20 October 2011

kucing yang domok


satu-satunya anak teruna kat rumah.
memang teruna sebab tak pernah jumpa kucing betina lagi.
memanjang lepak kat rumah.
bela dari kecik yang tiba-tiba ikut naik atas rumah.

suka tido,lepas tido makan.
lepas makan buat marathon dalam rumah.lari sini sana.
dah puas berlarian, gigit apa benda yang boleh digigit.
itulah aktiviti harian teruna ni.

hairan,sampai sekarang kucing ni takda nama.
tapi bila panggil miaw,mesti dia datang.
sangat bijak juga.
bila makanan dalam bekas tinggal sikit mesti taknak makan.
asyik mengiau sambil gesel-gesel badan kat kaki.
bila tambah makanan sikit baru lah nak makan dengan lahapnya.
ni semua idea hubby.

kalau kita lepak kat sofa,mesti dia join sekali.
buat-buat lah kusyuk tengok tv.
kadang-kadang tak faham, dia ni kucing atau orang.hahaha

ni la istimewanya binatang peliharaan nabi.
orang cakap kucing bawa rezeki.
tapi saya percaya rezeki tu dari Allah.
jadi saya fikir bila kita bela kucing,jaga baik-baik, Allah balas kita dengan limpahan rezeki.

Alhamdulillah,setakat ni kucing domok masih sihat.
cuma bulu asyik gugur ja.
entah normal atau tak.
sama ada faktor bulu lebat atau makanan tak sesuai.
jadi,setiap minggu kena bagi mandi.
bila da mandi bulu kurang gugur.
wangi pun ada,bulu pun shining giteww.

sekarang ni tengah cari ubat untuk kawal bulu gugur.
ada sapa-sapa tau tak??

No comments: