Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

15 July 2014

Tips Jual Barangan Terpakai

Assalamualaikum..

Kita orang kan nak pindah rumah.
Ayat mudah - pindah balik Sabah.
Jadinya, barang-barang dalam rumah kena clear sebelum pindah.
Hanya bawa balik pakaian saja.

Mulanya pening kepala memikir.
Lima tahun punya barang tapi nak clear dalam masa tak sampai sebulan.
Dalam masa yang sama masih bekerja lagi untuk menghabiskan notis sebulan.
Tambah lagi berkemas dalam bulan puasa.
Tambah lagi ada dua orang anak-anak solehah.

Perancangan pertama, jual dengan kawan-kawan terdekat.
Sambutan yang menggalakkan.
Lega hati.

Tapiiiiiiiii... akhirnya ada yang last minute cancel. Sms bagi tau tak jadi ambil barang.
Arghhhhh...* tarik rambut.

Tinggal dua minggu saja lagi.
Satu barang pun tak bergerak ke tempat tuan baru.
Stress sekejap.
Cari buyer dalam google.
Terjumpa satu syarikat yang membeli perabot dan barangan eletrik terpakai.
Ambil nombor telefon kemudian bagi gambar barang yang nak dijual dalam whatsapp.
Dia balas dengan jumlah harga yang dia nak.
Amboiiiiiiiiii ko Bedah, murah giler dia nak beli..
Bukan setakat separuh dari harga yang saya jual,suku harga dia minta oiii.
Ok bye, kirim salam.

Kembali termenung.
Dah terfikir, kalau tak dapat clear barang, tinggalkan saja di rumah lama.
Tiba- tiba teringat -

MUDAH.MY

Ohoiiii kenapa tak terfikir web ni.
Try masukkan iklan satu barang.
Zaaappppp.. tak sampai berapa jam ada orang tanya.
Deal punya deal orang tu terus nak beli.

Laaa....senangnya.
Terus upload lagi barang yang lain dan seterusnya.
Sekarang ni tinggal sikit lagi barang kat rumah.
Boleh tarik nafas separuh lega.
Sebabbbbb...baju-bajuan belum kemas lagi.

Tipsnya :

  • Jangan jual di kedai barangan terpakai. Dorang ambil harga murah sebab dorang akan naikkan harga lagi untuk jual semula.
  • Kalau berurusan dengan orang persendirian, minta deposit kalau dia akan ambil barang kemudian hari. Contoh,dia tengah cari lori ke,nak tunggu hujung bulan ke atau apa-apa alasan yang tak ambil barang pada hari yang sama.
  • Dalam MUDAH.MY, mereka (buyer) akan tawar harga dengan murah. Jangan terus setuju. Ajak  tawar menawar sikit-sikit dulu, dah setuju baru bincang di mana nak COD (cash on delivery).
  • Masa letak harga di mudah.my, letak harga tinggi sikit sebab yang pastinya buyer akan minta harga dikurangkan.
  • Masa nak hantar barang, jangan pergi seorang. Ajak seorang atau dua orang teman.
  • Bertabah dengan fussy buyer. Kalau sampai soalan mengarut dan tak masuk akal,abaikan. InsyaAllah ada lagi buyer lain yang lagi sopan santun.
  • Kalau boleh jangan suruh ambil barang di rumah melainkan barang tu berat dan saiz besar.

Ok, nak fikir strategi untuk kemas baju cara yang sistematik pula.
Daaa...






12 June 2013

Tips Membeli Belah Dalam Internet

Semalam saya menghadiri 'Talk by Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)' di KLGCC,Damansara.
Talk tu berkaitan tentang :

Tips Membeli Belah Dalam Internet
Guidelines For Beauty Industry




Ilmu ini sangat berguna untuk kita sebagai consumer atau pun peniaga.
Saya ringkaskan ayat-ayat info tersebut.
Jom baca.

1. PERBANDINGAN HARGA
Buat perbandingan harga.Peka terhadap pasaran semasa.Jangan terpedaya dengan penawaran murah.

2. SEMAK TESTIMONI
Cari penilaian yang dibuat oleh orang yang pernah membeli dari syarikat atau individu yang sama.

3. SEMAK MAKLUMAT PERNIAGAAN
Semak latar belakang perniagaan di internet.Boleh mengesahkan alamat atau nombor perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

4. PILIH LAMAN WEB YANG DIPERCAYAI
Pilih laman web yang selamat dan boleh dipercayai.Seeloknya pastikan laman web memiliki ikon program keselamatan tertentu.

5. AMBIL KIRA KOS SAMPINGAN
Fikirkan kos penghantaran dan nilai barangan mengikut matawang tempatan.

6. DAPATKAN BUTIRAN
Ambil butiran peribadi penjual.Hubungi terlebih dahulu dan sahkan brangan yang hendak dibeli termasuk masa barang akan sampai.

7. KAEDAH PEMBAYARAN
Elakkan dari mendepositkan wang ke pemegang akaun yang berlainan dengan nama penjual.

8. SEMAK TERMA DAN SYARAT
Fahami terma dan syarat pembelian.Contohnya, sama ada boleh memulangkan barang sekiranya tidak berpuas hati atau mendapat produk yang berbeza.Barang stok tersedia atau dalam pre order.

