Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts

24 October 2014

Bersahabat Kerana Allah

Petikan ayat dari salah satu grup whatsapps.
Sumpah, tersentuh hati yang ego ini.
Allahurabbi.

Pernah tak nak terasa hati dengan kawan?
Mungkinlah. Cara berfikir kita lain.
Cara berfikir dia lain.
Sampai satu simpang, sudah tidak sehaluan.
Kita tulis mesej panjang-panjang.
Dan dia boleh
balas 'ok' sahaja.
Kita punya nak masa sendiri.
Dia boleh bercakap banyak pula.
Kita jenis lambat-lambat.
Dia pula asyik nak cepat.
Bertentangan habis.
That are so 'we'.
Itu kami.
Orang lain juga pasti punya kisah yang sama.
Dalam ukhuwwah ini, satu sahaja.
Harus ada rasa untuk saling give and take.
Mahu untuk memahami.
Dan juga menyayangi.
Usah sayangkan sahabat kerana apa yang dia ada.
Love her or him for what they have.
And for what they don't have!
Sayang mereka atas apa adanya diri mereka.
Dan atas apa jua yang tidak ada pada diri mereka.
Kita selalu baca hadith Rasulullah SAW.
Laa yu'minu ahadukum hatta yuhibba li-akheehi maa yuhibbu linafsihi.
Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu, sehingga
dia mengasihi saudaranya seperti mana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Tetapi pernah tak kita betul-betul tanya pada diri.
Bahawa satu hadith itupun sudah betul-betul
diamalkan atau belum?
Mungkinlah ada suatu ketika, ujian persahabatan
itu teruji.
Keep calm. Renung balik kita bersahabat kerana
apa dan siapa.
Kita bersahabat untuk dibawa ke mana.
Kita sendiri sudah ada jawapannya bukan?
Kalau sahabat ada yang tak terbalas mesej.
Sangka baik. Mungkin dia sibuk. Atau mungkin ada
sesuatu yang berlaku. Doakan yang baik-baik
sahaja. Walaupun nampak sebab-sebab itu tidak
muhasabah, tetap sangka baik.
Kalau sahabat ada yang bad mood. Sangka baik.
Kita juga manusia biasa. Ada naik dan turun
emosinya. Reflect kembali. Mungkin ada juga
salahnya pada kita.
And the list continues. Sampai kita akan pergi.
Dan bawa ukhuwwah ini hingga ke syurga.
Bila kita bersahabat.
Tak semestinya kita akan bersahabat dengan dia
yang perfect.
Baik dia atau kita.
Kerana tidak ada manusia yang sempurna.
Apa yang ada adalah kelebihan dan kekurangan.
Yang tersendiri.
Untuk saling melengkapi.
Apa adanya.
Hingga menjadi sempurna.

08 July 2014

JELITAWAN ORGANIK - FB Page

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menikmati rahmatnya bulan Ramadhan.

Sujud syukur padaMu Ya Allah, ukhuwah fillah kami yang terjalin setahun lepas dalam Whatsapp kini diperluaskan lagi ke page FB.

Bersama-sama kita berkongsi nikmat yang Allah berikan.
Ilmu yang dicedok dari beberapa orang doktor, pakar nutrisi, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan sunnah, menggunakan produk organik, merawat anak dengan rawatan alami dan banyak lagi.
Subhanallah, antara cadangan topik yang akan menghiasi page tersebut :

  • Pemakanan dan produk sunnah
  • Rawatan alami
  • Isu semasa ( Mesir, Syria, Gaza dll)
  • Teknik berkebun dan menternak
  • Pendidikan dan keibubapaan
  • Tazkirah Nurani
  • Hebahan aktiviti

Jika terdapat kekurangan atau kelebihan akan diisi bersama.
InsyaAllah kita akan memperolehi ilmu yang dicari-cari selama ini.
Berlapang dada dan anda tidak kerugian sekiranya menyertai kami di sana.
Buat masa ini, page masih dalam proses pengenalan.
Anda cuma perlu like page dan tunggu post yang akan dikongsi tidak lama lagi.
Jemput anda sekalian untuk like page ini :

Jelitawan-Organik       Jelitawan-Organik       Jelitawan-Organik

InsyaAllah, anda dan anda semua akan mendapat ilmu yang bermanfaat.
Kita bukan melawan arus tapi membawa arus yang sebenar.
Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.


**Kak Leen, siap sedia dengan tarian pena mu :))




18 February 2014

Rezeki Lagi

Alhamdulillah..dapat lagi rezeki.
Semalam dapat parcel dari Johor juga.


Dalam misi nak bertukar ke arah tudung yang labuh sedikit, ada seorang kawan permudahkannya.
Alhamdulillah sekali lagi.


Dapat 4 helai. *joget-joget.

Dan dapat yang ini juga ...


Seumur hidup mak baru pertama kali dapat merasa pretzel ni.muahahaha..
Sedapnya.
Macam biasa, makan sekeping memang tak cukup.
Ku tahan je nafsu ni Jebattt..
Terus sembunyikan dalam drawer T_T
Terima kasih Izra..



Nak order, klik link di bawah :

http://refubee.com/
http://refubee.com/buy-now/

13 February 2014

Rezeki Biskut MACoo

Isnin lepas blogwalking di Bayt Al-Iman.
Teruja mak tengok biskut homemade CRUNCHY OATMEAL yang comel-comel.
Dahlah comel, bahan-bahan adunan pun dari sumber organik.
Tekak ni teringin nak merasa.
Nak buat sendiri, mood baking memang ke laut sepanjang 9 bulan.

