26 November 2011

Akikah Dan Bercukur Rambut

kita selalu dengar perkataan akikah bila bayi baru lahir.
sejak mengandung ni baru alert pasal akikah.



maksud akikah dari segi bahasa ialah "memutus", dari segi syarak pula, menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri - biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah :
Imam Bukhari meriwayatkan drp Salman bin Amir al- Dhabi r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
 "Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis)"


Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya drp Samrah r.a katanya;
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
 "Bayi itu tergadai (tergantung) oleh akikahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya.

Bagi Imam Malik r.a., akikah boleh dilakukan pada bila-bila masa seseorang itu mempunyai kelapangan.

Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dsb) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnya sedangkan anak perempuan memadai dengan seekor kambing sahaja.

Syarat-syarat akikah :

1. umur binatang sembelihan
  • unta berumur 5 tahun lebih 
  • lembu atau kerbau berumur 2 tahun lebih
  • kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi
  • kibas berumur 1 tahun lebih atau telah bersalin gigi
2. binatang peliharaan sihat dan tidak cacat

3. daging akikah dipotong mengikut sendinya, tidak memecahkan tulangnya

4. disembelih atas nama anak yang dilahirkan

5. tidak boleh berkongsi ( cthnya : seekor kambing untuk mengakikahkan beberapa orang anak)

6. sebaiknya berakikah dengan kambing


Hukum Daging Akikah : sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara

Amalan Bercukur Rambut
Menurut Ibn al- Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Hikmah Berakikah
1. melahirkan rasa gembira atas kelahiran
2. mendekatkan diri anak kepada Allah
3. mengukuhkan tali persaudaraan apabila majlis dihadiri sanak saudara, jiran tetangga
4. sebagai tebusan anak tersebut memberi syafaat kpd ibubapanya
5. tanda syukur kepada Allah SWT
6. menjauhkan anak drp segala bahaya atau bencana


Sumber rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat ( Dato' Ismail Kamus)

No comments: