Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

15 March 2015

Sumber Oksitosin : Homemade Chewy Brownies

Assalamualaikum ..
Permintaan anakanda beserta anak tekak maknya. Terhasillah brownies tertangguh sempena ulang tahun kelahiran Sofea dan Saraa.

03 October 2013

Makanan Kegemaran Sekarang

 
 
Mee goreng mamak satuuuuu
 
 
 
 
 
 
dan
 

 
 
Nasi putih dengan kari kambing mamak.
 
Kenapakah sungguh kemamakan diriku ini?

10 September 2013

Tips Untuk Menghasilkan Smoothie Yang Sedap Dan Berkhasiat


Satu lagi, digalakkan untuk menggunakan juicer maker sebab dapat mengekalkan khasiat berbanding penggunaan blender.
Selamat mencuba :))

27 August 2013

Sushi Halal



Sushi ni beli di Aeon Co. Bhd.
Sushi yang menepati citarasa mak.
Beli macam ni senang.Puas hati makan.
Tiba-tiba teringin nak makan lagi.Aiyokkk..

Apa-apa pun,rajinkan diri untuk klik link bawah ni.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia


Sebenarnya terfikir, kenapa Sushi King,Sakae San dan yang sewaktu dengannya tak memohon sijil halal ATAU pihak Jakim memang tak bagi kelulusan atas sebab-sebab tertentu.
o.O.......

18 May 2013

Xinjiang Noodles Chinese Muslim

Menu kesukaan dulu dan kini.
Lagi hebat mee tu dorang buat sendiri.
Kuahnya tersangatlah sedap.
Sayur pun segar.
Lokasi - foodcourt di Tesco S.Alam.
Di restoran cina muslim pun ada.
Harga berpatutan - RM6.00

08 May 2013

Resepi Popia Bersalut



Tak pasti nama resepi sebenarnya. ^__^

Biskut Famous Amos

Tak ingat dimana ambil resepi ni.
Diharapkan tuan punya halalkan perkongsian resepi dia.
Cita-cita tinggi nak buat biskut raya sendiri.
Ini percubaan yang pertama.
Percubaan yang pertama dah menderhaka sikit.
Acaner?




Bahan-bahan:

1 cawan butter ( saya tukar minyak masak)
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus (saya guna gula kasar)
1 cawan gula perang (tak letak)
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)  - saya guna brand NONA
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut) - - saya tukar 1/2 tepung brownies
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel) - tak letak
1 s/k vanilla

Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.
 
 
 
Hasilnya -
 



Nota :

1.Alas dulang dengan kertas minyak agar biskut tak melekat. (saya guna kertas A4)
2.Ambil secubit sederhana saiz (biskut akan mengembang) letak di dulang kemudian tekan sedikit menggunakan garpu.
3.Tunggu sejuk kemudian keluarkan dari dulang.


 

07 May 2013

Puding Roti Versi Cupcakes

Tu diaaaaa...
Sejak jadi surirumah selama 7 hari tahap kerajinan meningkat.
Masak + Makan = 1.9kg
(siyes,baru semalam timbang)
 

 
Ini puding roti versi resepi derhaka.
Nampak macam brownies tapi macam muffin pun ada.
 
Bantailah tulis resepi di sini mana tau lain kali nak buat lagi :)
 
Bahan -bahan :
4 keping roti
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung custard
1 sudu tepung brownies
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu gula
1/2 cawan susu cair
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak
 
Caranya :
Kisar semua bahan kemudian tuangkan ke dalam cup dan hiaskan dengan chocolate rice.Bakar 180 darjah celsius selama 20 minit.
 
 

30 April 2013

Brownies Kekurangan Kasih Sayang

Minggu lepas papa Sofea kerja Sabtu Ahad lagi.
Tinggal la anak beranak tunggu di rumah layan tv,layan periuk kuali,layan bantal busuk.
Bila Sofea tidur,jadi tak keruan sebab tak ada kawan borak.
Terjadilah brownies dari instant mix flour.Hanya tambah air,telur dan minyak masak.Tabur sikit chocolate rice.
Sebab apa nama kurang kasih sayang,sebabnya terhasil hanya 6 biji.
Dah tu tak penuh dalam bekas cupcakes.Lupa brownies ni tak akan mengembang.
Tapi..
Sedap!!


 
 
 
Satu untuk saya,satu lagi untuk kamu :)

22 April 2013

Tambah Isipadu Badan

Akibat bersantai di rumah pada hujung minggu.
Ini baru gambar sipi-sipi.
Parah oi parah..





19 April 2013

Mood Memasak Sebab Lapar

 
Ayam Masak Gulai Hijau

 
Peria Tumis Dengan Telur

30 March 2013

Lempeng Kelapa VS Sambal Tumis Udang Geragau



Lempeng Kelapa

Bahan - bahan :
  • tepung atta
  • kelapa muda parut
  • serbuk penaik
  • secubit garam (optional).
  • dua sudu gula (optional)
  • unsalted butter

Cara-cara :
  •  bancuh semua bahan kecuali unsalted butter
  •  Masak/goreng dengan sedikit unsalted butter (dap pada kuali)
* lagi senang guna kuali non stick


Sambal Tumis Udang Geragau

Bahan -bahan :
  • 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas.lebihkan tapi saya guna cili giling,ekspress)
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • 1 ulas bawang besar di potong bulat.
  • 2 genggam udang geragau kering.
  •  Garam dan gula secukup rasa
  • minyak
Cara memasak
  •  Kisar cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
  •  Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
  •  Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar.
  •  Kacau sehingga  pecah minyak.
  •  Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
  •  Masukkan udang geragau.
  •  Masukkan garam dan gula secukup rasa
  •  Masukkan hirisan bawang besar
  •  Siap

***Bayi berumur 8 bulan ke atas juga boleh makan lempeng kelapa ni TETAPI jangan tambah serbuk penaik,garam dan gula ***

26 March 2013

Belated Birthday Sofea vs Dating#4 - Part 1

#23/3/2013#
 
Black and white Russian chocolate cake
*Fuhh,semput 5 minit menyebut nama kek ni.
Terima kasih kak June sudi sponsor kek yang paling sedap ni.
Siyes sangat sedap..
Terasa bahagia semasa makan kek ni.
 