9. SIMPAN SEMUA BUKTI PEMBELIAN
Sentiasa simpan sehingga produk sampai di tangan anda.

11 October 2012

Pemilihan Warna Untuk Bilik Anak

Warna yang dipilih untuk bilik anak membantunya merangsang keupayaan minda dalam menjalani kehidupan seharian lebih selesa ketika berehat, bermain, belajar mahupun tidur.

Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik tidur berbanding ruang tamu, ruang makan dan bilik mandi.

Anak-anak cenderung memberikan reaksi positif terhadap warna cerah seperti merah jambu, biru atau merah. Mereka juga cenderung bereaksi negatif terhadap warna-warna gelap seperti coklat, hitam atau kelabu.

Oleh itu ibu bapa disarankan menggunakan warna-warna cerah kerana ia dapat merangsang kreativiti, menguatkan daya imaginasi, memberi semangat, mempengaruhi rasa estetika dan menguatkan rangsangan motor.

Kesan Warna Universal
Merah : Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif.
Tetapi bila terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut.

Sebaiknya, jangan digunakan untuk bilik bayi (di bawah usia setahun).

Kuning : Warna yang susah ditangkap mata, ceria, hangat, dan bertenaga.
Bagaimanapun warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar untuk beristirehat.

Biru : Warna yang paling nyaman untuk mata, menenangkan, aman, menerima, sabar.
Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuat anak jadi pasif. Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warnanya tidak terlalu pucat sehingga tak terasa kesan ‘dinginnya’.

Hijau : Rileks, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu.
Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Untuk mengurangkan kesan negatifnya, hijau perlu digabungkan dengan merah atau oren.

Oren : Percaya diri, ramah, penuh keceriaan.
Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya ia harus dikombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, boleh menjadikan ruangan terlalu gelap sehingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.

Ungu : Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti.
Tapi terlalu banyak terdedah pada warna ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa.

Lilac : Menyentuh spiritual.
Jangan gunakan rona lilac di bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Untuk mengelakkan rasa hambar, padukan ia dengan warna hitam atau perak.

Warna Feminin vs Maskulin
Biasanya bilik tidur anak perempuan lebih sesuai dengan pilihan warna lembut seperti merah jambu, hijau muda, ungu lembut kerana ia memberikan impak feminin dan lemah lembut.

Sementara untuk anak lelaki pula, pemilihan warna biru, kelabu, hijau sesuai dengan karakter mereka selain menyenangkan mata orang lain yang memandang.

Warna Untuk Anak Hiperaktif
Oleh kerana anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan pada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.

Bilik untuk mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau, ungu.

Warna Untuk Anak Autisme
Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.


Sumber :Pa & Ma

10 October 2012

10 Tips Mengajar Anak

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi.
 
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
 
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
 

 4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengigit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
 
5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.
 
7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
 
9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

SUMBER DARI MAJALAH P N MA

01 October 2012

Tips Banyakkan Susu Badan

Sejak bila blog ni banyak post tips.bhahaha..
Takpela,sharing is caring kan.
 
Saya percaya kuantiti susu berpunca dari pemakanan si ibu.
Selain tu,psikologi juga turut memainkan peranan penting.
Ibu sentiasa fikirkan dan yakin susu badan tetap ada dan banyak.
 
Baiklah,tak nak membebel panjang.
Jom kita share tips yang sangat senang ni 
 
  1. Banyakkan minum air kosong.
  2. Minum minuman malt seperti Horlicks,Milo dll
  3. Makan oat
  4. Minum sup ayam campur lobak putih/betik muda
  5. Makan sayur peria (tak semua orang mampu makan sayur ni ),sawi putih,
  6. Makan kekacang
  7. Lebihkan protein (ikan)
  8. Makan sumber kalsium - susu,yogurt.
  9. Kerapkan menyusu/pam susu
  10. Minum air longan
  11. Kurangkan/elakkan minuman berkafein
 
Senangkan.Tak perlu nak keluarkan duit lebih untuk beli suplemen banyakkan susu.
Sekian..

25 September 2012

Tips Berjimat Duit

Tips ini dari saya, bukan dari encik google tau.
Sekadar berkongsi apa yang saya pernah lalui.


1# Bawa bekal ke tempat kerja.
puas hati dapat makan masakan sendiri.kalau korang rajin masak lah..sekarang ni harga nasi campur dan air pun dah mencecah RM5.

2# Kurangkan mengunjungi shopping kompleks.
dari niat nak window shopping,akhirnya terjebak.alasan dah terbeli, ada sales, bukan selalu padahal baru bulan lepas beli kasut kann..kann..lebih baik duduk diam-diam di rumah.

3# Fikirkan keperluan atau kehendak.contohnya,dah ada handphone tapi nak beli/tukar lain semata-mata itu antara gajet yang terbaru.

4# Tak mati pun kalau tak makan sedap selalu.Kalau ikutkan anak tekak ni, hari ni nak makan di Pizza Hut,esok pula di Manhattan,lusa pula di Flaming Steamboat,tulat pla bla..blaa..Bukan nak berkira pasal makanan tapi ingat badan jadi sihat ke makan benda-benda macam tu.

5# Badan satu, kaki pun sepasang je.belilah baju atau kasut berpada-pada.kalau boleh setiap 6 bulan atau setahun sekali.kalau boleh lagi,janganlah membeli macam hari esok shopping kompleks dah tak ada.

Sekian..