07 May 2015

Simposium Ibubapa Moden - Pemakanan Sihat, Generasi Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibubapa yang dirahmati,

Anda mencari-cari satu kursus atau seminar tentang pemakanan alami (natural) dan sunnah?
Inginkan anak-anak sihat,
apa makanan yang perlu diberi?

Di sini ada penyelesaiannya.
InsyaAllah segala pertanyaan anda akan terjawab nanti.
Sertai kami dalam simposium julung-julung kalinya hasil kerjasama Jelitawan Organik Enterprise, As Salahuddin Smart School (ASTAS) dan Celebrate Life.

************************************

Bismillahirrahmanirrahim,

Hidup di dalam era yang menghambat ini, setiap dari kita terkejar-kejar untuk menyediakan sesuatu yang terbaik buat permata hati kita dalam pelbagai hal. Bermula dari pendidikan, kesihatan, pemakanan, kehidupan dan selainnya.

Kita rasa kita telah menyediakan pemakanan yang terbaik buat anak tetapi sayang sekali anak kita tidak menonjol dalam pelajaran mereka, malah ada yang kurang dalam prestasi sahsiah dan lebih sedih bila mereka sering sahaja mempunyai masalah kesihatan.

Sedarkah kita, pemilihan makanan sangat vital dalam penentuan perkembangan fizikal dan kerohanian anak-anak?

Jom, kenali makanan yang terbaik buat anak-anak syurga kita. Sasaran kita bukan sekadar kenyang! Fokus kita adalah sahsiah mulia mereka, kebijaksanaan mereka dan kesihatan mereka juga.

Hadiri Simposium julung-julung kalinya yang dibawakan oleh Jelitawan Organik Enterprise™ dgn kerjasama As Salahuddin Smart Tahfiz School™ dan Celebrate Life Consultancy pd 23 Mei ini di Celebrate Life Event Hall, Alam Avenue, Shah Alam.

Mari ibubapa bijak, kita bersama membongkar rahsia generasi hebat bersama penceramah2 berkaliber kita;

1. Ustaz Wan Asrul Effendi Al Aydrus
     Penasihat Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia (TIAF)

2. Puan Diana binti Shuwardi
    Pengamal Pemakanan Bebas Gluten, Sunnah dan Alami

3. Puan Na'ila Zakiyah M Ariffin
    Juicing Therapist

Yuran Penyertaan;

Early bird rm50 (hingga 15mei)
Normal tix rm60
Grup bertiga rm55x3
Walk in rm70

Maklumat lanjut sila lawati

Jelitawan Organik Ent
fb; www.facebook.com/jelitawanorganik
ig; Jelitawan Organik