13 September 2012

Berhijab atau sekadar Bertudung??

>> entry yg dah lama terperap dalam draft.

Sesungguhnya manusia tak sempurna.
biar pun tak sempurna tapi kita bersungguh-sungguh mencari kesempurnaan.
kesempurnaan yang diredhai Allah SWT.

tujuan tulis entri Ini bukan nak mencari kesalahan orang, saya sendiri juga tak sempurna.
saya mengaku kadang-kadang terlepas atau terlupa untuk berhijab degan sempurna.

sekarang ni dah terlalu banyak fesyen berhijab.
hijab ini untuk fesyen atau menurut perintah Allah?



memang tak salah ikut peredaran fesyen tapi biarlah yang sesuai dan yang pastinya betul di sisi agama.
Jangan berhijab semata-mata nak cantik, nak ada style ,nak up to date sampaikan niat berhijab dah lari dari landasan.

 
Bila tengok orang sekeliling kita, memang ramai yang bertudung untuk menutup aurat tapi berapa ramai yang betul-betul berhijab?
Diri kita, adakah juga sudah betul berhijab?


Tahukah apa maksud berhijab ?
 
Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.
Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.


Sama-samalah kita memperbaiki diri.
InsyaAllah..

No comments: