Showing posts with label Resepi 1 Tahun/Toddler. Show all posts
Showing posts with label Resepi 1 Tahun/Toddler. Show all posts

13 February 2014

Rezeki Biskut MACoo

Isnin lepas blogwalking di Bayt Al-Iman.
Teruja mak tengok biskut homemade CRUNCHY OATMEAL yang comel-comel.
Dahlah comel, bahan-bahan adunan pun dari sumber organik.
Tekak ni teringin nak merasa.
Nak buat sendiri, mood baking memang ke laut sepanjang 9 bulan.

Dipermudahkan Allah, Ummu Muhammad sudi hantar sample untuk mak buyung ini.
Alhamdulillah... ( lap air liur yang meleleh sebelum ni )
Semalam poslaju sampai, hampir melompat sebab tak sangka cepat Ummu Muhammad mengepos.


Comel je letak nama penerima - Alya Mak Sofea :))
Jauh perjalanan biskut organik ni, dari Johor ke Selangor.





Memang sedap!!
Sampai rumah bagi sekeping dengan Sofea.Dia kunyah dua tiga kali lepas tu tadah tangan lagi.
Habis sekeping, dia minta lagi dan lagi.
Alamakk..cepatlah habis stok kalau begini.hahahaha..

Untuk ibu-ibu yang cari resepi snek atau kudapan untuk anak tersayang, bolehlah buat biskut ni.
P/S : Ummu Muhammad, minta izin share resepi di sini ya. 


Bahan-bahan MACoo Crunchy Oatmeal
Brown sugar - 300g
Salted butter cap Tatura - 250g
[mudah-mudahan butter organik yang mahal itu mudah didapati di tempat kita selepas ini]
Kuning telur organik - 2 biji
Tepung gandum cap Intasir - 400g
Natural soda bikarbonat - 2 sudu teh
Oat organik - sesuka hati
Biji bunga matahari organik - sesuka hatiku haha!

Cara Penyediaan
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Pukul brown sugar dan butter sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur satu persatu.
4. Masukkan tepung, soda bikarbonat, oat, biji bunga matahari.
5. Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan belakang cawan/gelas.
6. Masukkan ke dalam oven yang panas tadi untuk 7-9 minit, api atas dan bawah.
7. Biarkan sejuk. Mulakan dengan basmallah dan makan :D.

Nak penerangan lebih tentang resepi ini, klik link ini http://attuffahumairah.blogspot.com/2014/02/macoo-l-crunchy-oatmeal.html

Mode mak sekarang : Tunggu Ummu Muhammad buka order untuk biskut ni.


Sila cuba, rugi kalau tak cuba.
Tak dapat organik sepenuhnya pun tak apa, yang penting kita berusaha untuk buat biskut sendiri.
Halal dan thoyyib.
Mak simpan resepi ini sebab nak buat masa dalam pantang :))

Jzkk UM atas perkongsian ini.


15 December 2013

Resepi Kuih Berlauk Sihat Untuk Anak Anda


**Bahan - bahan :
1. 1 biji telur
2. Lobak disagat halus
3. seleri dipotong dadu
4. daun bawang potong halus
5. 1 sudu besar susu segar
6. 1 sudu kecil yogurt asli

7. ayam cincang

**Cara- cara :

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati kemudian masukkan dalam bekas kecil.
2. Kukus selama 10 minit.


Sumber : Solif Food For My Baby (Nur Hayatie)

** Nama resepi diolah sendiri.

**Nota :
Susu segar hanya untuk bayi setahun ke atas.

13 December 2013

Resepi Apam Gula Molasses Untuk Toddler





 - Untuk buat gula hangus

* 3sdb gula molasses

* 1 cawan air

 


- Bahan- bahan lain


1 biji telur

2 sdb minyak jagung


1 sdb unsalted butter 


2 sdb susu segar


1 sdt soda bikarbonat & baking powdr ( organik - boleh beli di NHF)


1 1/2 cawan tepung atta


2 sdb yogurt asli (optional)



Cara - cara  :


1. Gula dihanguskan lepas tu campurkan air.Tuang air perlahan-lahan kemudian sejukkan.

2. Gunakan blender/mesin pengisar -  masukkan telur,susu,minyak dan u/butter blend 


dalam 3-5 minit .

3.Masukkan gula hangus tadi bersama dengan soda & baking pwder dan teruskan mengisar.


4. Akhir sekali masukkan tepung dan kisar lagi sehingga sebati.


5. Kukus adunan dalam bekas kecil tapi pastikan sapu bekas dengan minyak sikit supaya 


adunan tidak melekat.

