujuh bulan.
Saja tulis secara tak rasmi sebab masih mengharap Sofea kembali menyusu badan.
Niat sebelum ni nak bagi sofea breastfeed sampai umur 2 tahun tapi entah mana silapnya,Sofea tiba-tiba stop.

Pernah cuba bagi sambil pujuk,tapi dia geleng kepala.
Haru makkkk T.T
Memang sejak pregnant ni nipple start sakit tapi Sofea bukan jenis menyusu lama,bila dah tertidur,dia akan lepas sendiri.

Tak apalah,rezeki masih ada tapi anak yang tak nak.Nak paksa,dia melalak.
Mana tau esok lusa dia nak pula tiba-tiba.


Sekian,
Mak yang Mengharap.



Pengalaman Homebirth - Dari Seorang Sahabat

Assalamualaikum..

Saya nak berkongsi cerita pengalaman seorang kawan yang dah selamat melahirkan anak melalui kaedah homebirth.
Allahuakbar..

Dari awal, kami tahu Kak Adlie memang bersungguh-sungguh memilih homebirth untuk kelahiran anak ketiganya.
Yeahh..masa tu kami mampu sokong sambil mulut ternganga.
Tak sangka masih wujud lagi kaedah kelahiran itu dan menjadi pilihan pada zaman ini.
Sebelum ini pengetahuan pasal homebirth sangatlah nipis.
Bila dengar pasal homebirth terus berkerut kening.
Betulkah??
Biar betul kakak sorang ni??
Selamatkah??
 o,O

Kira macam ni la reaksi kami semua bila tahu Kak Adlie nak homebirth.

Rasanya,setahun lebih kenal Kak Adlie,kami dah tahu perangai dia macam mana.Bila dia cakap nak buat,dia akan buat.Bila dia nak sampaikan sesuatu,dia akan sampaikan sehingga kami faham.Begitulah juga dengan kisah tolak vaksin,dekatkan diri dengan pemakanan sunnah.

Antara sebab Kak Adlie untuk memilih homebirth :
  • Mengelak suntikan vaksin ke atas bayi
  • Menjaga auratnya ketika bersalin
  • Mengelak prosedur hospital - induce,episiotomi etc
  • Bersalin dengan kedudukan yang selesa.
Tapi, tak adalah tolak kepentingan hospital sepenuhnya.
Check up untuk kandungan tetap buat di klinik atau hospital.
Uniknya,tiada pengambilan MGTT dan ATT sepanjang tempoh Kak Adlie mengandung.
Sihat walafiat kedua-duanya.
Alhamdulillah.

Dari apa yang saya tahu, Kak Adlie banyak buat persiapan untuk homebirth.
Selain pembacaan mengenai homebirth dalam The Gentle Birthing Group Malaysia,Kak Adlie pernah masuk kelas AMANI ( Assisting Mother for Active, Natural and Instinctive Birth)
Dalam masa yang sama,ada juga berjumpa dengan doktor di Hospital Annur untuk berbincang mengenai gentlebirth.
Perancangan gentlebirth di hospital hanya sebagai langkah kedua jika tidak berjaya homebirth atau atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Malangnya,permintaan untuk delay cord clamping tidak dapat dipenuhi.
Menakjubkan bila semua ahli keluarga menyokong Kak Adlie untuk homebirth.

Hari demi hari sampai ke tarikh 23 Oct - Cukup 40 minggu.
Kami ni setiap hari tanya,ada rasa nak bersalin tak?Ada rasa sakit kat mana-mana tak?
Jawapan standard, belum tiba masanya lagi.
Baiklah. :))

26 Oct.
Muncul di group whatsapp.
Ayatnya - Today is the day !!!

Dipendekkan cerita,mari baca kronologi dalam sehari tu.

6.30 pagi
- Pinggang terasa sakit katanya.Bangun dari katil buat senaman sway hip untuk melegakan sakit pinggang.

