Showing posts with label Resepi Bayi 6-12 bln. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bayi 6-12 bln. Show all posts

13 February 2014

Rezeki Biskut MACoo

Isnin lepas blogwalking di Bayt Al-Iman.
Teruja mak tengok biskut homemade CRUNCHY OATMEAL yang comel-comel.
Dahlah comel, bahan-bahan adunan pun dari sumber organik.
Tekak ni teringin nak merasa.
Nak buat sendiri, mood baking memang ke laut sepanjang 9 bulan.

Dipermudahkan Allah, Ummu Muhammad sudi hantar sample untuk mak buyung ini.
Alhamdulillah... ( lap air liur yang meleleh sebelum ni )
Semalam poslaju sampai, hampir melompat sebab tak sangka cepat Ummu Muhammad mengepos.


Comel je letak nama penerima - Alya Mak Sofea :))
Jauh perjalanan biskut organik ni, dari Johor ke Selangor.





Memang sedap!!
Sampai rumah bagi sekeping dengan Sofea.Dia kunyah dua tiga kali lepas tu tadah tangan lagi.
Habis sekeping, dia minta lagi dan lagi.
Alamakk..cepatlah habis stok kalau begini.hahahaha..

Untuk ibu-ibu yang cari resepi snek atau kudapan untuk anak tersayang, bolehlah buat biskut ni.
P/S : Ummu Muhammad, minta izin share resepi di sini ya. 


Bahan-bahan MACoo Crunchy Oatmeal
Brown sugar - 300g
Salted butter cap Tatura - 250g
[mudah-mudahan butter organik yang mahal itu mudah didapati di tempat kita selepas ini]
Kuning telur organik - 2 biji
Tepung gandum cap Intasir - 400g
Natural soda bikarbonat - 2 sudu teh
Oat organik - sesuka hati
Biji bunga matahari organik - sesuka hatiku haha!

Cara Penyediaan
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Pukul brown sugar dan butter sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur satu persatu.
4. Masukkan tepung, soda bikarbonat, oat, biji bunga matahari.
5. Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan belakang cawan/gelas.
6. Masukkan ke dalam oven yang panas tadi untuk 7-9 minit, api atas dan bawah.
7. Biarkan sejuk. Mulakan dengan basmallah dan makan :D.

Nak penerangan lebih tentang resepi ini, klik link ini http://attuffahumairah.blogspot.com/2014/02/macoo-l-crunchy-oatmeal.html

Mode mak sekarang : Tunggu Ummu Muhammad buka order untuk biskut ni.


Sila cuba, rugi kalau tak cuba.
Tak dapat organik sepenuhnya pun tak apa, yang penting kita berusaha untuk buat biskut sendiri.
Halal dan thoyyib.
Mak simpan resepi ini sebab nak buat masa dalam pantang :))

Jzkk UM atas perkongsian ini.


11 January 2014

Resepi Bayi Bubur Oat Dan Pisang Lenyek

Ini resepi pejam mata sebab paling senang.
Boleh disediakan sebagai sarapan anak kesayangan.

Bahan-bahan :

3 sudu oat organik
1/2 pisang cavendish
1/2 cawan air

Cara- cara :

Campurkan oat dengan air dan masak sehingga lembut.
Lenyekkan pisang sehingga tiada ketulan kasar.
Hidangkan.
Untuk tambah rasa lagi sedap,campurkan kurma atau kismis yang telah dikisar halus.

Senang kan..tak sampai 5 MINIT.
Untuk penyediaan sarapan yang paling cepat dan sihat.
Mak-mak sila tolak tepi nestum atau biskut rusk yang kurang menyihatkan itu.










14 December 2013

Resepi Bebola Kentang Untuk Anak Kesayangan


Resepi dan gambar asal   - 
Puan Shirley Sokmum
Dari : Solid Food For My Baby
*(terdapat sedikit olahan ayat)



Cara- cara :
1. Rebus kentang sehingga lembut
2. Campurkan dengan ayam yang dicincang,lobak dan kubis yang dihiris halus.
3. Bentukkan menjadi bulat.
4. Salutkan dengan serbuk roti/breadcrumbs
5. Goreng sehingga keemasan.