 

 

 
 

23 March 2013

Resepi Pejam Mata - Pak Choy Dengan Sos Tiram


Kalau korang pernah order di The Chicken Rice Shop menu Pak Choy With Osyter Sauce atau Ipoh Beans Sprout,macam ni la rasa resepi tu.
*Tetiba nak makan TCR wantan mee sup pula.ngidam..ngidam.lalalalala T_T

 
 
Mari jenguk resepi mudah ni.

Bahan-bahan :)
 
6 pokok/seikat pak choy
bawang goreng
daun bawang
3 sudu besar sos tiram
air
minyak masak untuk menumis
sedikit tepung jagung

Cara:

Toskan pak choy yg telah dicelur.
Panaskan minyak masak.
Masukkan sos tiram.
Masukkan air secukupnya. (Kalau nak sos banyak..boleh lebihkan air)
Rasakan gula garam (jika perlu)
Biarkan sos mendidih dan pekatkan menggunakan tepung jagung.
Susun pak choy di dalam bekas yg sesuai.
Tabur bawang goreng dan daun bawang
Siram sos ke atas pak choy
Siap :)))

 



 

04 March 2013

Resepi Sambal Tempe Petai

 
Bahan-bahan :
 
Sekeping tempe
7 biji petai dibelah dua
segenggam ikan bilis
2 ulas bawang putih
3 biji tomato kecil
2 sudu cili giling
setengah ulas bawang merah
secubit garam
satu sudu teh gula
 
Cara-cara :
 
Potong tempe secara menipis,goreng berasingan
Tumis bawang dan cili giling.
Masukkan ikan bilis dan petai.
Dah sebati,masukkan tempe goreng,tomato,garam dan gula.
Gaul rata.
Siap.

21 February 2013

Makan Dan Terus Makan

Berehat sehari dari Diet Atkins.Aci tak?
Ini semua cerita semalam.Hari ni baru mula fasa kedua.


 
Birthday girl (woman) make a wish
 

 
 Chestnut & choc cake

 
Ini bahagian untuk saya.Mampu tak makan krim saja T_T

 
Lunch time

 
Boss belanja makanan Baba & Nyonya

 
#bibiwok nyonyathaicuisine,Glenmarie Shah Alam#
Menu dan harga hebat tapi rasa tak sehebat yang disangka.

 
Green tea yang clear


The menu


 
Lou Sang lagi..

 
yummy!!!
 
 
Alhamdulillah. *Sampai sekarang tak tau apa benda warna hitam tu.Dorang campur dalam masakan macam rendang ayam.Paling teruk semua reject menu tu sebab ada bau lain macam.wakakaka
 

 
Ok,kenyang.Mari bergambar dengan dua biji pau di celah pipi :)

Untuk feedback,tak berapa best makan kat sana.Lauk pauk biasa saja.Colleague pun cakap benda yang sama.Paling tak tahan dengan waitress yang serabai.Ouchh,risau rambut dia jatuh ke atas makanan.

13 February 2013

Resepi Ayam Kukus Atkins

Bahan - bahan :
 
2 ketul daging ayam
1 batang daun saderi
2 ulas bawang putih
1 ulang bawang merah
2 cm halia muda
pes nasi ayam hainan
mix herb
lada sulah
daun rosemary
2 tangkai cili padi
brocoli
daun salad
 
Cara-cara :
 
 
perapkan ayam dengan pes nasi ayam,mix herb dan daun rosemary



 
Tumis bawang putih,bawang merah,halia dan cili sehingga layu

 
Tuangkan tumisan tadi bersama minyak ke atas ayam

 
Taburkan daun saderi.Kukus dengan api kecil selama 30 minit.

 
Sebelum matikan api,tambahkan brocoli,daun salad dan lada sulah
Siap.
 

06 February 2013

Coklat Oh Coklat

Makan coklat memang mendamaikan.Nikmatnya terasa.
Coklat baik untuk kesihatan jantung tapi kalau makan berlebihan mengundang penyakit lain pula.
Akhirnya dapat juga beli coklat DOVE ni.Rasa kurang manis dari Cadbury.
Ini kes terpengaruh dengan Hanis Zalikha.Bila buka blog dia asyik cerita makan coklat ni.
Apa-apa pun memang....
Sedapppp!!!

07 December 2012

Resepi Ayam Panggang Rosemary

Resepi ini saya copy dari blog orang lain tapi maaf sangat-sangat sebab tak ingat link dia.Kepada empunya resepi,saya minta izin ye.Harap dihalalkan :)





Bahan-bahan :

1 ekor ayam - guna peha ayam

5-6 ulas bawang putih

1 sudu besar daun rosemary kering - guna yg debu

1 inci halia

1 sudu besar lada hitam

1 sudu makan jintan kasar

2-3 sudu besar gula perang

2 sudu kecil garam

sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan

2 sudu besar jus limau- guna limau nipis

3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)

5 biji kentang

2 biji tomato

6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah

sedikit mentega - utk sapu atas ayam
 
Sebelum Dibakar.Saya guna pemanggang ajaib.Malas nak pakai oven.

 

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...


 

 
Siap!!