6. Kukus selama 20-25 minit.


Sumber : Nur HayatieSolid Food for My Baby :)

01 November 2013

Homemade Stok Ayam Yang Sihat Dan Kesan Pengambilan MSG (monosodium glutamate)

Mak-mak yang disayangi sekalian,
Letak tepi atau buang segala jenis pati kiub ayam dan serbuk perencah yang dibeli di pasaraya.
Semua itu adalah perisa sintetik.
Kandungan MSG yang tinggi di dalam bahan perisa tidak sesuai untuk badan kita apatah lagi untuk kanak-kanak.
Percayalah,tanpa pati kiub ayam atau bilis pun masakan anda pasti sedap.

Kesan pengambilan MSG

 a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
 
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
 
d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
 
Sumber kesan-kesan MSG – Buku Kawal Berat Badan, Bahrin Samah



Masak dari hati.
Masak dengan sederhana
Masak makanan sihat.
InsyaAllah masakan supermak tiada tandingan.

Untuk gantikan bahan terproses tu,bolehlah buat stok ayam sendiri di rumah.
Buat sebanyak mana kemudian sejukbekukan.

Mari share resepi yang paling senang ni :))

Bahan-bahan :
  1. Tulang ayam ( rangka seekor ayam pun boleh )
  2. Bawang besar ATAU bawang putih (tidak digalakkan campur kedua-dua kerana kesan tindakbalas kimia)
  3. lobak
  4. Celery
  5. Halia
  6. Bunga lawang,kulit kayu manis,pelaga
  7. Air secukupnya.

Caranya :
  1. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh dari tulang dan air tinggal 1/3.
  2. Selepas 3 jam, boleh tapis isi dan lapisan lemak.
  3. Simpan stok ayam dalam bekas tertutup.Contoh, bekas ais/ice tray untuk memudahkan penggunaan seketul setiap kali nak masak.
  4. Sejukbekukan.
 
Bolehlah tambahkan stok ayam ni dalam apa jenis masakan dewasa dan bayi.
Selamat mencuba !!

10 October 2013

SUSU ALMOND / BADAM (Homemade)



 
 
 
Sesuai untuk 1 tahun ke atas.

Alternatif bagi bawah 1 Tahun, boleh menggunakan Beras Perang Organik (Susu Beras / Rice Milk) atau gunakan barli (Susu Barli) yang mana menggunakan kaedah yang sama, tapi untuk barli, air rendaman lebih baik digantikan dengan air baru bagi mengelakkan kehadiran 'tannins' yang tinggi yang boleh menghalang penyerapan zat besi....
Pengganti yang baik untuk yang alah pada susu lain.

Untuk susu almond, pastikan tidak alah pada kekacang untuk memilih susu ini.

*Organik almond lebih baik.
*Boleh sangan / sangai dahulu almond jika mahu (goreng tanpa minyak)
*Rendam semalaman dengan air masak terus di dalam bekas lain atau dalam blender terus pun boleh memudahkan untuk anda blend terus esoknya jika anda merendam menggunakan air masak.
*Tukar air jika anda merendam menggunakan air tidak masak dan blend.
*Boleh dicampurkan dengan kurma, kismis atau madu.
*Minum fresh sebaiknya.
*Boleh tahan 3-4 hari jika simpan dalam peti sejuk atau handle sama seperti EBM.
 
 
 
 

10 September 2013

Tips Untuk Menghasilkan Smoothie Yang Sedap Dan Berkhasiat


Satu lagi, digalakkan untuk menggunakan juicer maker sebab dapat mengekalkan khasiat berbanding penggunaan blender.
Selamat mencuba :))

27 May 2013

Resepi Nasi Impit Dengan Serunding Kelapa - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Resepi ini boleh dijadikan menu untuk snek waktu petang.
Tiba-tiba dapat idea bila nampak Sofea makan nasi impit kosong dengan berseleranya.
Resepi ini sesuai untuk 8 bulan ke atas  - pengenalan kelapa dan bawang dalam jadual pemakanan.

 
 
 
 
Sumber gambar - google





Bahan-bahan :

Sepaket kecil nasi impit segera ( direbus dan dipotong kiub)
Segenggam kelapa parut
1/2 genggam isi ayam/ikan dikisar
bawang merah dan bawang putih ( seulas)
halia ( 1 cm)
minyak zaitun (secukupnya)
kunyit ( secubit)
Air ( secukupnya)

Caranya :
tumis bahan bawang dan halia sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam dan kunyit.
Masukkan sedikit air.
Setelah naik minyak,masukkan kelapa.
Gaul sehingga kering.
Tutup api.
Kisar ( Jika perlu)

Kemudian salutkan nasi impit dengan serunding kelapa.
Hidangkan.
Anak beranak suka makan :))

Nota : Pantau ketika anak makan untuk elakkan tercekik.