Nota :

Untuk anak yang kurang berumur 2 tahun, tidak perlu garam dan gula sebagai perasa tambahan.

01 November 2013

Homemade Stok Ayam Yang Sihat Dan Kesan Pengambilan MSG (monosodium glutamate)

Mak-mak yang disayangi sekalian,
Letak tepi atau buang segala jenis pati kiub ayam dan serbuk perencah yang dibeli di pasaraya.
Semua itu adalah perisa sintetik.
Kandungan MSG yang tinggi di dalam bahan perisa tidak sesuai untuk badan kita apatah lagi untuk kanak-kanak.
Percayalah,tanpa pati kiub ayam atau bilis pun masakan anda pasti sedap.

Kesan pengambilan MSG

 a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
 
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
 
d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
 
Sumber kesan-kesan MSG – Buku Kawal Berat Badan, Bahrin Samah



Masak dari hati.
Masak dengan sederhana
Masak makanan sihat.
InsyaAllah masakan supermak tiada tandingan.

Untuk gantikan bahan terproses tu,bolehlah buat stok ayam sendiri di rumah.
Buat sebanyak mana kemudian sejukbekukan.

Mari share resepi yang paling senang ni :))

Bahan-bahan :
  1. Tulang ayam ( rangka seekor ayam pun boleh )
  2. Bawang besar ATAU bawang putih (tidak digalakkan campur kedua-dua kerana kesan tindakbalas kimia)
  3. lobak
  4. Celery
  5. Halia
  6. Bunga lawang,kulit kayu manis,pelaga
  7. Air secukupnya.

Caranya :
  1. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh dari tulang dan air tinggal 1/3.
  2. Selepas 3 jam, boleh tapis isi dan lapisan lemak.
  3. Simpan stok ayam dalam bekas tertutup.Contoh, bekas ais/ice tray untuk memudahkan penggunaan seketul setiap kali nak masak.
  4. Sejukbekukan.
 
Bolehlah tambahkan stok ayam ni dalam apa jenis masakan dewasa dan bayi.
Selamat mencuba !!

27 May 2013

Resepi Nasi Impit Dengan Serunding Kelapa - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Resepi ini boleh dijadikan menu untuk snek waktu petang.
Tiba-tiba dapat idea bila nampak Sofea makan nasi impit kosong dengan berseleranya.
Resepi ini sesuai untuk 8 bulan ke atas  - pengenalan kelapa dan bawang dalam jadual pemakanan.

 
 
 
 
Sumber gambar - google





Bahan-bahan :

Sepaket kecil nasi impit segera ( direbus dan dipotong kiub)
Segenggam kelapa parut
1/2 genggam isi ayam/ikan dikisar
bawang merah dan bawang putih ( seulas)
halia ( 1 cm)
minyak zaitun (secukupnya)
kunyit ( secubit)
Air ( secukupnya)

Caranya :
tumis bahan bawang dan halia sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam dan kunyit.
Masukkan sedikit air.
Setelah naik minyak,masukkan kelapa.
Gaul sehingga kering.
Tutup api.
Kisar ( Jika perlu)

Kemudian salutkan nasi impit dengan serunding kelapa.
Hidangkan.
Anak beranak suka makan :))

Nota : Pantau ketika anak makan untuk elakkan tercekik.

16 May 2013

Resepi Pasta Tuna Dan Keledek - Bayi 8 Bulan Ke Atas

 
 
Terima kasih empunya resepi :)
Tak tau nak credit kepada siapa sebab resepi ini dari seorang kawan yang diambil di fb.

14 May 2013

Resepi Bubur Nasi Petola - Untuk Bayi 7 Bulan Ke Atas

Sumber - google


Sayur petola mengandungi zat makanan iaitu protein dan karbohidrat.Sesuai untuk membantu  perkembangan bayi anda :)

Bahan-bahan :
 
Segenggam beras
1/2 batang petola segi ( dikupas kulit dan dipotong nipis )
1/2 genggam ikan bilis - direndam
1/2 biji kentang
1/2 batang lobak
 
Caranya :
Cuci beras dan tanakkan sehingga menjadi bubur.
Kemudian masukkan kentang.
Sebelum menutup api,masukkan petola.
Gaul seketika dan tutup api.
Kisar halus.
 