Dipermudahkan Allah, Ummu Muhammad sudi hantar sample untuk mak buyung ini.
Alhamdulillah... ( lap air liur yang meleleh sebelum ni )
Semalam poslaju sampai, hampir melompat sebab tak sangka cepat Ummu Muhammad mengepos.


Comel je letak nama penerima - Alya Mak Sofea :))
Jauh perjalanan biskut organik ni, dari Johor ke Selangor.





Memang sedap!!
Sampai rumah bagi sekeping dengan Sofea.Dia kunyah dua tiga kali lepas tu tadah tangan lagi.
Habis sekeping, dia minta lagi dan lagi.
Alamakk..cepatlah habis stok kalau begini.hahahaha..

Untuk ibu-ibu yang cari resepi snek atau kudapan untuk anak tersayang, bolehlah buat biskut ni.
P/S : Ummu Muhammad, minta izin share resepi di sini ya. 


Bahan-bahan MACoo Crunchy Oatmeal
Brown sugar - 300g
Salted butter cap Tatura - 250g
[mudah-mudahan butter organik yang mahal itu mudah didapati di tempat kita selepas ini]
Kuning telur organik - 2 biji
Tepung gandum cap Intasir - 400g
Natural soda bikarbonat - 2 sudu teh
Oat organik - sesuka hati
Biji bunga matahari organik - sesuka hatiku haha!

Cara Penyediaan
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Pukul brown sugar dan butter sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur satu persatu.
4. Masukkan tepung, soda bikarbonat, oat, biji bunga matahari.
5. Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan belakang cawan/gelas.
6. Masukkan ke dalam oven yang panas tadi untuk 7-9 minit, api atas dan bawah.
7. Biarkan sejuk. Mulakan dengan basmallah dan makan :D.

Nak penerangan lebih tentang resepi ini, klik link ini http://attuffahumairah.blogspot.com/2014/02/macoo-l-crunchy-oatmeal.html

Mode mak sekarang : Tunggu Ummu Muhammad buka order untuk biskut ni.


Sila cuba, rugi kalau tak cuba.
Tak dapat organik sepenuhnya pun tak apa, yang penting kita berusaha untuk buat biskut sendiri.
Halal dan thoyyib.
Mak simpan resepi ini sebab nak buat masa dalam pantang :))

Jzkk UM atas perkongsian ini.


19 December 2013

Berita Sedih

Masih terkejut sebenarnya.
Salah seorang rakan sekerja disahkan menghidap kanser usus peringkat ke 4.

Sedih kan.
Umur masih muda.
Anak masih kecil.
Perjalanan masih jauh.

Biar pun bukan sebangsa dan bukan seagama, tapi sebab dah kenal,terasa sebak bila dengar khabar tu.
Bermula dengan selalu sakit perut,sukar membuang air besar berakhir dengan keputusan dari doktor pagi tadi.

Terasa kuat tamparannya.
Patut la minggu lepas perasan kawan ni makin kurus,pucat semacam.
Ada yang cakap lepas makan ternampak dia muntah semula.

Saya ada terbaca dalam buku Tips sihat Gaya Rasulullah,
amalkan meminum teh hijau untuk membuang radikal bebas dalam badan.
Radikal bebas inilah yang menjadi punca kanser.
Dari mana radikal bebas ini?
Nanti saya akan kongsikan di entry lain.

Sama-sama kita doakan semoga sahabat ni tabah dan kuat. 




06 December 2013

Bantuan Mangsa Banjir Kuantan 2013

Minggu ni bila buka FB terasa sedih tengok gambar-gambar mangsa banjir.
Bila baca segala komen, lagi tambah sedih sebab ada yang tunggu bantuan tak sampai lagi.
Menunggu bot penyelamat dalam keadaan air di paras pinggang.
Sambil mendukung anak kecil.
Kelaparan.
Kesejukan.
Terbayang anak kecil.
Warga emas.
Yang kurang upaya.
Sakit tenat.
Serba kekurangan dengan keperluan yang terdesak seperti selimut,lampin pakai buang,susu,pakaian,makanan dan air bersih.
Tirai juga diperlukan atau yang sebaiknya khemah.
Tengok sajalah di pusat pemindahan.
Pusat pemindahan pula melebihi kapasiti.
Sesak dan bercampur-campur.
Bukan masa sekarang ni nak merungut atau pentingkan keselesaan tapi tentang penjagaan aurat.
Masalah ketika menukar baju,menyusukan anak.


La Tahzan.
Marilah kita usaha sedaya upaya meringankan beban mereka.
Beri apa yang terlebih dari kita.
Sama-sama kita saling mencukupi.
Kita tak tahu apa nasib akan datang.

Dari cerita beberapa sahabat di Kuantan,keadaan sangat teruk.
Bila bantuan sampai,mereka berebut-rebut untuk ambil selimut dan pakaian.
Makanan pun tak mencukupi.
Ya Allah,sebak rasanya..

Antara barang keperluan yang kritikal :

Pakaian anak-anak dan orang dewasa
Susu bayi
Diapers
Botol susu n puting
Bra
Undergarments
Pad
Sabun...
Ubat gigi
Berus gigi
Telekung
Sejadah
Tikar
Selimut
Kain batik
Langsir/ kain panjang buat penghadang

Bantulah mana yang termampu.
Di sini ada tempat pengumpulan bantuan.
Datanglah di mana yang terdekat dengan anda.



Hulurkan sumbangan anda tidak kira berbentuk wang ringgit,material atau doa untuk mereka.
Jika ada sebarang pertanyaan,hubungi di talian yang diberikan.
InsyaAllah dipermudahkan.
Ikhlas atau tidak,biar Allah yang tentukan.
Itu semua kerja Allah.
Kita buat atas dasar kemanusiaan.
Astaghfirullah al-azim.