13 May 2013

Resepi Bubur Udang Butter - Untuk Anak 1 Tahun Ke Atas

Main masak-masak di hujung minggu.
Jom kongsi..

Bahan-bahan :

10 ekor udang segar
10 helai daun bayam hijau
4 batang kacang buncis
1/2 batang lobak merah
1/2 cawan beras
Air secukupnya untuk masak bubur
1 sudu unsalted butter
1 ulas bawang putih dan 1/2 ulas bawang merah - dicincang
1cm halia muda





Caranya :

Tumis bawang dan halia menggunakan butter.
Masukkan udang,gaul sekejap kemudian angkat.
Dengan periuk yang sama,tambahkan beras dan air.
Apabila air mendidih,masukkan lobak merah.
Bila dah menjadi bubur,tambahkan udang yang telah ditumis tadi dengan kacang buncis.
Sebelum tutup api,masukkan daun bayam.
Gaul sekejap,kemudian tutup api.
Siap dan hidangkan.

Nota : Udang (makanan laut) hanya untuk 1 tahun ke atas.





07 May 2013

Resepi Smoothies Untuk Bayi - 8 Bulan Ke Atas

Entri tidak bergambar.
Dasar pemalas yang membangkit akibat bercuti lama ^__^

Apa itu smoothies?
Sejenis minuman buah-buahan yang dikisar.

Jom cuba resepi ringkas ni.

Bahan - bahan :
 
Sebiji mangga/epal
1 cawan yogurt ( untuk bayi 8 bulan ke atas)
Dua biji kurma.
 
Caranya :
 
Kisar semua bahan dan sejukkan.
Siap.

Mudahkan :)
Terpulang pada kreativiti masing-masing sama ada nak campur buah-buahan lain atau tambah kismis dan madu.
Tapi kena ingat,pastikan bahan-bahan itu sesuai untuk umur anak.

Nah,gambar dari google.




30 April 2013

Homemade Cookies/Biskut Bayi - Bayi 8 Bulan Ke Atas

Bahan - bahan :

10 s/t (sudu teh) tepung atta
3 s/t unsalted butter
2 s/t susu segar ( untuk 1 tahun ke atas)/susu formula/susu ibu
sedikit air

Cara-caranya:
Gaul dan uli semua bahan dan rehatkan selama 30 min di dalam peti ais.
Tekapkan adunan ikut acuan yang disukai.
Bakar selama 15 min/150 º C. (gunakan api bawah )
Sejukkan kemudian simpan di bekas kedap udara.


Hasilnya...
.



Selepas di 'touch up ' sikit...
 


Tinggg!!!!
 
 
 

Nota : tepung atta ada rasa sedikit pahit.Boleh campurkan puree kurma,labu atau keledek (bergantung kreativi ibu-ibu sekalian)
Boleh juga ditukarkan pada tepung gandum tapi pastikan 'unbleach' :)
 
 


31 March 2013

Resepi Mee Suah Sup - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas




 ** Mee suah boleh digantikan dengan bihun/ suhun/ homemade kueteow/ homemade wantan mee
Bahan-bahan:
- Mee suah
- Carrot (diparut)
 - Sawi/ Bayam/ sayuran berdaun hijau
- Ayam dicincang
- Stock ayam
- Bawang merah
-bawang putih
Unsalted butter (utk menumis)

Cara-cara:
- Celur sekejap mee suah dlm air panas
- Tumisbawang sampai layu menggunakan unsalted butter
- Masukkan ayam yg dicincang halus & stock ayam
- Tambahkan sedikit air dan biar menggelegak
- Masukkan mee suah yg sudah dicelur & sayur yg dipotong kecil
- Kacau seketika, tutup api & hidang


credit : hffyb


30 March 2013

Lempeng Kelapa VS Sambal Tumis Udang Geragau



Lempeng Kelapa

Bahan - bahan :
  • tepung atta
  • kelapa muda parut
  • serbuk penaik
  • secubit garam (optional).
  • dua sudu gula (optional)
  • unsalted butter

Cara-cara :
  •  bancuh semua bahan kecuali unsalted butter
  •  Masak/goreng dengan sedikit unsalted butter (dap pada kuali)
* lagi senang guna kuali non stick