Secara berasingan,sangai ikan bilis sehingga kering. (digoreng tanpa minyak.
Kisar halus kemudian campurkan di dalam bubur tadi.

Nota : Menu ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
           Resepi ini dari majalah rasa tapi telah diubah mengikut selera anak :)


Resepi Bubur Nasi Dan Salmon Grill - 8 Bulan Ke Atas

Lagi resepi untuk anak tersayang :)

Bahan-bahan :

Sepotong ikan salmon
1/2 jambak brokoli
1/2 jambak cauliflower
1/2 cawan beras
Minyak zaitun secukupnya
Bawang merah dan bawang putih - dikisar
1cm halia

 
Guna pemanggang ajaib
 




Cara -cara :
Sapukan minyak zaitun ke atas ikan dan bakar/grill di kuali atau oven selama 5 minit.
Sambil itu,tumiskan bawang dan halia dengan minyak zaitun.
Masukkan air dan beras.
Apabila mendidih,masukkan cauliflower dan salmon ( asingkan tulang ikan)
Sebelum api ditutup,masukkan brokoli.
Siap.

NOTA : Brokoli yang terlebih masak akan menyebabkan rasa pahit.
Menu bertumis untuk 8 bulan ke atas.

13 May 2013

Resepi Bubur Udang Butter - Untuk Anak 1 Tahun Ke Atas

Main masak-masak di hujung minggu.
Jom kongsi..

Bahan-bahan :

10 ekor udang segar
10 helai daun bayam hijau
4 batang kacang buncis
1/2 batang lobak merah
1/2 cawan beras
Air secukupnya untuk masak bubur
1 sudu unsalted butter
1 ulas bawang putih dan 1/2 ulas bawang merah - dicincang
1cm halia muda





Caranya :

Tumis bawang dan halia menggunakan butter.
Masukkan udang,gaul sekejap kemudian angkat.
Dengan periuk yang sama,tambahkan beras dan air.
Apabila air mendidih,masukkan lobak merah.
Bila dah menjadi bubur,tambahkan udang yang telah ditumis tadi dengan kacang buncis.
Sebelum tutup api,masukkan daun bayam.
Gaul sekejap,kemudian tutup api.
Siap dan hidangkan.

Nota : Udang (makanan laut) hanya untuk 1 tahun ke atas.





07 May 2013

Resepi Smoothies Untuk Bayi - 8 Bulan Ke Atas

Entri tidak bergambar.
Dasar pemalas yang membangkit akibat bercuti lama ^__^

Apa itu smoothies?
Sejenis minuman buah-buahan yang dikisar.

Jom cuba resepi ringkas ni.

Bahan - bahan :
 
Sebiji mangga/epal
1 cawan yogurt ( untuk bayi 8 bulan ke atas)
Dua biji kurma.
 
Caranya :
 
Kisar semua bahan dan sejukkan.
Siap.

Mudahkan :)
Terpulang pada kreativiti masing-masing sama ada nak campur buah-buahan lain atau tambah kismis dan madu.
Tapi kena ingat,pastikan bahan-bahan itu sesuai untuk umur anak.

Nah,gambar dari google.




30 April 2013

Homemade Cookies/Biskut Bayi - Bayi 8 Bulan Ke Atas

Bahan - bahan :

10 s/t (sudu teh) tepung atta
3 s/t unsalted butter
2 s/t susu segar ( untuk 1 tahun ke atas)/susu formula/susu ibu
sedikit air

Cara-caranya:
Gaul dan uli semua bahan dan rehatkan selama 30 min di dalam peti ais.
Tekapkan adunan ikut acuan yang disukai.
Bakar selama 15 min/150 º C. (gunakan api bawah )
Sejukkan kemudian simpan di bekas kedap udara.


Hasilnya...
.



Selepas di 'touch up ' sikit...
 


Tinggg!!!!
 