10.00 pagi
- Turun untuk sarapan.Masih terasa sakit tetapi boleh bertahan.Kental jiwa mak ni.
Kami dah pesan macam- macam,pam pool siap-siap,makan banyak untuk tenaga meneran,update bila rasa makin sakit.

11.00 pagi
- Senyap sampai kami tertanya-tanya.
- Rupanya masa ni Kak Adlie dah start contraction setiap 5 minit.
- Bergelek atau duduk di atas gym ball.Fungsi gym ball adalah untuk membantu menurunkan kepala bayi atau mengurangkan rasa sakit dan memudahkan proses bersalin.
- Selain itu,untuk mengurangkan kesakitan dan meneran lebih awal dari sepatutnya,Kak Adlie berpaut pada katil sambil mengira kadar contraction.Kemudiannya,posisi menolak dinding.

12.00 tengah hari
- Bersedia di dalam bilik air.Mandi air panas untuk kurangkan rasa sakit contraction.
- Selepas mandi,buat posisi 'on four' - merangkak.Posisi sama ada duduk,merangkak atau berdiri adalah lagi mudah untuk bersalin berbanding posisi berbaring.Ini kerana posisi berbaring melawan graviti dan akan menyebabkan cepat penat.
- Tiba-tiba terasa ketulan mukus/lendir keluar.
- Kesakitan tak dapat saya bayangkan sebab K.Adlie cakap, sakit macam mana pun memang kena keluarkan (bersalin) juga.
- Bila kepala bayi berjaya keluar,K.Adlie tukar posisi pada on knee - berlutut sambil tangan sebelah pegang kepala bayi.
- Hebatnya bila K.Adlie bersalin tanpa bantuan orang lain.Doula pun tak sempat sampai.
- Masa tu,suaminya tengah pam mini pool.Memang tak sempat rasmi mini pool tu :))
- Bayi selamat keluar pada jam 12.23 tengah hari.Bayi lelaki.MasyaAllah.Sesungguhnya,Allah permudahkan K.Adlie bersalin.


Kami terkejut tiba-tiba keluar gambar ini.
 Siapa yang tak terkejut.Sampai terfikir dua kali,betulkah dah bersalin.
Rasa nak nangis pun ada tengok gambar ni.
Terharu,gembira.Bercampur-campur perasaan.


- 15 minit kemudian,uri meluncur keluar.Terbukti,tidak perlu suntikan untuk menggesa uri keluar seperti yang dibuat oleh pihak hospital.
- Uniknya,tiada induce,tiada epidural dan tiada episiotomi.
- Dakap beberapa minit untuk bagi ketenangan pada khalifah kecil.
- Selepas bertahnik,bayi pun menyusu.



Encik Ahmad pada hari pertama tengok dunia.







Lotusbirth - Encik Ahmad bersama urinya dengan rosemary untuk elakkn uri berbau.

Kami melawat petang tu juga,Kak Adlie sikit pun tak nampak letih.Rasa teruja tengok ibu dan anak sihat.
Urusan seterusnya, suami Kak Adlie pula kena pergi ke balai polis untuk buat laporan kelahiran anak di rumah.Nanti tunggu pusat bayi luruh baru buat rawatan selanjutnya.


Hari seterusnya,pusat dah kering.





Kasih seorang kakak pada adik.





Encik Ahmad.2.7kg.Semoga cepat membesar dengan sihat.

Tahniah sekali lagi.
Happy breastfeeding.
Selamat berpantang.




Tengok lauk orang berpantang ni,sangatlah menyelerakan.Kriukkk..kriukkk perut berbunyi.




 Uniknya gambar ni,uri pun masuk dalam kenangan.




Terkini, tali pusat encik Ahmad dah tanggal.


Penutup kata, tersentuh naluri mak tengok gambar ni.Kakak Ilma masih tak dapat terima kena kongsi susu ibu dengan adik.Sobssss...