Sambal Tumis Udang Geragau

Bahan -bahan :
  • 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas.lebihkan tapi saya guna cili giling,ekspress)
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • 1 ulas bawang besar di potong bulat.
  • 2 genggam udang geragau kering.
  •  Garam dan gula secukup rasa
  • minyak
Cara memasak
  •  Kisar cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
  •  Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
  •  Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar.
  •  Kacau sehingga  pecah minyak.
  •  Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
  •  Masukkan udang geragau.
  •  Masukkan garam dan gula secukup rasa
  •  Masukkan hirisan bawang besar
  •  Siap

***Bayi berumur 8 bulan ke atas juga boleh makan lempeng kelapa ni TETAPI jangan tambah serbuk penaik,garam dan gula ***

22 March 2013

Resepi Ala Barat Untuk Anak 1 Tahun Ke Atas



 
 
Resepi ini saya ambil dari HFFYB di facebook :))
I likeeee..

29 November 2012

Rendam Beras Anda

Sejak ada anak,saya gigih mencari info pemakanan anak.Sebelum ini saya fikir makanan bayi readyfood tu adalah terbaik,senang dan berkhasiat.

Saya akui memang kurang pengetahuan tentang keperluan khasiat untuk bayi.Apa makanan yang patut dan tak patut.Saya berfikir syarikat yang menghasilkan produk makanan bayi memikirkan tentang kesihatan bayi tapi sebenarnya mereka mementingkan keuntungan sahaja.

Bukan tidak  berkhasiat sebenarnya tetapi kuantiti amat sedikit dan tidak cukup untuk bayi.Selain tu,ada pula tambahan bahan pengawet,gula dan garam.Tidak selamat untuk sistem pencernaan anak.Sanggupkah kita nak bagi makanan macam tu untuk anak kita?

Saya rasa kejam bila kita hidangkan makanan yang ditambah garam dan gula ketika anak belum mencapai umur 2 tahun.Lagi kejam bila kita nak senang dan cepat,kita suapkan anak dengan readyfood.Bagaimana ginjal dan buah pinggang anak nak bekerja untuk makanan yang tak sepatutnya? Tak dapat saya bayangkan.

Saya minta maaf kalau ayat saya ini menyinggung perasaan mommies lain tapi ini adalah pendapat saya.Saya tak nak sebab nak senang sekarang saya akan susah nanti.Saya juga tak nak anak sakit disebabkan kelalaian saya.

Tidak semestinya kita menjadi pakar pemakanan jadi harus menjaga pemakanan anak kita.Ilmu luas,dunia dah canggih.Kita buatlah mana yang termampu untuk kebaikan anak.

Kali ini saya nak kongsi tentang perlunya merendam beras sebelum dimasak untuk anak-anak kita.Kaedah ini juga elok kita amalkan untuk pemakanan harian kita juga :)

Kenapa kita perlu merendam beras?
Untuk menghilangkan/mengurangkan asid phytic dalam beras.
Penapaian mengasidkan medium perendaman, yang mengaktifkan phytase (enzim merendahkan asid phytic) sudah ada dalam beras; dan ia juga menanam mikroorganisma yang menghasilkan phytase mereka sendiri.
Beras perang tidak mengandungi phytase yang banyak. Anda mungkin boleh menggunakan cecair yang sama untuk rendamkan bijian lain, kacang dan kekacang.
Apabila kita makan makanan mengandungi phytates, sebenarnya mineral yang kita fikir kita dapat daripada makanan itu tidak akan berlaku kerana ia tidak bio-tersedia.
Mineral tersebut terus keluar daripada sistem pencernaan kita. Dengan makan terlalu banyak asid phytic boleh menyebabkan kekurangan mineral dan mengalami kepadatan tulang yang lemah.

Apa itu asid phytic,sila klik disini


Cara-cara merendam

Beras perang
  1. Rendam beras perang dalam air nyahklorin selama 24 jam pada suhu bilik tanpa mengubah air. Rizabkan (simpan) 10% cecair perendaman tadi (perlu menyimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama).
  2. Buang sisa cecair perendaman; masak beras dalam air segar.
  3. Pada kali berikutnya anda rendam beras perang, gunakan prosedur yang sama seperti di atas, tetapi menambah cecair perendam yang anda telah rizabkan dari kumpulan terakhir ke seluruh air rendaman.
  4. Mengulangi kitaran. Proses beransur-ansur akan meningkatkan sehingga 96% atau lebih asid phytic dinyahkan pada 24 jam.

Beras putih

Rendamkan beras sedikit sebelum dimasak dan masak terus dengan air rendaman tersebut. Beras putih yang lebih elok dimakan adalah beras basthmati sebenarnya.

*air nyahklorin = air filter atau air yang dimasak.


Sumber info : rendambijirin