 
 

Nota : tepung atta ada rasa sedikit pahit.Boleh campurkan puree kurma,labu atau keledek (bergantung kreativi ibu-ibu sekalian)
Boleh juga ditukarkan pada tepung gandum tapi pastikan 'unbleach' :)
 
 


16 April 2013

Kembali Menjadi Bayi

Tajuk yang mengelirukan.
Anak dara sekarang ni nak makan makanan yang hancur lumat.
Tak nak makan yang ada tekstur kasar.
Nasi lembik,ayam cincang,biskut semua dia tepis.
Perubahan ni sejak dia baik dari demam.
Bila bagi bubur nasi,dia telan lepas tu muntah selambak.
Padahal baru bagi satu suap.
Jadi,mama ambil keputusan bagi puree semula.
Bila bagi puree,laju Sofea telan.Sampai licin bekas makanan.Tak ada muntah.Tak ada geleng kepala.
Tak apa la anak,selagi nak makan,mama sanggup buat apa saja.Makanlah apa yang halal untukmu.Tambahlah zat dalam badan.
*Tetiba emosi.

Sekarang ni kena bagi makan 5 kali sehari.
Berat badan susut selepas demam minggu lepas.
Hujung minggu kena buat puree untuk stok seminggu.
Balik dari kerja,panaskan dan terus suap.Selepas dua jam suap lagi.Dah puas main,jam 12 malam baru tidur.Ye,12 malam budak kecik ni tidur tapi bangun 10 pagi.huhuhu..




 
1.Puree lobak + kurma + bubur nasi
2. Puree labu + kurma + bubur nasi
3. Ikan bilis rendam - sangai - kisar halus.
 
 
Tengoklah kaki dia yang slim.Sedikit sentap bila ada yang tegur Sofea ni kurus.Dah tu suruh bagi makan lebih sikit supaya berisi.Dah lah yang tegur tu belum kahwin.Adoi laaa..Tak apa,ambil yang positif.Apa-apa pun Sofea aktif dan sihat :)
 


31 March 2013

Resepi Mee Suah Sup - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas




 ** Mee suah boleh digantikan dengan bihun/ suhun/ homemade kueteow/ homemade wantan mee
Bahan-bahan:
- Mee suah
- Carrot (diparut)
 - Sawi/ Bayam/ sayuran berdaun hijau
- Ayam dicincang
- Stock ayam
- Bawang merah
-bawang putih
Unsalted butter (utk menumis)

Cara-cara:
- Celur sekejap mee suah dlm air panas
- Tumisbawang sampai layu menggunakan unsalted butter
- Masukkan ayam yg dicincang halus & stock ayam
- Tambahkan sedikit air dan biar menggelegak
- Masukkan mee suah yg sudah dicelur & sayur yg dipotong kecil
- Kacau seketika, tutup api & hidang


credit : hffyb


Semuanya Bermula Dari Kita


30 March 2013

Lempeng Kelapa VS Sambal Tumis Udang Geragau



Lempeng Kelapa

Bahan - bahan :
  • tepung atta
  • kelapa muda parut
  • serbuk penaik
  • secubit garam (optional).
  • dua sudu gula (optional)
  • unsalted butter

Cara-cara :
  •  bancuh semua bahan kecuali unsalted butter
  •  Masak/goreng dengan sedikit unsalted butter (dap pada kuali)
* lagi senang guna kuali non stick


Sambal Tumis Udang Geragau

Bahan -bahan :
  • 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas.lebihkan tapi saya guna cili giling,ekspress)
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • 1 ulas bawang besar di potong bulat.
  • 2 genggam udang geragau kering.
  •  Garam dan gula secukup rasa
  • minyak
Cara memasak
  •  Kisar cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
  •  Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
  •  Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar.
  •  Kacau sehingga  pecah minyak.
  •  Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
  •  Masukkan udang geragau.
  •  Masukkan garam dan gula secukup rasa
  •  Masukkan hirisan bawang besar
  •  Siap

***Bayi berumur 8 bulan ke atas juga boleh makan lempeng kelapa ni TETAPI jangan tambah serbuk penaik,garam dan gula ***

11 March 2013

Resepi Sup Ikan Merah - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Dah lama tak kongsi resepi di sini.Mak sibuk berkempen ke apa?hahaha
Ok,jangan merepek.Cekidaut..

Bahan - bahan :
 
Sepotong ikan merah
sepotong labu
sejambak kauliflower
daun bawang
stgh ulas bawang merah
seulas bwg putih
dua sudu minyak zaitun
3 cawan air
2 cm unsalted butter
secubit biji habatussauda





Cara- cara :


 
Tumis bawang putih dan merah menggunakan minyak zaitun dan unsalted butter

 
Saya guna minyak zaitun jenama Cesar
 

 
Masukkan air,ikan dan labu
 
 
 
Tambahkan secubit black seed /habatussauda

 
Bila mendidih,campurkan daun bawang dan kauliflower.Tunggu 20 minit kemudian tutup api.Hidangkan bersama bubur nasi.
 
Di sini saya kongsi juga khasiat habatussauda.Saya amalkan campur dalam makanan Sofea.Alhamdullilah,anak jarang demam atau selesema :)
 
 
MEMBERI TENAGA- keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
'Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali As-Sam”. Aku bertanya. “Apakah As-Sam itu? Baginda menjawab, “As-Sam itu ialah mati”

Riwayat Imam Bukhari. 
 

16 February 2013

Masa Untuk Snek Bayi Anda

 
Mangga Campur yogurt
 
(Cara -cara :
Potong dadu setengah biji mangga,campurkan dua sudu yogurt.Kisar)

 
Roti Bakar Berkeju
 
(Cara -cara :
Potong 4 segi roti putih gardenia,sapukan unsalted butter,letakkan kepingan keju.Bakar)

05 February 2013

Resepi Bayi : Sup Ayam Bersama Sayur Campur - 8 Bulan Ke atas

Salam mommies sekalian,

Hari ni nak share resepi baru bubur Sofea.Minggu lepas buat sup ni memang berselera dia makan.Gumbira hati mak..
Cekidaut.

Bahan-bahan :

1) Isi ayam
2) brokoli
3) frozen mix vege
4) setengah ulas bawang merah
5) 1 ulas bawang putih
6) 1 cm halia muda
7) minyak zaitun
8) unsalted butter



Cara- cara :

 
Panaskan minyak zaitun dan butter.Tumiskan bawang dan halia sehingga naik bau.

 
Masukkan isi ayam dan air secukupnya.

Apabila dah mendidih masukkan sayur campur.Bila nak tutup api baru masukkan brokoli.

 
Kisar bersama nasi atau pasta.Siap!!!
 
 
Psstt.. ada sebab kenapa saya suka masak guna claypot.Nanti saya share ye :)

25 January 2013

Resepi Jejari Labu Bakar - Bayi 8 Bulan Ke Atas

Nama resepi dah hebat tapi sekali tengok gambar tak menarik pun.hahahha
Saya memang tak pandai nak hias makanan tu supaya jadi sedap dan menarik perhatian.Apa yang penting untuk saya ialah rasa makanan tu.Dan yang paling penting Sofea sangat suka sampaikan menangis bila labu tu dah habis.
Jom kongsi resepi :-)
Bahan - bahan :
Labu
unsalted butter
Cara -caranya :
potong labu secara memanjang.
lumurkan labu dengan unsalted butter.
bakar dalam oven/pemanggang ajaib/kuali.
pusing/terbalikkan supaya labu masak sekata (betul ke ayat ni?)
bila dah lembut tandanya labu dah masak
siap!!!!
p/s : pasrah update blog guna fon.pakai fon baru boleh upload gambar.arghhhh...

Our Sofea

yogurt time..
Comot anak mama ni.
Memula bagi dia geleng-geleng kepala.Campur dengan epal stim terus keluarkan dari mulut.
Mak dah hampir putus asa nak bagi yogurt.kali ke tiga suap Sofea dah mula jilat bibir.
Kali seterusnya terus telan sambil cakap dap dap dap.
Berjaya *clap hand.
Good girl.Duduk diam depan mama tunggu kena suap.Dia habiskan sebekas yogurt marigold low fat natural.
Oh ya baby boleh makan yogurt bila dah 8 bulan.
Nanti nak cuba bagi yogurt campur mangga pula.
Yummy!!!!