rasa perit,sakit,lemau,mabuk dan loya masa daily sickness hari tu hampir nak melabuhkan tirai..
semua rasa tu buat diri ni insaf bila fikir macam mana mak kita dulu mengandungkan kita.
Tak tertahan..
Rasa kecewa sangat-sangat bila tak dapat minum air dan makan nasi.makan benda lain pun tak ada selera.ada ja yang tak kena.busuk la,berminyak la,tak ada rasa la,macam mana si kecik ni nak membesar kalau semua makanan pun tak boleh masuk? Nak tak nak, makan apa benda yang rasa boleh masuk.tak kisah la keropok ke, buah ke,mcd ke.eh??
Benci bila tak boleh hidu bau minyak wangi,bau sabun basuh,bau mekap dan bau kat sekeliling.memanjang tutup hidung.sampaikan nak tidur pun tutup hidung pakai bantal.
Sampaikan nak naik kereta pun mabuk.apa lagi nak drive kereta kan...nak naik motor,hubby tak bagi.bahaya katanya.terpaksalah bangun lebih awal sikit minta hantar pergi kerja.itu pun lepas turun dari kereta mesti muntah.perkara wajib setiap hari adalah MUNTAH.huhuhu…
Puas dah cari petua kat google nak hilangkan mabuk dan loya ni.tapi semua tak berkesan.
Member pun bagi petua suruh makan buah delima la,buah zaitun la.adehh..harap maaf.tak jadi juga.
Dah la time tu bulan puasa.niat nak puasa sama-sama dengan suami tapi….terpaksa simpan niat tu sebab badan lemah sangat.doctor pun cakap tak boleh biar perut kosong.
Dia siap ugut lagi, nak masuk hospital lagi ke??
Sekarang ni tengah tunggu bila la si kecik ni nak breakdance kat dalam ni?hahaha
No comments:
Post a Comment